Feb 25, 2013

Solo Backpack Bandung-Jakarta Part 4

 
continue my 3rd day post... so selepas pulang dari Kampung Daun (entry lepas)......
 
12.00 pm : perjalanan di teruskan ke central of bandung semula..kali ini, i minta pak supir bawa ke Rumah MODE!! start berangan rangan nak beli barang branded kat sini konon... tapi i was surprised that rumah mode nih kecil giler, macam mane i nak shopping lebih nih?? ..i thought that i will somehow be as large as JPO, but i was mistaken..1 house is for garments, 1 house is for beg and the another is for shoes.. hmmm, barang kat sini memang la branded but since pilihan sikit sangat, i rasa moody tetiba...hehehe.. perasaan nak shopping terus sloping down.....in the end, i tak beli pape pun..believe me or not, i spend less than an hour kat Rumah Mode! surprise?? yup....as the place getting crowded, lagi la i rasa nak tinggalkan rumah mode cepat cepat..
 
anyway, if you feel rumah mode best, pegi je la..its just my opinion.. human have diff taste and preferance..
 
2.00 pm : on the way balik dari rumah mode, pak supir tanya mahu singgah di Paris Van Java tak?? i macam berbelah bagi sebab kalau boleh i tak nak la PVJ tuh sama je macam Rumah Mode... so i tengok jam and decided to skip PVJ! so, sampai sekarang i tak tahu PVJ tuh mcm mane, sebab i lalu je depan PVJ (takpe la, next time kalau pegi bandung, boleh singgah PVJ kot....)  i tak rasa rugi pun  tak pegi PVJ sebab i rasa, more or less baju dia sama macam kat Rumah Mode...hehe..wat a pretty brave assumption!
 
setakat lalu ambil rasa, bau dan warna.. insyallah one day, i pegi pvj pulak..
 
2.30 pm : menuju Rumah Tas.. kali ini, bercadang nak beli beg.. so pak supir bawa lah daku pergi (nyayian Kaka).. Jalan agak jem sikit.. sesampai je di Rumah Tas, mata macam berpinar-pinar..mak aihh, beg yang di jual di sini banyak sangat pilihan dan cantik cantik....harga of cos lah lagi murah..i spend 1 1/2 hours kat sini, just untuk survey dulu... pelbagai jenama ada, example Coach, Gucci, Salvatore, MNG, Guess and etc..the price is insanely cheap! But remember, beg yang berjenama tuh masing masing ada gred A, B  and C... i tak paham pun tentang gred gred tuh semua sebab for me, kalau original, sepatutnya takde gred la kan? it shoud just be the Original la kan?? well, i pun tak arif sangat.. i guess maybe i'm not a big fan of barang branded nih, so i tak tahu.. =) i didnt buy anything yet kat sini because i plan to come to rumah tas again, right after i dah cukup survey kat Cibaduyut dan Pasar Bharu esok.. yup, there will be a second round of shopping...bahahahah..
 
Rumah Tas..sorry la, tak sempat ambil gambar kat dalam.. privay controlled sket
 
4.00 pm - 5.00 pm : perut dah lapar and walaupun i tak boleh solat,  i rasa pak supir tak solat lagi..so i cakap dengan dia, pak jom makan dan kemudian solat...dia OK dan terus ajak gi makan Bakso kat satu kedai favourite dia..seriously apa sahaja dia suggest, kalau bab makan nih, i on je..i pun tak make up any list-of-food-to-try when i planned for this trip ..plus, i bukan jenis orang yang memilih dalam bab makan...ramai orang yang tak berani nak makan sembarangan kat sana but as for me, alhamdulillah...sepanjang trip ini, perut i behave! =) bakso kat indon nih lain sikit rupanya dari bakso di malaysia..sup nya jernih putih..kat sini, i rasa yang paling sedap itulah yang paling tawar sebenarnya kat mesia..hahahah... i layankan je la...dah orang sunda kata best, makan diam diam sudah!! Selepas makan, kami pergi ke sebuah masjid..masjid di sini unik...nama je masjid tapi location kat tengah tengah antara rumah teres setinggan...hasil barakah orang sana bersedekah, walaupun tak mewah tapi tetap cantik dan tenang.. =) di tambah pulak hujan turun rintik rintik, fuhh... syahdu betul perasaan ketika tuh..
 
makan bakso di kedai ala ala sinetron indon.. feeling habes! muka pun dah mcam indon.. huhu
 
duduk di kawasan lorong kecil luar masjid sementara tunggu supir solat..
 
kanak-kanak sedang ngajian.. alhamdulillah..
 
5.00 pm : lepas solat, i ajak pak supir untuk beli pulsa (sim card dalam bahasa indonesia)...kedai jual pulsa tuh berada di sebelah kedai Bakso..i beli Simpati sebab ingat, senang nak communicate dengan pak supir...kekadang, pak supir i nih suka menyorokkan diri untuk cari port merokok..kekadang bila masa dia boring tunggu i shopping, dia pegi la jumpa dengan kengkawan sesama supir  ... thus, i ingat better beli pulsa, so that i takde la tercari cari dia bila sampai parking lot .. kadang kadang, dia drop kan i kat tempat lain, dan dia parking kat tempat lain.., klu ada pulsa, i boleh la call dia kata i tunggu kat memana.. kan senang..walaupun pak supir i merokok, dia tetap menghormati customer dia.. dia tak rokok depan depan... i tanya dia bape kotak sehari, dia jawab 2 kotak! mai god! pak, tak takut mati cepat ke? nanti anak bini, sapa nak suap makan?  dia kata rokok dan orang indon itu mcm adik beradik, tak boleh putus...adeihhhh, dah memang budaya diorang suka mengambir kan, nak buat guane..pak oh pak!
 
straight terus dah nampak tempat nak beli pulsa simpati..
 
