Mar 31, 2020

Kenangan Umrah Madinah Makkah

Hi assalamualaikum 
plz ignore the typo as this post specially written untuk nyatakan isi hati yang lama tersimpan.

madinah n makkah, langsung tidak boleh di lupa. apatah lagi bila kes covid 19, kekosongan mataf n masjid nabi meruntun hati. sedih sebak dan mula teringat kembali waktu2 menunaikan umrah 2 tahun yang lalu. kasih pada nabi terlalu meninggi hingga melihatkan pagar masjid nabawi di tutup, terus terusan air mata mengalir.. solawat atas nabi 

mencoret kenangan yang x terlupa di madinah dan makkah yang hanya hati sendiri memahami. hati sendiri sebak, hati sendiri faham perasaan itu..

kenangan sewaktu sampai, di sambut penuh kasih oleh pegawai kastam. Marhabah Sh.. Aisha.. 
kenangan dugaan pertama menunggu lama di dalam bas.. senyum bila terfikir
kenagan masuk raudah melalui jalan mereka yang menaiki wheelchair.. baca doa sambil sebak pilu menangis x henti nak menuju ke jasad nabi. allahu 
kenangan masuk raudah sekali lagi melalui pintu keluar.. allah bagi kemudahan walau rasa bersalah kerana masuk cara x elok ( curi curi masuk selepas di halau kerana itu bukan pintu masuk. itu pintu keluar) 
kenangan solat subuh di luar masjid nabawi dengan angin sejuk yang sangat mendamaikan dan menyejukkan hati 
kenangan membawa mak test cara pulang ke hotel. mak jalan depan, aku berjalan menuruti di belakang. mak silap jalan... saat silap jalan, aku mula terpikir dan sebak, bagaimana ya allah mak aku dahulu mengajar aku jalan sewaktu aku baru dapat melangkah.. ya rabbi ya ghafur, kau kurniakan syurga buat ibuku Masiah bte Abdul Rahim
kenangan di jabal uhud, membayangkan sebenar benar perjuangan iman. perjuangan yang mana hanya iman yang membezakan antara aku dan mereka.. sebak sedih dan sangat terkesan akibat pengorbanan sahabat2 dlm memperjuangkan islam. ya allah, sesungguhnya engkau telah kurniakan syurga buat mereka, maka kau kurniakan aku iman perjuangan seperti mereka agar aku dapat menurut mereka ke dalam syurga 
kenanagan di pasar kurma yang gamat amat.. pandai mereka belajar bahasa malaysia / indonesia ya. 
kenangan makan ice cream di madinah waktu subuh hari. kenangan beli jubah untuk sedara yang mengirim wang. kenangan baratur beli kfc di sana.. kenangan berjalan2 di madinah subuh hari. 

