Dec 29, 2012

Backpack Trip To Krabi - Part 2

           Continue from my last post ... kami tiba di ao nang pada pukul 4.30 sth, 22/12/2012.. kami terus check in hotel, K.L Guesthouse....untuk yang belum booking mana mana hotel sebelum sampai, do not to worry about availability of hotels room kat ao nang...banyak! just walk in, confirm ada... Our guesthouse strategically situated around 100 meters from the beach and it is very close to any access...rate per nite is less than RM100...i cant really remember how much it was, as it came with our package.. but i guaranteed that it is cheap.. =)
 
this is where we stayed for 2 days...most of the hotel akan letak stacks of brochure untuk tourist and as you can see, motrbike rent services is just next door.
 
             Di Ao Nang, terdapat banyak hotel/ travel tour agency yang menawarkan package untuk island hoping, kayaking, cave climbing and many more..jalan tak sampai 5 meter dah ada iklan tour package krabi..jalan depan sikit, akan ada lagi.. then, ada lagi...hmm, memang banyak...you tak perlu la risau kalau datang ke sini tidak berpackage..

             Along the beach, ada banyak street shops, hotels, club, pub, bar, warung and even money changer...since kami sampai pada malam minggu, town yang i assume biasa je bertukar menjadi happenings giler! and i like..
 
 Ao nang street, warong, pub, club, shop lots and many more..
 
              Untuk berjalan-jalan di Ao Nang, kami plan untuk sewa motor/ scooter... eeiii, sumpah tak berkenan langsung dengan scooter sebab scooter bahaya ... press minyak je dah boleh jalan, rasa macam bawa mesin pun ada..kalau salah press, konfem terus laju maju ke longkang...huhu...kami decided untuk sewa motor selama 2 hari, iaitu 48 jam..rate motor sewa di sana THB250 = RM25 untuk 24 jam..petrol sendiri...you boleh guna petrol yang ada dalam tank sampai motor berasap, itu pun kalau agak-agak korunk nih jenis orang yang kedekut  mcm i..and, kalau you berangan nak bawa superbike pun boleh...takde hal..untuk i yang berkaki pendek, baik lupakan...biasanya superbike nih, mat salleh yang suka.. tak pun orang yang honeymoon.. untuk kitorang yang masih bujang, honda cup pun kami tak kisah.. =) pelbagai jenis motor ada di tawarkan...dan harga tentulah berbeda mengikut jenis..
 
             Sesampai sahaja di hotel, Nasa (ketua backpack) let us berehat selama 1 jam.... kami solat jamak, mandi dan kemudian berkumpul di lobby hotel semula pada pukul 5.30.. suasana di luar masih terang, mcm pukul 6.30 di mesia..lobby hotel sempoi giler...ala ala verandah kat rumah kampung dan ini yang menyebabkan i rasa Ao nang sungguh tenang !...kami mengagihkan motor kepada sesiapa yang reti bawa motor...since i bekas jagoon rempit, then i la yang bawa...

tuk tuk merah..
 
             We headed to the beach to watch the sunset...subhanallah..its was always beautiful and i will  always love sunset! along the beach, ada banyak stalls menjual "cucuk-cucuk".. kebanyakkan nya seafood and since i'm happend to allergy to certain seafood, i ignored the stalls..geng lain semua berjimba membeli seafood and me??!, telan air liur..nak makan boleh, cuma kalau allergy attack, sendiri mahu tanggung la sebab ubat terlupa bawa..bila beli cucuk-cucuk, mak cik stall bagi pinjam tikar untuk buat mini-picnic..wo hooo...

            Di Ao Nang, makanan halal senang untuk di jumpai...banyak restaurant muslim di sini.. semua pun sedap2..siapa yang tak tahan pedas, confirm berpeluh peluh bila makan..rupanya geng backpack kali ini, ramai yang tak tahan pedas...kantoiii... dari segi harga, makanan di sini agak mahal (especially untuk i yang tak berapa nak mewahkan bab makan.)... selalu sangat kami nih kena ketuk... mujur ada abang nuar, boleh la minta dia nego bagi discount sikit
 
 
 
 sunset is the best therapy for me, as it remind me to always end up my day beautifully..
 
                   Sehingga matahari terbenam, barulah kami balik beredar..kami berpecah as it was a free and easy time.. so Fara and I decided to make one round of survey to places we gonna do shopping tomorrow..basically, pantai Ao nang takde la besar giler.. walking distance from one side to another is possible..and that is why i like Ao Nang Beach so much! bila naik motor, rasa macam konfius mana nak parking sebab antara one places to another dekat.... kalau takde motor pun takpe sebenarnya..
 