6.00 pm - 9.00pm : selepas sudah kenyang dan sim card dah ada, langkah lebih panjang di atur.. kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Cibaduyut!!! cibaduyut adalah local area yang menjual pelbagai jenis barang barang kulit dan harganya amat amat amat la murah..shopping kat sana sangat heavan.. rugi kalau tak beli..di cibaduyut, siap ada terminal bas lagi untuk pelancong datang melawat dan shopping... masa i pergi, ada beberapa rombongan bas dari Jakarta yang datang....tempat ini memang popular untuk orang local indon kot...di sini, ada satu mall nama Grutty.. mall ini jual barangan dari hujung kaki ke hujung kepala..suppose i beli beg atau kasut kulit, tapi kini sudah terbalik..boleh plak i gi shopping blouse chiffon kat sini...sebab size memang ngam, cantik dan yang paling penting murah..i beli sampai 6 helai baju chiffon kat sini and i only spent rm100 for all of it!! maigod, dont you think its crazy?? ..kalau kat mesia mahu cecah RM300... kasut kulit di sepanjang kedai local di Cibaduyut ada mcm mcm design dan warna, mostly sesuai buat yang nak ke pejabat..walaupun buatan local, tapi comfort..i feel bad jugak la coz i tak beli kasut kat sini.. the size and cut really suit me well but dalam kepala hotak pikir " kat rumah tuh dah banyak kasut, buat apa nak beli lagi"..urgh, menyesal pulak dah!!
 
cibaduyut, sewaktu hujan..kelibat bas dari jakarta dan mall grutty.. sayangnya, i tak sempat singgah ke kedai jalanan sebab hujan factor utama malas nak gerak.
 
antara pilihan leather bag untuk kawan...harga around rm150 je..
 
ini dalam Mall Grutty.. kasut kulit original, only for RM50-RM60!! menyesal deyh, enggak di beli..
 
9.00 pm -12.00pm : balik dari cibaduyut, terus minta Pak Hadi bawa i jalan dan pusing satu Bandung..malam itu, kami ke Jalan Braga dan Gedung Satay dan lain lain tempat tak reti nak namakan... cuaca hujan rintik rintik dan sejuk, pasti menggamit rasa rindu pada bandung ketika  itu.. Pak Hadi bawa i ke pasar malam di Bandung untuk tengok kira kira ada barang yang ingin di beli tapi i malas la pulak nak turun, so setakat lalu je ..kemudian kami ke Gedung satay, sebuah kawasan pentadbiran bandung selain Alun-Alun...bangunan di sini mewah2 dan cantik cantik, almaklumlah, pejabat pentadbiran..semuanya di cat putih.. sementara lalu di jalanan, Pak Hadi suruh try makan kerak telur.. i lihat cara dia buat, senang je.. telur itik, di goreng macam nak buat telur dadar tanpa menggunakan minyak, kemudian di tabur sedikit garam, gula dan last sekali kelapa kering, serta tepung mende ntah, lantas siap! hmm, personally, menu kerak telur ini i tak boleh in sangat..huhu.. so i makan sikit je dan yang lain bagi kat pak adi, suh dia abeskan..pak kata sedap kan?? hah apa lagi, pak abes kan la..

jalan braga- kalau di mesia, di kira mcm Bukit Bintang pada waktu malam.. =) di sini, berkumpul seniman jalanan dan artist untuk tonjol bakat terhebat selain punyai kelab-kelab malam..
 
suasana malam yang hening, squating tumpang berteduh di bawah stall teh botol sambil tunggu budak siapkan "kerak telur", di kawasan gedung satay.. stall kerak telur kecil sangat, tak boleh nak tumpang sekaki.. =P
 
12.00pm : semasa dalam perjalanan ke kampung daun pagi tadi, i tanya pak adi, kenapa orang indon suka sangat dangdut..dia kata, tak semua.. sekarang dangdut mcm dah obselete..ramai yang kurang minat dan ramai juga sebenarnya yang malu walaupun nampak je macam menari tak reti malu..hohoho..i suruh dia tunjuk skill menari dangdut dia, terus pak adi buat gaya "macam tu macam nih" hah walaupun tengah drive,...bahahaha..pecah perut i gelakkan..serious la, Pak Adi nih sporting giler...and i pun giler, ajak ajak ayam, "pak, jom malam nih gi dangdut! kita lepak lepak je, tak payah la gelek"..dia kata "ok".. so now bila tiba malam, dah nak otw balik ke hotel, dia tanya i, nak ke dangdut tak?? terbeliak mata i!!! siap telan air liur berteguk teguk lagi..mak aih....i ajak memain je pun...adeiyh, boleh tahan jugak pak adi nih....i bagi alasan, "ari sudah malam..nanti kalau bini pak jumpa saya tengah menari dengan pak, habes saya jadi orang malaysia pertama yang kena ganyang!! enggak mauuu"...terus dia gelak..hahaha..dia kemudian hantar i ke hotel..dia ajak tu, bukanlah sebab dia gatal ke hape, dia just nak turutkan permintaan customer dia.. tu je..i kan giler, so bila jumpa orang sporting macam dia, memang naik syeikh la...haha
 
12.30 pm: sampai di hotel, duduk di lobby kejap sementara online.. then, i kepung kepang mandi..malam nih, terpaksa tidur lewat sikit sebab malam nih kena kemas bag..esok pagi pagi dah nak check out.. esok juga mahu teruskan perjalanan ke jakarta!! yehaa...
 
 atas katil bersepah dengan barang shopping..owh, penat giler nak pack barang wei..
 
2.00 am: barulah melelapkan diri..
 
end my third day in bandung awesomely.. i love spending time with my Pak hadi.. orangnya itu gatal-gatal tapi sayang-setia pada bini..orangnya jugak kelakar..setiap kali terpegang tangan perempuan juru duit, setiap kali itu la dia rating tangan perempuan itu lembut atau kasar.. tak boleh bla wa cakap sama lu..gagaga.. i cakap kat dia, pak biar muka tak cantik tapi tangan kasar, itu tandanya dia pandai buat kerja, terus dia angguk tanda setuju.. "iya, pak ngerti kok!" =)
thank you peeps for reading.. =)

Feb 23, 2013

Solo Backpack Bandung-Jakarta Part 3

                         Hari ke tiga di bandung dated 26th January 2013.. hari ini rasa terlebih lega sikit sebab my hero-kuch-kuch-hotta-hai dah sampai, iaitu Pak Supir..bahaha.. 2 hari lepas, malas nak pakai pak supir sebab nak save bajet..tapi hari seterusnya, i akan bertemankan boyfie baru...wehaaa...reason i amik Pak supir sebab my next destination target is quite a distance..lagi pulak, esok on 27th dan 28th, i akan keluar dari Bandung and "cover" jakarta..plus, my flight balik adalah dari jakarta...before ke indon, i tried to contact  ramai pak supir but most of them tak nak ambil i nih hah, sebab jakarta nya itu lagian sedang banjir.. selamat pak supir yang sorang ini bisa.. =) pasal tu la i gelarkan dia boyfie..hehe..
 