kemudian kenangan dari madinah ke makkah

kenangan cuak atau takut untuk pertama kali umrah.. putus selera makan tengah hari waktu itu tapi allah maha besar, allah jawab perasaan takut aku melalui tafsir quran yang ku baca.. menangis menderu deru setelah kerisauan ku di jawab langsung oleh Penciptaku.. Allahuakbar 
kenangan naik bas merentasi padang pasir dn memikirkan bagaimana dahulu Rasuallah berhijrah.. jauh Ya Rasullalah. betapa hijrah mu itu Allah biarkan berbaloi dengan usaha sekalian nya Ya Rasullah
kenangan tengok padang pasir dan binatang safari.. unta, rusa, dan pohon2 kering tandus.. ada juga lumut2 rumput2 kecil yang kelihatanya mulai tumbuh di pergunungan di madinah. 
kenangan berhenti di rnr (lupa nama), tapi cramp yang amat.. dugaan.. 
kenangan sampai di masjid al haram waktu pulang dari solat isyak. ya rabbi, ramai sungguh manusia. lautan manusia.. inilah satu satunya tempat yang hidup 24jam tanpa henti.. aku dan semua saksikan.. 
kenangan umrah pertama, terpisah dari mak dan mak cik 
kenangan umrah pertama, asbab aku terlalu fokus mencari mak dan makcik yang terpisah, aku juga akhirnya terpisah dari kumpulan ku sendiri,.. akhirnya keseorangan dari sai hingga ke bercukur.. amazingnya bila pk umrah pertama aku berakhir dengan aku menunaikannya sendirian...wow..hihi.. syukur ya allah, atas nikmat ilmu yang kau kurniakan dan aku usahakan.. 
kenangan berjalan sangat jauh iaitu dari tempat saie mengelilingi masjid al haram untuk balik ke hotel..ya rabbi, punya lah jauh..sebabnya, x familiar lagi dgn masjid haram.. =)
kenangan lawat masjid aishah.. namaku =) 
kenangan menangis bersama mak selepas solat subuh sewaktu menunggu jemaah bersurai untuk mohon kemapunan atas dosa sebagai anak yang kdg derhaka dan x menyantuni orang tuanya.. 
kenangan terduduk keletihan atas lantai sai selepas selesai umrah yang kedua .. semua mata memandang.. 
kenangan menolak abah menggunakan wheelchair.. allahurabbi.. kasihku pada abah amatlah kerdil jika di banding dengan kasih abah sepanjang hayat. Ya Allah, untuk abahku Syed Zain... Abi.... kau kurniakan syurga buatnya dan ampunilah segala dosa dosanya 
kenangan hampir putus nafas waktu berhimpit ke hajarul aswad..
kenangan melihat hajarul aswad langsung terus di depan mata..
kenangan sesak nafas apabila dada di himpit semasa berasak2 untuk ke Hajarul Aswad.. Hanya allah yang tahu dan aku bersyukur kerana allah telah beri aku sebahagian kecil dari rasa bagaimana kiranya nasib aku jikalau aku di himpit oleh kubur sendiri..nauzubillah...ini memang mengazabkan lantas menyebakkan. Mencium hajarul aswad tu adalah sunnah tapi Allah bagi aku bukan sahaja pahala sunnah tapi allah bagi aku akal untuk aku fikirkan bagaimana terkumpulnya manusia berasak asak waktu hari perhitungan dengan keadaan masing2 berpeluh.. peluh yang menenggelamkan diri sendiri. nauzubillah.. nikmat mencium hajarul aswad adalah pada pengajaran di sebaliknya 
kenangan aku takut kehilangan ibuku sewaktu aku di hajarulaswad.. Ya allah , alhamdulillah..  kau telah pelihara ibuku
kenangan mendaki gua hira' atau jabal nur pada waktu malam, separuh jalan kerana tidak larat akibat demam urat (pagi berhimpit di hajarul aswad)
kenangan dekat dgn si dia.. ibarat tiada peneman, mengharap di teman..
kenangan duduk diam di atas batu besar pada malam itu, melihat keindahan makkah dan hasil penyebaran islam oleh Kekasih Pencipta.
kenangan kekuatan Siti Khadijah memanjat jabal nur untuk kekasih hatinya
kenangan hampir jatuh sewaktu memanjat batu bata di jabal rahmah..huhu
kenangan memayungi orang yang solat di hijr ismail dan kemudian allah mudahkan urasan kita pula untuk bersolat
kenangan melihat mak cik menangis pabila mendengarkan ceramah ustaz.. kaki yang sakit itulah yang akan melaporkan kepada Allah bahawa ia sakit untuk Mu Ya Allah.. 
kenangan sai yang pasti aku akan merindui saat sai itu.. saat yang aku pilih untuk ingat..  
kenangan solat menghadap kaabah di depan mata.. mengalir air mata..waktu asar, kaabah terus langsung di depan ku.. terang jelas dan terpukau olehnya.. 
kenangan solat keseorangan di mataf paling atas pada waktu maghrib dan isyak.. kesejukan keseorangan..
kenangan tawaf qudum.. hati mulai sebak kerana perasaan untuk meninggalkan.. 
kenangan teresak esak menangis keseorangan meninggalkan bumi haram di dalam kapal terbang.. selamat xde orang dengar dan perasan kerana merka2 sudah kepenatan..
kenangan sesak nafas dlm kapal terbang apabila termimpi masih di himpit sewaktu menghampiri hajarulaswad.. subhanallah.

