Oct 20, 2019

Trip ke Bandar Satun dan Pak Bara. Menarik!



Ada sorang kawan ni pernah ckp2 berkenaan Pak Bara but i have no clue mana tempat tu. Bila jumpa, terus jatuh cinta sebab tempat ni best. Tenang, rileks2 , ada pantai, ada pasar malam, ada hotel murah dan bersih dan yang paling penting, makanan seafood yang murah. 

Pak bara di dalam Langu District, salah satu distric di area Satun. Satun ni lebih dekat nk jumpa melalui pintu wang kelian, border yang paling aman dalam dunia kot. Kalau kat padang besar tu org kena tunggu kat sejam atau lebih masa nk cop passport, wang kelian ni buka pintu kereta, turun 5 tapak, sampai terus ke pegawai kastam thailand yg tgh tunggu korg.
 Jalan wang kelian memang la bahaya skit sbb bukit dgn selekoh maut kan tapi bila part menunggu yang sekejap (terutama klu bawa org tua, kesian diong nk beratur lama lama), x pikir lama dah. 
Masuk thailand lalu border wang kelian lebih menyenangkan.

Otw nk ke Pak Bara tu, kami explore area Satun yang lain dulu.  


Bermula dengan, collect insurance di Caltex RNR Gurun. Saya guna whatsapp je, x perlu la nak tunggu lama sangat beratur kat counter. 
Ni rupa Thailand Insurance Counter di Caltex RNR Gurun. 

Border Wang Kelian atau nama thailand, Wang Pranchan

Masuk je border kami terus singgah masjid ni. 
Nama : Masjid AlHashimi.
Di bina oleh dana NGO dari Malaysia. Masjid ini menyerupai Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis
Located otw dari border Wang Kelian / Wang Prachan ke bandar Satun
Masjid AlHashimi, Khuan Don, Khuan Don District, Satun 91160, Thailand



Selepas Masjid, kami singah di Big C Satun, sebab nk beli Simcard Thailand
Selain dari Big C, kalau nk beli Simcard Thailand, boleh beli di kedai runcit selepas je kuar kastam Thailand.
Kedai tu signboard dia warna biru, bnyk jual beras thailand.

Ini gambar dalam Big C, Satun. Antara pasar raya terbesar di area Satun 

Lepas beli simcard, terus menuju lunch di Nergara Restaurant. 
Makanan di sini memang sedap ya amat. Paling penting Somtam Goreng & ikan Goreng Serai.. 
Nergara Restaurant, Phiman, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand
Located betul2 di jalan berdepan dengan Satun Central Mosque

Antara Tempat menarik lain di Satun
- Satun Central Mosque aka Mambang Satul Mosque
- Kuden Mansion Museum
- Pasar Malam Satun (meriah pada petang Sabtu) 
- Tammalang Pier 
- Fisherman Village, Tammalang
- Tanyong Pao
- Pak Bara Beach (kami spend 2 nights dipantai ini)

Tammalang Pier

Tammalang Pier. 

Jetty Tammalang Pier. 

Tempat ni tempat kehidupan orang kampung, so jangan la expect tempat ni bersih dan cantik kebabom. Ia sekadar jetty untuk uols explore. Orang kata been there, done that =)
Kami jalan2 di sekitar kampung Tammalang lebih kurang sejam, memerhatikan kehidupan kampung mereka. 

Satun Provincial Fish Market, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Masih di area Tammalang,di sini ada small jetty untuk mereka commute naik boat dan pergi seberang. Seberang tu bukan pulau, ia tanah besar juga cuma kalau naik jalan darat, pusingan jauh. 

 Ini area perkampungan di area Tammalang. Kami rajin2 kan diri jalan2 sekitar kampung. 
Kalau ada motor, lagi best la.

Ada juga perkampungan atas air dia Tammalang area ni. 
Sebab xde org nk meneman, x jadi la pergi sampai hujung. 

Lepas Tammalang Area, kami slow drive dekat 30 mins plak ke Tanyong Pao.
Tanyong Pao
Selalunya org Mesia datang sini untuk makan seafood. 
Highly recommended sbb di katakan sangat murah.
Kami x pernah makan kat sini, tapi kalau mat2 motor, mmg ni la port mereka makan tengah hari.


Selepas dah abes round area pantai bandar satun, kami pun menujuk ke Pak Bara, check in resort kami di area pantai Pak Bara.
Nama : Laguna Resort. 
Pemilik restaurant muslim. View cantik, harga just nice.
Highly recommended

View Entrance Laguna Resort (berdepan dengan pantai)

Laguna Resort Mini Market di reception Counter

Ni bilik kami. Nice and bersih. Harga around THB1200 
Sbb book online and currency exchange rate berubah2 


Masih di Laguna Resort, kawasan resort yang bersih dan nyaman
Dah 3x duduk resort ni, dan setiap kali pergi, keadaan resort sentiasa berubah2
Sentiasa ada pembaharuan, penambahbaikkan dan jenis2 bilik yang beranak pinak.
Agak2 kalau pergi lagi skali, harga bilik dah lain pula kot sbb dia keep on improve their bizz, which in a way, its good!

Ni antara menu sampingan breakfast di Laguna Resort. 
Main breakfast kena order melalui menu.
Ada 4/5 menu boleh pilih. 
Yang penting, semua masakan dia sedap. 

Main menu untuk breakfast


Di Pak Bara, Langu, Satun ada beberapa tempat yang best untuk pergi.
- Khao Yai National Park / Mu Ko Phetra National Park  
- Pak Bara Viewpoint 
- Pak Bara Jetty / Pier (Koh Lipe / Taruto National Park) 
- Pak Bara Night market 
- Ao Nun (pantai simple) 
- Beting pasir Pak Bara (gambar soon) 
Khao Yai National Park / Mu Ko Phetra National Park 
Petang2 boleh jogging di sini. Boleh ambil angin petang dan berbasikal juga. 
Sunset View di sini superb 

Five Colours Beach (หาดห้าสี) di Mu Ko Phetra National Park

Mu Ko Phetra National Park 

Mu Ko Phetra National Park

Mu Ko Phetra National Park

Pak Bara Pier 
Dari sini, boleh naik boat g Koh Lipe! 
Kalau tengah peak season, ramai la european datang sini nak g pulau 

Pak Bara Viewpoint. 
Boleh tengok sunset di sini dan enjoy local food sebab ada mini gerai bergerak di area sini. 
Peniaga naik motor jual mcm2. 
Kalau pasar malam Pak Bara, Sabtu ada juga cuma peniaga kurang sikit. Yang paling meriah, Ahad petang. 

Pak Bara Night Market
Antara gerai jualan di sini. Sediakan duit dan perut yang lapar je kalau nk merasa semua makanan 

Sunset @ Pak Bara, Satun Thailand

Sunset @ Mu Ko Phetra National Park

Sunset @ Pak Bara, Satun Thailand

Ao Nun, Pak Bara

Ao Nun, Pak Bara

Ao Nun, Pak Bara

Lunch area Pak Bara Roadside, Nava Seafood

All in  THB940 

Selain ke area Pak Bara, Langu District, kami extend sikit perjalan kami ke arah utara Satun, iaitu district namanya ThungWa 
Post Thung Wa District, Satun continue soon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...