6.00 am : arini bangun lambat sikit sebab takde nak rushing pebenda.. walau lambat, tapi di kalangan penghuni hotel yang lain, i masih di kira yang paling awal...reason simple, sebab malas nak berebut toilet.. =)

7.00 am : di hotel, setiap pagi akan ada orang deliver breakfast.. since i punya bilik sebenarnya untuk 2 pax, so i terpaksa dengan rela memakan 2 pinggan nasi goreng setiap pagi selama 3 hari beturut turut......fuhh, boring!

sampai nak muntah la orang kata.. mujur sedap

7.30 am: turun di lobby untuk online fb sambil menunggu pak supir datang  menjemput..arini i tinggalkan backpack coz i know i have more than enough space..i mesti menggunakan ruang sepenuhnya kerana wang telah di habiskan sepenuhnya..hmmm

8.00 am: pak supir sudah kelihatan menunggu di luar pagar guesthouse.. pak supir nya sederhana tua, umur dalam lingkungan 40 an kot..tak der la hensem sgt, berkulit hitam tapi manis...mula mula tuh memang la kekok,  tapi i nak kekok lama lama dengan orang???? memang tak lerr..pak supir lagi pemalu dari i kot...bahahaha...so, dalam van, kami pun berkenalan.. namanya Pak Hadi..orangnya seperti gmbr di bawah.. amacam?? hensem? .dia orang sunda dan sememangnya berasal dari Bandung.. sudah berkahwin dan punyai anak gadis 2 orang.. yang besar umur 15 tahun.. anak perempuannya ada facebook dan merupakan peminat tegar Korea..terlebih ramah sangat...=) dia je tak tanya pape pasal i..hahaha.. hampeh!

boyfie i...sepadan tak?? memang tak la kan..haha..
 
8.30 am : i duduk seat depan dengan dia...kami naik suzuki EPV warna purple.. first tempat yang kami akan pergi hari ini adalah Tangkuban Perahu..wat a famous place to visit kan? well said.. sepanjang perjalanan, we were talking about so many things sambil di sajikan dengan pemandangan kampung2 di pinggiran bandung yang sangat terpelihara...sejuk mata memandang, sejuk lagi bahu memikul!!  tettttt
 
menuju ke daerah Lembang..
 
9.00 am: untuk ke Tangkuban, kami melalui daerah Lembang...kami singgah sebentar di daerah yang di gelar cowboy ini kerana kenderaan berkuda memang banyak di sini... Pak Hadi suggest suruh beli makanan sebelum naik ke tangkuban, kerna harga makanan di atas gunung sana itu mahal.. baiklah pak.. so dia suggest suruh try makanan popular daerah Lembang, iaitu Tapei dan Colengan..sebabkan i suka sangat mencuba sesuatu, i pun beli la suggested makanan tersebut!! tapei tuh sebenarnya adalah tapai tapi di sini, tapai di perbuat dari pulut dan di panggang... dekat mesia takde pun aku terasa nak makan tapai, tapi kat Lembang nih ha, sebok pulak nak try..menyampah dengan diri sendiri..last last, tak larat nak perabes! gambar tapei dan colengan yang i makan seperti di bawah

daerah Lembang..kota KOBOI

ini adalah colengan.. maybe you can try this one.. more or less rasa mcam tapai kita, but dia ada add on kelapa manis on top.. sedap la jugak..ibuk ibuk sekalian boleh la try ya =)
 
9.30 am : dengan pemanduan yang agak hebat, pak supir bawa kereta manual naik gunung seperti lagak bawa kereta mainan..respect beb..tangkuban tu tinggi, tapi di sebabkan kecekapan Pak Hadi drive, i tak rasa mual, muak ataupun lama untuk naik ke puncak...tetiba dah sampai.. alhamdulillah, tangkuban perahu sangat cantik.. but the best part yang i suka adalah view menghadap ke arah bandung city..subhanallah cantik bangat!! what a bless by Allah to give a chance melihat keindahan alamnya.. =) angin di atas gunung sangat kuat dan cuaca di atas puncak agak sejuk...selamat i ada lemak yang berlebihan untuk memanaskan badan and at the same time, boleh mempertahankan i dari melayang..



sorry for chopping off my head, my scrarf terkelepet dan muka sebijik mcm bola....ini semua angin punya salah! (tak boleh terima hakikat muka bola!)
 
benda paling susah kalau backpack sorang sorang pakai dslr ialah gambar sendiri pun susah nak ambil..terpaksa minta orang.. dapat potray belakang kereta pun jadi la..
 
9.30 am to 10.30 am: pak supir hanya menunggu di dalam van.. i sorang je yang jalan jalan, so tendency untuk mengada-ngada ambil gambar sambil buat duck-dog face tuh kurang lah..i went one round, snap snap gambar mcm paparazi lagaknya, dan kemudian cepat cepat balik ke van..orang semakin ramai..untung i pergi awal, takde la bersesak.. i cakap dengan pak hadi, SIAP!! terus dia start engine dan kami pun beransur..di kala orang ramai naik ke atas, kami pula berjimba turun dari gunung...we are running ahead of them =) 

10.30 am : next destination adalah Kampung Daun...sumpah, i ingat kampung daun adalah tempat untuk shopping barang kulit ( ini semua akibat salah cari info dalam blog).. habis pak supir gelak.. dasar cewek, pikirannya asyik ke soping aja!!..dia bilang gitu..sampai hati kau pak supir!!  sebenarnya, Kampung Daun adalah sebuah restaurant exclusive di kaki bukit untuk pelancong pelancong berehat dan makan-minum sambil melepaskan lelah..biasanya orang akan ke sini selepas pulang adari tangkuban perahu.. tempat nya hijau bangat, ada gazebo/shelter di perbuat dari buluh dan daun nipah..sila refer gambar di bawah..semasa di shelter, pak supir segan la pulak nak duduk lepak dengan i..end up, dia excuse pergi merokok...so tinggal lah i sorang sorang kat dalam shelter... macam loser pun ada..but since shelter tuh agak terlindung, i dont mind dah.. i took a nap while ordered avocado juice sampai..first time minum, eeeuuuwwww, tak sedap langsung!! so not my taste..luckily i ordered another bluberry juice..
on the way ke kampung daun..suasana redup dan sejuk..di situ juga ada banyak botanical garden / sanctuary
 
suasana di kampung daun
 
i lepak di shelter no.9...kat sini ada 40 above shelter.. santai sempoi sambil minum juice alpokat euwww dan thumbs up blueberry juice.. kasut pula memang ironic dgn i..
 
