Dec 28, 2012

Backpack Trip to Krabi - Part 1

                Hai... last week masa christmas 21-25 dec 2012, aku berkesempatan untuk backpack ke Krabi bersama dengan geng perompak gunung yang aku langsung tak kenal..end up, mereka sangat cool..ingat! bakcpaker sejati mestilah boleh get along dengan sesiapa sahaja... =) 

                Untuk trip kali ini, kami plan untuk pegi ke Kl --> Dannok --> Krabi --> Ao Nang --> Hat Yai --> Dannok --> KL....ber-dua belas orang iaitu, (start dari kiri), Toyol, Nasa, Kungpow, Satri, Idzham, Abg Fazli, Kak Dayah, Erisya, Kak Tina and my lovely mate, Fara Naq.

               Initially, kami plan naik train KTMB but since ticket sold out, terpaksalah kami tukar plan..kami menaiki van Hiance. Van yang ala -ala artis gitu (gambar seperti di bawah). Masa tuh i thought that van was not a good option coz i have a feeling that menaiki van pada waktu malam is not safe. Tapi dah bayar duit booking pada ketua backpack (kak tina), so just go with the plan..

               Trip begin pada malam 21/12/2012. Aku tak kemas beg hape pun lagi. Duit pun tak tukar lagi sebab rasa keadaan masih terkawal. Pada malam tersebut, kami saling roger each other status terkini sebab van abang nuar, iaitu pemandu kami mungkin akan pick up kami lambat sikit. Abang Nuar adalah driver aka kawan aka translator terbaeekkk kami. Beliau start mengambil group kami sorang demi sorang di kajang/ cyber jaya(11.30pm), RnR Jejantas Sungai Buloh(12.30), RnR Rawang (1.30 am) dan last sekali Masjid Seberang Prai (5.00 am). van yang di pandu beliau bergerak laju gilos..aku rasa kalau ada sayap, lepas jugak la kalau takat nak terbang 10 meter ke atas..huh, kecut perut..rasa mcm naik roller coaster kot..  dan dengan kelajuan tahap cipan tuh la perjalan kami hanya mengambil masa selama 5-6 jam untuk sampai di Bukit Kayu Hitam. Dalam hati aku berdoa agar aku tak mati atas jalan raya. Alhamdullillah, masih panjang nyawaku

                Selesai solat subuh di salah sebuat masjid di Bukit Kayu Hitam, kami meneruskan perjalanan ke CIQ. Macam biasalah, kaunter tuh tak de la jauh sangat. Urusan di kedua dua kaunter selesai lebih kurang 1 jam. Aku rasa kaunter dia rileks sikit and tak strict sangat. Cop-cop and lepas je. Owh ya, untuk pengetahuan umum, semasa anda beratur di Kauter Imegresen Malaysia, passport anda hendaklah bersih dan clear.. Tapi sesudah anda sampai di Kaunter Imegresen Thailand, hendaklah korunk selitkan duit RM1.00 di belakang passport untuk di berikan kepada pegawai imegresen thai yang sedang bertugas. Aku tak pastilah nak define perbuatan ini sebagai apa..yang penting bukan nak rasuah ye, sebab takat masuk negara thailand je tak de hal lah! yang penting korunk hendaklah berjaga jaga....kalau korunk terselitkan duit tuh di kaunter malaysia, sendiri mahu jawablah dengan SPRM...muahahah..

                         Selesai kami semua keluar dari imegeresen, kami decided untuk breakfast dulu di kawasan tersebut Dannok . Plan mulanya nak singgah ke Hat yai tapi Abang Nuar kata better teruskan sahaja perjalanan ke Krabi. Semua agreed. Kami semua breakfast di Dannok dan ready untuk teruskan perjalanan ke Krabi.

                        Perjalanan ke Krabi menaiki van di mulakan dengan bismillah. heheh.. Kami bergerak dari  Dannok pada pukul 11.00 am ...perjalanan di jangka memakan masa selama 5 jam provided that van sentiasa berada pada kelajuan 120kmph atau lebih. Since plate no van kami dalam tulisan  thailand, sekarang pemanduan abang nuar lebih terkawal dan beliau lebih berhati hati..kalau kat malaysia, ada dia kisah nak pedulikan speed trap dekat Plus Highway? takde jep.. haha..  nampak tak permainan beliau di situ? hmmm =)

                Sepanjang perjalanan ke krabi, kami di sajikan dengan suasana kampung. Pemandangan biasa sahaja cuma yang membezakan thailand dengan malaysia, kita lebih banyak jumpaWat/kuil emas mereka berbanding surau surau kecil.. biasalah, agama utama pun buddha.....all the way to Krabi, kami menonton TV.. kelassss tak? cuba perhatikan pada gambar di bawah.. cuba lihat program apa yang kami tonton? terbaik kan? ..hehe.. maklumla, group backpack kali ini ada ex-student sekolah pondok kat narathiwat,..walaupun sekolah pondok, tapi he is seriously an easy going person plus open minded! Layan je.. ustaz azhar idrus pun best ape?..bergegar van kami bila tahap lawak dia sampai.. =)

soal jawab ustaz azhar idrus sepanjang perjalan pegi - balik.. love it..

                       Dan sepanjang perjalanan ini jugak lah, aku tak tahu berapa kali aku terlelap. Boring jugak la. Kampung kanan kiri sama mcm kampung kat Malaysia. Pusing kepala kanan kiri, serba tak kena.. it was indeed a very long trip...plus aku and Fara duduk dekat seat yang paling belakang, seat yang darjah kecondongan nya 90 degree...mak aihhh, bertambah la tak keruan..Sekejap masuk bandar, ingatkan dah sampai tapi tiba tiba keluar masuk jalan kampung semula..tak nampak satu pun singboard ao nang atau Krabi..owh, lamanya...aku dan geng perompak dah naik pening gaya apa lagi kami nak tidur.. at one point, aku nampak banyak pokok kelapa.. ini pentanda baik, petanda yang mengatakan kita hampir sampai ke pantai...hoyeahhhh..dah nak sampai KRABI..(tapi tak sampai sampai pun lagi, huh)

                   Setelah lama, kami di kejutkan oleh abang nuar. Abang anuar kata, masa untuk makan tengah hari pada pukul 3 petang telah tiba. amboi..kami pun layan .. kami makan tengah hari di salah sebuah warung berdekatan dengan airport krabi.. masa makan, kami dah terasa the heat and hotness of thailand dishes.. bersepah semua orang meneguk air, mengunyah ais.. takat sayur pun nak pakai cili api...adeyhhhh mak cik oii..

                   Tak lama dari airport, kami pun sampai di Krabi Town..alhamdulillah.. it is a small and simple town... not so much attraction but on the way to ao nang from Krabi,  we found out that Krabi ada Factory outlet.. boleh la shopping ye...kitoang tak plan nak ke situ sebab masih awal lagi kot..

               And about 30 minutes from Krabi Town, kami pun sampai la Ao Nang area...jam menunjukkan pukul 4.30 petang...ao nang sangat-sangat-sangat cool....nak tahu pasal ao nang? tunggu next post ye.. =)
Our main transportation in Ao Nang beach

surprise...

thanks for reading =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...