kenangan kesemuanya kenangan yang indah.. Ya allah, jadikanlah aku manusia yang menjadikan tanah haram sepertinya ada di mana mana.. tanah di mana aku menjadi hamba Mu yang paling redha.. tanah yang menjadikan aku hambaMu yang paling beryukur.. 

Amin ya Rabbi

Nov 22, 2019

Tujuh Al Fatihah


Inilah dia hadiah ku kepada sekalian kamu 
Inilah dia Alfatihah untuk mu

1. Alfatihah Kepada Rasulallah Saw, Nabi Muhammad Saw, nabiku, kekasih hatiku, kekasih hati penciptaku dan kekasih hati seluruh umat manusia di atas muka bumi ini. Moga aku dpt bertemu dengannya dalam keadaan sangat baik dan bahagia. Amin

2. Alfatihah Kepada kaum keluarganya, sahabat sahabat nabi yang mengasihi menyayangi beliau semasa hidup beliau. Sentiasa berada bersama dengan beliau dalam susah dn senang beliau ketika menyebarkan dakwah kepada seluruh umat islam. Sentiasa menyokong beliau tidak kira apa keadaan beliau. Moga aku dikurniakan keluarga dan sahabt handai seperti beliau. Amin

3. Alfatihah Kepada para syahid syuhada yang berjuang bersama2 Rasulallah dlm perang Uhud dan perang2 lain sehingga aku merima nikmat iman dan islam. Kepada para syahid syuhada yang percaya akan kekasihku Nabi Muhammad dan meninggalkan apa sahaja milik mereka untuk bersama2 dan melindungi baginda Muhammad semasa perang. Dan juga kepada yang mengangkat kekasihku Muhammad ketika baginda cedera parah di perang uhud

4. Alfatihah Kepada kedua ibu bapa ku dan ahli keluargaku serta pasangan hidup dan zuriat2 mereka.  Aku beryukur Ya Allah memilik mereka sebagai ahli keluargaku. Moga Kau berikan segala kebaikkan di dunia dan di akhirat kepada mereka dan melindungi mereka dari azab api neraka. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau makbulkanlah segala doa2 yang baik bagi mereka

5. Alfatihah Kepada saudara mara ku, kawan2 ku, sahabat handaiku, ibu dan ayah kepada sahabat2 ku dan jiran tetanggaku. Ya Allah, Kau berikan segala kebaikkan di dunia dan di akhirat kepada mereka dan melindungi mereka dari azab api neraka. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau makbulkanlah segala doa2 yang baik bagi mereka

6. Alfatihah Kepada mereka yang membuat kebaikkan kepada mak dan abahku serta orang2 yang aku sayang, kepada alim ulama mu, kepada mereka yang membuat kebajikan kepada agamaMu Ya Allah, kepada mereka yang menginfakkan harta dan jiwanya ke atas jalanMu Ya Allah. Ya Allah, kau jadikanlah aku insan yang bermanfaat seperti mereka. Kau berikan segala kebaikkan di dunia dan di akhirat kepada mereka dan melindungi mereka dari azab api neraka. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau makbulkanlah segala doa2 yang baik bagi mereka

7. Alfatihah Kepada diriku dan bakal suamiku serta zuriat keturunanku. Kepada insan yang bernama KFAB, moga Allah lembutkan hatimu dan tambatkanlah tautkanlah hatimu kepadaku. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau makbulkanlah segala doa2 yang baik untuk diriku dan diri mereka, serta lindungilah kami dari azab siksa mu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...