with waterfall in the middle of pathway, and birds chirping happily, seriously soothing..
 
 
i spent like 1 hour plus plus dan sempat jugak la naik ke kawasan yang lebih tinggi... tentunya kawasan atas tuh ada banyak lagi shelter2 and ada mini waterfall.. ada souvenir shop dekat entrance..i cari jugak la souvenir kampung daun kat sini but coulndt find anything like fridge magnet ke hape.. so in the end, i pun balik.... kali ini kami teruskan perjalanan ke kota bandung untuk menjadi gila kembali!! ye haa.  
 
 
kalau korunk nak tahu apa yang i shopping kat bandung, tunggu next post ya.. tak larat sebenarnya nak type banyak untuk entry nih..ponat aihh.. basically, in my next post, i akan story pasal rumah mode, pvj, rumah tas dan cibaduyut.. =))
 
thank you for reading people.. =)

Feb 20, 2013

Solo Backpack Bandung-Jakarta - Part 2

                Hari kedua, 25th January 2013,  hidup untuk shopping.. when i shopped, my common practise is to minimize carrying goods in hand..  why?? its simple, coz i tend to left my shopped goodies wherever i stop by..muahahah...for the purpose of spending money uncontrollably that day, i brought my backpack along...thought of keadaan Pasar Bharu yang well known for it packness, its better..

5.00 am : pagi pagi lagi dah terjaga.. tak dengar azan lagi, dah sibuk mencari bilik air.. almaklumla, di unique guesthouse ini, i shared bathroom, so better avoid peak hour..kul 6.00am dah siap mandi..keluar toilet pun tak payah risau towel terburai....hahah.. sementara nak tunggu hari terang, i on Tv.. ini yang i dapat sambil bergolek di atas tilam .. =)

tv indon.. mcm mcm ada.. =) cerah mata pepagi pahamkan bahasa indonesia
 
8.30 am : ready to take a walk to Pasar Bharu.. i googled map a day before, everything is at fingertip..since mentioned, Unique Guesthouse is located not even 300m radius from Pasar Bharu, so the best is to had a morning walk and see how bandung people actually starts their routine..=) .....dari hotel ke Pasar Bharu, kena lalu Jalan Durma dan Jalan Belakang Pasar..those streets adalah antara jalanan rumah rumah orang..Jalan Belakang Pasar adalah jalan pasar pagi / pasar basah dan of cos keadaan jalan di situ agak kotor..i tak ambil port la keadaan sekeliling walaupun pada hakikatnya i tahu, banyak gila mata2 yang memerhati..untuk nak senangkan hati, i selalu remind myself to bersangka baik dengan diorang dan diorang hanyalah pandang i sebab pelik kenapa i pegi pasar basah bawa backpack 50L..ok, tu je!! hehe..
 
inilah keadaan jalan dari hotel ke Pasar Bharu.. ada berani? Nampak tak pada gambar ke 4 ada van putih, yaa...di situlah cybercafe terwujud..
 
9.00 am : i sampai di Pasar Bharu melalui pintu belakang... pada pukul 9.00, kedai baru je buka so tendency untuk i sendiri "pecahkan telur" diorang tinggi!!!heheh.. untuk pecah telur, ramai peniaga yang akan bagi harga yang murah, so inilah kelebihan pergi shopping awal pagi di indonesia..i decided to walk around dulu and bila dah rasa nak kick off, i'll just go crazy.. =P
suasana pasar bharu di pagi hari...mari pecah telur!! yehaaaa.. =)

9.00 am - 4.00 pm : i shop and shop and shop alone, all by myself!! what an awkward feeling at the beginning but lama lama it became much more easier... i dont need any third party opinion, well said! hahaha.. retailers are friendly and they even gaves their frank opinion whenever needed..frank terlebih sangat...hahaha

 
                               several advise such as take care of your belongings.. my fren Dery kata, dulu dulu zaman bandung tak popular lagi, pasar bharu banyak kecopetan, but now since it has becoming a well known tourist center, police dah banyak guard dah .. kat luar pasar bharu tuh, banyak je police control.. =)
 
                             Second, bila dah suka kat satu barang tuh, terus saja la beli.. do not wait coz you might tak jumpa kedai tuh balik or you tak jumpa barang yang you nak beli atau yang paling teruk sekali, you didnt have enuf time to shop again..bad bad.. i experienced it twice..barang yang i nak beli dah kena kebas dengan orang lain sebab konon konon nak pusing dulu.. huh!


                            Third, diorang suka mendesak especially kids..and sometimes, diorang sengaja buat buat terserempak dengan you berkali kali..konon konon mcm ada jodoh pertemuan la..very funny! kalau u nak beli apa yang diorang jual, kindly proceed..for me, kids sometimes tak tahu cara cara berniaga so diorang hentam keromo dengan pemaksaan, which for me, tak best langsung.. if i wanna buy, i'll buy... if not, thank you =(

4.30 pm : tak puas shopping lagi but thats it!! i have to walk out..its raining outside but plan must goes on..next destination - Jalan Cihampelas.. i took a cab from pasar bharu entrance and headed to CIWALK.. its raining to caused traffic congestion, so driver tu up kan charges to 40 KRP... dalam hati tertanya, bandung pernah ke tak jem bapak?? hampeh.. cakap je la nak paw kan! with the fact yang i know he actually nak paw i, so i pun minta kurang.. dapat la dalam 30KRP.. takpe, as long as kurang walau seringgit, it makes a different jugak...

 
5.00 pm : sampai ciwalk.. i have no idea where to start and stop..pak cik cab kata just walk along this road..this is Cihampelas.. ok, fine! that was really helpful..i just walked down the busy street..di Cihampelas, each factory outlets have their own animation concept.. comel giler..since its raining, i tak ler snap banyak sangat gambar.. risau lens basah, nanti i jugak yang makan hati...and i sempat jugak singgah di Cihampelas Walk..tu pun sebab i nak pegi toilet..bahaha.. for me, cihampelas mall lebih kurang macam common mall kat mesia...ada franchise mcm nike, adidas, polo etc.. i tak tahu nak kata murah ke tak bcoz i tak masuk pun boutique2 kat sana.. i'm wet.. i could possibly make a mess..

inilah CIWALK..its raining.. lovely!

cihampelas animations concept.. nice thou..

