Dec 14, 2012

Renew Passport di KKB

                        Hai...assalamualaikum...hari ini 14/12/2012..pagi nih awal awal lagi dah mesej boss minta halfday, sebab nak pegi renew passport yang dah pun tamat tempoh Nov lepas..since i stay in Rawang and isolated from all access, then i dont have much option...alang alang dah jauh, buat je la kat memana..tapi tak de la nak buat sampai kat putrajaya.. giler la..several opts to renew  your pasport if you stay around rawang ialah ke Jalan Duta, Wangsa Maju atau pun Kuala Kubu Bharu..my fren kata services kat Jalan Duta laju, plus they have kiosk...tapi aku malas la nak ke sana sebab jem...lagi pulak hari ini jumaat...buatnya jalan kena blok sebab raja nak gi solat jumaat,tak ke padah... baik baik apply half day, dah kena cuti sehari...oh, no no no....and then, ada yang suruh aku ke imegresen wangsa maju, tapi....aku tak berapa arif pasal jalan kat wangsa maju, so aku pun last last decide pegi renew passport di Kuala Kubu Bharu..pukul 8 bangun, mandi and bertindak menyediakan document apa yang patut...tetiba aku teringat, mana aku letak surat beranak aku?? ...konfem tertinggal kat rumah muar..ini tak boleh jadi..aku google homepage imegresen kuala kubu bharu untuk call diorang and tanya, apa document kena bawa...fuh, selamat pegawai tuh kata birth cert tak payah...
 
                           So, aku bertolak dari rumah pukul 8.30 and sampai Jabatan Imegresen Kuala Kubu Bharu (KKB) dalam pukul 9.15. Masuk ke pejabat dan terus isi borang A. Di sebabkan aku tak buat lagi gambar passport, aku terus decide untuk ambil gambar di kiosk yang di sediakan (biasanya setiap jabatan imegresen pasti ada small lil tiny kiosk untuk orang ramai ambil gambar).. of cos la harga dia a bit mahal.. seperti di KKB, 4 keping gambar berukuran passport bernilai RM12...so high in demand...abes duit melayang mcm tuh je..but what to do...tu je cara paling cepat..

so my lovely fren, let me share with you some info berkenaan passport..

Untuk new passport application atau renew :
1. Tolong sediakan document seperti 2 keping gambar berukuran passport
2. 1 salinan IC( sekiranya permohonan baru)
3.  Birth cert (disediakan oleh firts timer / yang berumur bawah 18 tahun)
4. Isi Form A - Borang boleh didapati  laman web Jabatan Imegresen
5. Sediakan duit RM100 untuk 2 tahun renew atau RM300 untuk 5 tahun renewal.
6. Kalau sesiapa yang nak renew, passport lama jangan lupa bawa sekali.
7. Passport di jangka siap dalam masa 2 jam paling lambat.

Untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah,  guardian mestilah turut hadir.

Dan untuk Passport group Malaysia:
1. Bayaran di kenakan sebanyak RM200 untuk buat passport group.
2. Minimum 5 nama (5 orang) untuk satu group passport, termasuklah ketua dan maximum 20 orang.
3. Passport boleh di gunakan sekali sahaja. (satu passport untuk sekali entering sahaja)
4. Mestilah melantik seorang ketua. Sekirannya ketua tak jadi ikot pegi trip, satu rombongan cik kiah tak boleh pegi trip
5. Semua ahli dalam application mestilah hadir semasa membuat passport. Ada sesetangah tempat benarkan ahli datang berperingkat-peringkat, tapi tertakluk dalam suatu jangka masa yang tertentu.
6. Passport group hanya boleh di gunakan untuk ke Singapore dan Thailand.
7. Sekiranya salah seorang ahli rombongan berumur bawah 18tahun, ibu bapa mestilah turut hadir untuk mengisi surat kebenaran.
8. Passport di jangka siap dalam masa 5 hari setelah semua ahli hadir ke imgresen kaunter.
 
please refer to gambar below for more info..
gambr di ambil sewaktu aku boring menunggu kaunter serahan passport  panggil nama

 

                  Bila borang dah di hantar ke kaunter, dia akan suruh bayar RM100/ RM300..kalau mcm aku yang renew 2 tahun, RM100 aku hulurkan..dia promise dalam one and half hours akan siap..dia bagi resit hijau sebagai bukti pembayaran..so, since aku pun tak de rushing nak ke mana mana, aku decided untuk duduk lepak kat warong sebelah...berseorangan la aku di warong menikmati mee hon sup dan air limau panas..rileks rileks, silang kaki mcm gaya atuk atuk baca surat khabar kat kedai kopi..wahhhh, peace giler KKB nih.. tempat cantik, tak yah nak rushing2..no traffic, no parking fees and nothing.. i like it! senang kata, tak susah buat passport kat sini..di tambah pula dengan orang jabatan imegresen yang friendly friendly..

ini lah dia Pejabat Imegresen Kuala Kubu Bharu.. berjimba aku kat sana sebab lengang.. ada 3 kaunter je okay..kelass tak? hehe

                    After waiting for one hour, aku pegi ke kaunter balik dan serahkan resit yang di berikan untuk tuntut passport..dia ambil resit aku and arahkan untuk aku duduk sekejap..and about 5 minits in time, tadaa!!!!! passport siap! so yeayyyyy... so easy and so simple..

yang lama dan yang baru..

          bila everything settel, aku pun tgk jam, eyh, baru pukul 10.30 am..awal lagi..since aku pun takde benda lagi nak buat kat KKB, aku pun drive balik rumah...keadaan jalan yang lengang menyebabkan aku boleh drift ikut suka hati aku.. aku bajet kawasan mcm KKB / Rasa /Serendah ini takkan ada AES, so 120kmph is no big issue...hehe....aku sampai rumah dalam pukul 11.00 dan ini bermakna aku masih ada 3 jam lagi untuk bersiap siap sebelum masuk ke ofis..yessah.. pandai aku bajet masa =)

tq for reading..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...