6.00 pm : i walked back to the main street and this time, i planned to singgah di factory outlet yang bersepah sana sini..i bernasib baik sebab terjumpa satu kedai menjual baju dan seluar size XXXXXXXL size..my god!! actually, my dad is a plus size man, and bila i jumpa kedai nih, i rasa happy giler.. at least, theres something i can bring back home for my dad..yeahh... i spend quite some times kat kedai tuh, bcoz i seriously tak tahu my dad's size as he selalu tempah baju and seluar dia.. kat situ, i buka seluar size 52 kot, besar gedabak!.. haha... kesian salesman ...selamat dia penyabar.. i suruh ambil size itu ini, dia turut perintah je.. nama kedai itu IBC Jeans (since 1985), located at Jalan Cihampelas NO. 114... for those who could hardly find your plus size cloths, this FO is a great place to shop for both male and female.. =)

inilah rupa bentuk jalan cihampelas..

nampak bersih kan..emangnya bersih cuma sistem perparitan agak teruk..
 
7.00pm : beg dah berat.. kasut dah bocor masuk air longkang, dan baju dah basah kuyup, so i planned nak balik..klu i masuk FO, mesti diorang akan bising sebab tapak kasut i akan mengotori kedai mereka..i nak balik, so i tunggu cab, lama giler, takde pulak yang lalu... then i tanya peniaga di tepi jalan mcm mane nak naik angkut ke Jalan Ence Azis, boleh pulak diorang cakap tak kenal pun nama jalan tuh. So, i nekad keluarkan map yang i print atas kertas A3 dari google map, i showed to them my hotel's location and yet diorang pulak tak reti tengok map..haru!.. then i cakap, i nak ke pasar Bharu, baru lah diorang bagi idea untuk naik angkutan warna purple, menuju ke Tegalega... bapak yang bawa angkutan tuh serious tegar giler mencilok sana sini.. seinchi je nak seret kereta orang...bila dalam angkutan, rasa mcm nak terbang pun ada, rasa nak terbongkang masuk ke longkang pun ada..i duduk di pintu, banyak kali la rasa mcm nak tercampak keluar setiap kali dia brek... BUT all, it was fun!!! i gelak dalam angkutan sorang2 dan penumpang yang lain senyum kambing..sambilan, i berbual2 dengan orang muda yang ada di dalam angkutan..diorang baru balik kerja..as i said, i memang kaki sembang, so dalam angkutan pun boleh bersembang..easy!

on the way pulang ke hotel..hari sudah semakin gelap.. terima kasih kepada buk di dalam gambar di atas sebab tunjukkan jalan.. =) sebagai balasan, ambil gambar sikit! peace yaw

7.30 pm : angkutan berhenti depan pasar baru...hari dah makin malam....building padat gila and semuanya nampak sama..malu  bertanya sesat jalan, so again.. =) on the way nak balik, i lalu sekali lagi Jalan Belakang Pasar but this time around, keadaan dah sunyi..pasar basah sudah tutup.. untuk perjalanan balik hotel ketika itu sahaja, i dah tanya kat 3 orang! hampeh betul la bandung nih!


8.00 pm : Arrived at hotel.. mandi sambil membasuh seluar..dan kali ini konfem, i dah tak de seluar.. yang ada hanya seluar tidur merah polka dot.. kasut kanvas pun dah basah lokos..nekad malam tuh jugak kena keluar, pegi ke mana mana mall yang masih buka untuk cari seluar dan seliper..dengan memakai baju kelawar hijau yang dah terkoyak sikit kat pinggang, cardigan biru dan seluar tidur polka dot merah (sebab baju kelawar jarang sikit), i menuju ke Mart yang terletak di jalan besar kawasan hotel untuk beli selipar... kemudian naik angkutan menuju ke Alun-Alun, Bandung...mesti you all tak pernah dengar nama alun alun kan? i pun tak pernah..peniaga kedai Mart yg bagi idea suruh beli seluar kat situ.. sebabnya, kawasan itu sahaja yang ada mall yang buka sampai pukul 10.00 dan ada pasar malam..misi pencarian seluar bermula.. di indonesia, i kena padamkan niat untuk beli jeans sebab jeans kat sini semua kecil kat betis.. so not me! so, at the end i beli seluar kain cotton..

misi mencari seluar di Alun-Alun.. homaigod!! best giler mendengar budak jalanan menyanyi di dalam angkutan kawannya...i sempat rakam suara merdu dia..

9.30pm : selepas selesai, i naik angkutan kota dan kembali semula ke Pasar Bharu..angkutan ini lagi la teruk, belom pun nampak batang hidung Pasar Bharu, dah suruh i turun.. hampeh.. rasa nak nangis pun ada gak.. walaubagaimanapun i tetap dapat balik jugak ke hotel, hasil bertanyakan orang.. scary giler kot lalu lorong lorong rumah orang kat indon..next time, please jangan berani berani nak keluar malam sorang sorang..dah la jalanan banyak tikus..urghhh..

10.30 pm : sampai hotel dan rasa penat giler.. i lepak kat lobby sekejap untuk online.. tetiba ada problem nak access facebook..account kena block...for what reason pun i tak tahu.. then i tanya receptionist, dia kata dekat seberang jalan sana ada cyber cafe, online..dengan lajunya, i ambil bag dan terus ke cybercafe..cybercafe dia kecil la sangat..sayangnya, i tak sempat ambil gambar cyber cafe.. the only thing yang i sempat capture kat sana adalah air asia versi indonesia... =)

hasil tangkapan dari cybercafe di bandung... air asia versi indonesia..

11.00pm : still at the cybercafe, do some chatting and update status.. penting tuh! after about 30 minutes time spent, i pun chow..charges cybercafe murah.. tak silap dalam rm1.00 untuk sejam kot..

11.30 pm : walk back to hotel and this time around, dalam kepala hotak ingat satu benda je, tidur..enuf if enuf....so, i naik bilik, mandi, terus unpack barang barang shopping, sambung keringkan jeans yang i basuh petang tadi, sapu minyak angin kat kaki dan terus tidow...tak sedar apa dah..

end my second day in Bandung.. second day was the day i lost most! =( tapi takpe, esok hero i sampai.. PAK SUPIR!!!

Feb 13, 2013

Solo Backpack to Bandung-Jakarta - Part 1

                    hai all...assalamualaikum....this is a new post of solo trip to Bandung and Jakarta..it happened last 24-28th january 2013 and was miraclous... sampai sekarang i masih tak percaya yang i actually made it!!!wohooooo.....salah satu pencapaian terbaik diri..

                   On 24th Jan, di kala Malaysia sedang di beri cuti perayaan maulud nabi, i bersiap siap packing bag untuk fly ke Bandung... my flight was supposed to depart at 5.45pm but air asia delayed the flight.. nak tak nak kena la patuh dengan arahan baru dan yang paling penting, plan yang di rencana untuk malam ketibaan terpaksa di ubah.. i ingatkan nak singgah ke boutique Just Kulkith on the arrival nite..tapi apakan daya... =(   and, yeah...Since i wanna make it short and simple, so just let me share the itenary of my first day trip...

pagi : i tak boleh tidur, because i was too excited.. or maybe because i was too worried?? tak tahu nak cakap..maybe because i perempuan, so rasa insecured bila berbackpack solo-solo..and on that very particular day, i realize that i dont have any gadget or some sort of alat perlindungan diri untuk protect myself from any harm..kalau ada pape jadi, macam mane??? hmmmm....(dalam hati mcm dah start redha apa nak jadi pun jadi lah )...of cos ada rasa cuak but whatever it is, lets rely on Allah.. so decision made, lets do it!!!! inilah masa untuk jadi macho..bahahah..

12.00pm : Started to text fren, sesiapa yang boleh hantar i ke KTM rawang..what a last minute plan...sigh..and since they are all busy enjoying their weekend, i almost couldnt find anyone..last last, on Fb and Baiti would like to send me off.. thanks baiti.. =)

2.00pm : Baiti hantar i ke KTM Rawang. Dari Rawang ke Kl Sentral, naik tren dengan penuh kebingungan.. why is it so "clear" today? Where does everybody go? station KTM Rawang tak pernah surut dengan manusia, tapi haritu banyak giler seat i boleh simply choose.. hmmm =) maybe they go to surau / masjid dengar ceramah kot..

3.00pm : After 1 hour, i arrived at Kl Sentral. First thing nak kena buat adalah pergi ke money changer and tukar duit...time nih la nak rasa jadi orang kaya baru..jutawan...bila buat transaction, terasa macam main monopoly pun ada....cakap pun dah main ribu riban.. fuhhh... at that time masa i tukar, rate dia 1 juta Rupiah sama denga RM314

3.30pm : Selepas tukar duit, i terus turun ke level bawah, ground floor untuk naik skybus ke LCCT. (skybus yang warna merah belongs to Air Asia)...Actually, you boleh je naik mana mana bus, doesnt matter... Since ticket bus i dah tulis skybus, thus skybus lah yang i naik.. kalau u beli ticket masa book flight, then u boleh tunjukkan your flight itenary kepada conductor bus.. as simple as that.. kalau beli online harga satu ticket one way adalah RM7.70..Kalau terus beli masa dalam bas, harga tiket adalah RM10.00

4.40pm : After 1 hour, I sampai di LCCT and since i tak tahu apa nak buat sebab masa pun masih awal, so i berpusing pusing, menari nari dan menuju ke mana sahaja kaki membawa...loser la jugak..

5.30pm : Agak- agak dah penat berjalan, mata mula melilau mencari tempat untuk lepak...i dapat port yang tak best pun (dalam LCCT mana la ada banyak tempat duduk)..duduk di rail kat tepi2 dinding..sedang duduk sorang sorang, tetiba ada sorang lelaki tak di kenali join sekali..dia Indian Malaysia-Singapore. Umur dia i think around late 40s. We talk about backpack thingy and the best part is towards the end before he had to leave to catch his flight, dia bagi i namecard. Dia adalah Director OKID Aerospace! wow...okay, fine...i am nobody!
5.30 pm - 6.30 pm : Since Venu (that old man) left, i pun rasa macam nak beredar ke tempat lain.. so i scan my baggage and  terus ke Pintu E1-E48 (kalau tak silap) untuk checking at imigration and do custom declaration..then, i entered free tax zone dan terus saja cari seat sementara tunggu flight... ada 2 jam lagi..
6.30 - 8.30 pm : seriously takde benda nak buat.. Dah la sorang sorang... So at the end, i on FB and check in sana sini merapu kerepek.. kat boarding hall je, bateri phone dah turun 2 bar.. blom pun sampai indon lagi..risau gak
8.30pm : pengumuman untuk flight di buat.. beratur beramai ramai, got into the cabin, cari seat, duduk and waiting to take off. I always love the moment when flight take off! yehahaaa...

8.30 pm - 9.30pm (local time bandung) :  Duduk melango di dalam flight, tak buat apa apa. I duduk middle seat. Seat sebelah kiri kosong dan seat sebelah kanan ada DERY. Dery kawan yang i baru je jumpa dalam flight. Dia originated from Bandung dan selalu jugak ke Malaysia. Dari gaya, dia nih kaya kot..dia frenly giler.. i sebagai orang yang kaki sembang, telah memulakan perbualan... i wanna know more about Bandung (more than what i had known), thats why la i meng-imarahkan perbualan..  and i to my surprised, belum pun i sempat introduce nama dekat dery, dia dah pun panggil nama i, Aishah.. aikkk, gi mana kamu tahu dong??? mungkin dia nampak declaration form yang i isi masa kat dalam flight tuh, tapi dia kata bukan..  dia kata, kawannya berkerja di Air Asia so sebelum naik memana flight, dia sudah tahu siapa yang akan duduk depan, belakang, kiri and kanan dia... wahh.. sepanjang perjalanan, dery tak putus putus cerita pasal good wisata places in bandung.. =) 2 jam perjalanan tak rasa apa pun..before we depart, i asked for his FB add and HP no, just in case.. and good to know that now, we are frens!!  wat a lovely meet up.. =)

9.30 pm - 11.00pm : Arrived at Bandung Airport. alhamdulillah, glad..but then, blom pun start pape, dah kena line up lama gila kat counter immigration ..almost 1-2 hours..most probably because theres only 2 counters open, so that actually create the delay..aiyoyo, you are getting famous da bomb dude! you should add oil to your services efficiency tau.. huh...

11.00 pm : i was lucky that the officer tak banyak songeh...scan bag and straight away keluar..just a few steps away from the roll..hmm.. then, misi seterusnya adalah untuk mencari cab ke hotel. Jumpa sorang pak supir and dia charge 40KRP ..ok je la..dah malam...badan pun dah penat and malas nak panjang cerita, i minta dia hantar..... i minta pak supir singgah di KFC sebelum minta dia terus hantar i ke Unique Guesthouse, di Jalan Ence Azis....i choose this guesthouse sebab murah dan yang paling penting, dekat giler dengan Pasar Baru..pilihan hotel kenalah strategic dengan tempat kita nak shopping..kan? =P

12.00 am: Arrived at guesthouse dan tetiba i jadi terkulat kulat sebab guesthouse yang i akan stay ini adalah sebuah rumah teres..cuma ketinggian guesthouse ini 4 tingkat.. i ingt pak supir nak bawa i masuk lorong gelap mana ntah tadi kan..simpang malaikat..hahah. ... main lobby cukup packed dengan 4 biji motorsikal owner di letakkan di situ..receptionist kosong..eyh, mana la pulak ekau nih? selamat ada sorang penginap sedang duduk online di lobby..dia tunjukkan bilik owner...i tanpa melengahkan masa, mengetuk pintu bilik owner dengan lemah gemalai.. agak agak dah 3 kali ketuk tak dengar pape reaksi, i pun ketuk sekuat hati..dah macam nak roboh pintu tuh pun ada..hehe..well, who cares?! kalau dia tak bangun, takkan i kena tidur kat lobby??  so no no no..he awakened and opened the door... there he was, si tua yang comel with a great smile greeted me.. terus lupa pasal  pintu roboh...
KFC special edition. Band Ungu version...location dinner, dalam bilik hotel..

12.30 am : I tunjukkan voucher booking dari AGODA.COM lantas dia terus berikan kunci bilik..hehehe...dengan tak mandi, i terus buka TV, un packed barang sikit sikit, switch off the light and tidur!!!
alhamdulillah, ended my 1st day / nite di Bandung awesomely.. =)

thank you for reading peeps.. =)

Feb 1, 2013

Backpack Trip Krabi - Final Post

                   So, ini adalah post terakhir aku pasal trip ke Krabi and Hat Yai..promise.. i will conclude everything dalam post kali ini..hehe..
 
                    so, pada 25th December, Selasa bermula lah perjalanan kami meninggalkan negara gajah putih.. kami bersiap siaga untuk pulang ke tanah air terchenta.. pagi itu di mulakan dengan breakfast di kedai makan tepi jalan sekitar Hat Yai dan rencana seterusnya menuju ke Dannok..i ingatkan Thailand cuti waktu Krismas, rupanya tidak..mereka semua bersekolah dan berkerja.. lengang giler jalan kat hat yai masa kami keluar pagi tersebut..
 
                    Dannok adalah boarder Malaysia Thailand, so orang sering kata barang kat sini murah murah.. i akui memang barang kat sini murah murah tapi kan, tak banyak pilihan la.. ada orang tuh, sedih sikit bila barang yang dia expect ada kat dannok tak de!..kesian dia..  but of cos kalau u nak beli t-shirt I love jadah jadah tuh, konfem kat Dannok lebih murah.. i beli T-shit Hat Yai and Thailand di sini.. RM9.00 per helai.. kalau di Ao Nang, they sell one for RM12..beza, memang berbeza... =) hehe.. dan sekiranya anda manusia gangster, maka boleh la shopping pistol kat sini...melambak lambak di jual di sini.. seriously, i fed up betul dengan perangai mamat mamat yang shopping pistol di sini.. ada satu ketika, waktu i tengah layan shopping baju kat sini, tetiba ada dengar bunyi tembakan...kepala hotak kau! kalau nak test power pun, bersesuaian dengan tempat la kan...hishy... 
 
                      Kami shopping2 di dannok lebih kurang 1 1/2 jam dan kemudian berjalan kaki 5 minit menuju ke imegresen thailand..dalam 15 minit je, semua orang lepas.. senang bangat deyh!! hehe..so kami menaiki van abang nuar semula dan teruskan perjalanan merentasi negeri Perlis Indera Kayangan  menuju ke perhentian gurun untuk next pit stop... di RnR Gurun, kami rehatkan badan, makan tengah hari dan menunaikan solat..
 
                   Straight dari Gurun, kami bertolak ke Pulau Pinang menghantar pulang batch yang pertama, iaitu Kung Pow dan Satri...waktu ketika itu adalah azan asar...bye korunk... moga ke temu lagi..terusan, kami menuju ke Kuala Lumpur dan batch kedua adalah idzam and i...waktu tuh dalam pukul 9pm...i takde kawan yang boleh ambil so nak tak nak, kena tumpang idzam..selamat la budak sorang nih baik (berani dia tinggalkan aku sorang sorang kat RnR?! hahah) i sampai rumah pukul 12.30 am and without any delay tanpa mandi, terus menuju ke katil yang empuk dan tidur.. as simple as that my life as a backpacker.. =) Geng yang lain meneruskan perjalanan ke Putrajaya and there we off.. =)
 
so, let me share you my total expenses of the whole trip kat sana..
 
RM 350 kos wajib.
- Trasnportation Van dari M'sia-Krabi-M'sia + hotel di Ao Nang + hotel Hat Yai + Toll + Island Hoping Package
 
Day 1
- Breakfast at Dannok - Rm11.00
- Lunch at Krabi Town - RM12.00
- Dinner Tom Yam kat Krabi Town - Rm28.00
- Seliper untuk jalan laju - RM10.00
- Sewa Plug Converter Hotel - RM10.00
- Light Drink Coke - RM2.00
 
 
Day 2
- Breakfast at Ao Nang - RM6.00
- Beli jajan kat 7E (No.2) - RM37.30 (bnyk giler sebab takut kat pulau nanti kebuluran)
- Makan malam di restaurant cantik - RM28.00
- Shopping beg (No.3) - RM23.00
- Shopping beg Gajah (No.8) - RM 16.00
- Shopping Notebook Krabi Special Version (No.7)- RM20.00
- Beli Fridge Magnet 5 biji di Ao Nang (No.5) - RM 20.00
- Beli air strawberry di Burger King Krabi Outlet - Rm6.50
- Sewa Motor di Ao Nang- RM25.00
 
Day 3
- Breakfast morning Ao Nang - RM8.00
- 7 Eleven - RM4.50
- Krabi Pearl Souvenir (penanda buku dan rempah ratus) - Rm17.70
- Entrance Emerald Pool - RM20.00
- Lunch Pak Tai (mee goreng) + cucuk cucuk di Emerald Pool - RM20
- Dinner set Tom yam di Hat Yai - RM28.00
- Wifi Internet Hotel Lanna Inn - RM10.00
- Shopping Bag di Pasar Malam Hat Yai (No.9) - RM35.00
- Shopping t-shitt Krabi - RM10.00
 
Day 4
- Breakfast roti canai - RM6.00
- Beli T-shirt di Dannok 2 helai (No.4) - RM18.00
- Beli mineral water and kudap kudap - RM10.00
 
so bila di kira balik, total expenses yang sebenar adalah RM 792.00....wohoooo...sebenarnya kalau i tak beli benda-benda yang merapu repek tuh, konfem total expenses boleh je dapat dalam RM600..
 
 
no 1. adalah pamplet free dari pihak hotel..
no 6. adalah batu karang dari Hong Island.. pun free..
 
ok guys, thanks a lot for reading all these post...kalau ada pertanyaan apa apa mengenai krabi atau travel guide ke Krabi, i boleh perkenalkan dengan Abang Nuar..dia bagus.. =)

Backpack Trip Krabi - Part 6

                         Hai, this is the 6th part of my Krabi trip..pegi tak lama, cerita nak panjang pulek kan.. well, krabi memang best, so what.. haha..
                            On our 4th day kat sana, dated 24th December 2012, i bangun awal pagi and kemas beg untuk check  out hotel dan menghala pulang ke selatan....destinasi seterusnya, Hat Yai... around 9.00 am kami bergerak meninggalkan pekan Ao Nang...kenangan telah tercipta.. memori di bawa bersama...how much will i miss this place?? hmmmm.. bye ao nang..
                       Dalam kepala otak, banyak lagi tempat kalau boleh kami nak singgah otw balik...kan betul! kami singgah sekali lagi di Krabi Town. Konon konon nak pegi factory outlet dia tapi bila sampai je, tengok FO tak buka lagi..wuhhuuuu…rasa kiciwa tapi bersyukur sebab kalau tak, duit I mengalir macam air lagi.. owh, please! Perjalanan di teruskan… abang nuar suggest untuk singgah di Krabi Pearl..it’s a Souvenir Shop.. ..sila google untuk tahu tempat di mana sebab I bila dah ada driver, konfem tak nak pening kepala ambil port pikir tempat apa i berhenti.. tak de la banyak sangat barang yang boleh di beli, tapi kalau anda nak makan crab flava junkies, boleh la beli kat sini..things yang diornag jual basicaly sama je but as I said previously, barang kat krabi town is way cheaper than Ao Nang beach…so, sila la ye…. We spend 1 hour kat sana.. tak de la lama sebab tempat dia kecil..
krabi pearl.. a souvenir shop
                      Selepas Krabi Pearl, we headed to the most beautiful and amazing place in Krabi, Emerald Pool…wat a beautiful place..air dia biru giler.. my wish for Krabi has actually come true.. I tot that I will never be able to come here but at last..maybe sebab Nasa dengar perbualan I dengan receptionist Hotel tentang keinginan untuk ke Emerald Pool…terima kasih Nasa sebab granted my wish… (tapi yeke?? ntah ntah dh memang plan tapi tak nak bagitau i)
ini adalah entrance..kami tak boleh baca apa apa melainkan no 1400..itu menunjukkan berapa jauh emerald pool from entrance.. 1400m
kat kawasan entrance pun dah boleh rasa thrill nya...
                          Entrance untuk Emerald Pool 200THB ber entry.. antara entrance dengan pool tuh agak jauh jugak… a long way walking distance but since no vehicle is allowed, no choice we had to walk..maybe sebab baru je hujan, so keadaan tanah merah dia becak..kepada yang nak mandi, silakan decide dari awal and bawa baju dari awal.. tak payah la terpikir nak patah balik ke van atau apa sebab jauh tuh…bukan la sebab penat ke hape, tapi akan membuang masa… melainkan kalau u nak berlari dalam hutan, no hal la… I tak mandi, I hanya ambil gambar orang yang mandi termasuk la yang teetttt.. hehe.. we spent about 2 hours kt sana…dan kemudia bersiap siaga untuk ke Hat Yai.. kali ini dah takde stop memana dah…terus sahaja..lihat saja gambar mereka ber jimba di dalam air emerald...wohooo...
emerald pool... cantik kan?
 sebelum bertolak, kami makan dahulu..ada gerai orang pattani di entrance tuh..so no worry k..lepas mandi, lapar? boleh terus makan..
                            Perjalanan dari krabi ke hat yai memakan masa selama 3-4 jam..i spent my time dengan qada' tidur…puas!!! sampai di Hat Yai Pukul 5pm. Kami check in hotel Lanna Inn. Hotel ni a lil bit poor and I tak faham kenapa hotel ini termasuk dalam "favourite-hotel-to-stay in" while in Hat Yai.. Poor in terms of presentation.. Color plywood pun lusuh semacam…huhu...but, I don’t really mind..as long as its cheap and I have place to stay, tu dah kira ok..
hat yai town at 5 pm..
                         Our main purpose were to enjoy the last nite in Hat Yai...it was christmas nite, but from what i observed, chris celebration kat hat yai tak happening sangat..maybe because Hat Yai banyak buddha, or maybe muslim? i dont know..shopping di hat yai memang murah.. kami pergi dinner, pergi ke pasar malam di hat yai (as pasar malam biasanya tak de nama) dan kemudia ke Pink Lady dan Lee Garden Plaza.. nak spend lama lama pun jenuh jugak sebab lautan rakyat Malaysia ada kat merata tempat.. dan gambar pengebom Lee Garden  Hotel tahun 2011 pun masih ada banyak bertampal..mak aihh…kecut siot!
satu benda paling kami realize, semakin kami mendekati Malaysia, semakin kurang kepedasan makan yang mereka serve.. heheh
hat yai city at at 9.00 pm
                      Di Hat Yai, ramai yang dah boleh cakap bahasa Malaysia.. so orang kata, nak tawar menawar tuh lebih senang..and kat sini, duit pun dah boleh pakai duit RM.. deras sangat duit keluar.. haih...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...