                   Setelah meronda ronda, kami decided untuk berjumpa semula di hotel pukul 8.00 pm sebab its time for dinner! kami dok tunggu la abang nuar, sebab dia janji nak bawa kami pegi dinner, tapi sebenarnya dia dah syahid duniawi dulu.. kesian dia sebab dia penat drive sepanjang hari..last last kami semua konvoi ramai ramai pegi makan di satu restaurant di hujung jalan, lebih kurang 500 meter dari hotel.. of course la semua orang nak rasa originality of thailand tom yam...hah, rasakan!!!  sangat la tak boleh bla la!! pedas memang konfem la..tak tahu jenis cili padi hape yang diorang pakai.. mencabar  sungguh nak makan kat thailand nih hah.. malam tuh kami makan set hidang.. satu kepala, RM28...mahal jugak kan? tapi takpe, at least makanan i jadi zat untuk badan i semula...compare to my frens yang lain, makanan diorang semua mengalami process per-nyah-tinja-an pada malam yang sama jugak, selama 4 ke 5 kali....kesian diorang! =)
 
                  Jam menunjukkan pukul 10.30pm..all of them headed to the shopping street to get a good bargain while i headed back to our hotel as my friend Fara needs to prepare update report for her boss..as a friend who care and not selling-the-fish, i wont let her be in hotel alone..thus, i pun temankan dia sambil online and chat with my sister kat mesia..then, i told fara that i wanted to on the line kat verandah..bila turun bawah je, tetiba nampa kungpow ada kat situ..kami pun berbual-bual... we started knowing each other malam to..kungpow student jepun, pasal tu la nama dia pelik..tak lama lepas tuh, idzham (model tibet) pun join kami..kami berborak borak sekejap je, dalam 5-10 minit before both of them minta excuse...then, tinggal lah i di veranda sorang sorang..malam minggu especially 2/3 days before christmas, of cos la tempat nih masih hips lagi...30 minit jugak i layan perasaan sorang sorang.. bila mengantuk, i pun naik la ke bilik.. since fara still buat report and i tak nak disturb dia, so i put myself in sleeping mode, lantas terus tidur...heheh...

it ended up my 1st day story in Ao Nang, Krabi =))
for 2nd day stories, wait till next post..

thank you peeps for reading...

Dec 28, 2012

Backpack Trip to Krabi - Part 1

                Hai... last week masa christmas 21-25 dec 2012, aku berkesempatan untuk backpack ke Krabi bersama dengan geng perompak gunung yang aku langsung tak kenal..end up, mereka sangat cool..ingat! bakcpaker sejati mestilah boleh get along dengan sesiapa sahaja... =) 

                Untuk trip kali ini, kami plan untuk pegi ke Kl --> Dannok --> Krabi --> Ao Nang --> Hat Yai --> Dannok --> KL....ber-dua belas orang iaitu, (start dari kiri), Toyol, Nasa, Kungpow, Satri, Idzham, Abg Fazli, Kak Dayah, Erisya, Kak Tina and my lovely mate, Fara Naq.

               Initially, kami plan naik train KTMB but since ticket sold out, terpaksalah kami tukar plan..kami menaiki van Hiance. Van yang ala -ala artis gitu (gambar seperti di bawah). Masa tuh i thought that van was not a good option coz i have a feeling that menaiki van pada waktu malam is not safe. Tapi dah bayar duit booking pada ketua backpack (kak tina), so just go with the plan..

               Trip begin pada malam 21/12/2012. Aku tak kemas beg hape pun lagi. Duit pun tak tukar lagi sebab rasa keadaan masih terkawal. Pada malam tersebut, kami saling roger each other status terkini sebab van abang nuar, iaitu pemandu kami mungkin akan pick up kami lambat sikit. Abang Nuar adalah driver aka kawan aka translator terbaeekkk kami. Beliau start mengambil group kami sorang demi sorang di kajang/ cyber jaya(11.30pm), RnR Jejantas Sungai Buloh(12.30), RnR Rawang (1.30 am) dan last sekali Masjid Seberang Prai (5.00 am). van yang di pandu beliau bergerak laju gilos..aku rasa kalau ada sayap, lepas jugak la kalau takat nak terbang 10 meter ke atas..huh, kecut perut..rasa mcm naik roller coaster kot..  dan dengan kelajuan tahap cipan tuh la perjalan kami hanya mengambil masa selama 5-6 jam untuk sampai di Bukit Kayu Hitam. Dalam hati aku berdoa agar aku tak mati atas jalan raya. Alhamdullillah, masih panjang nyawaku

                Selesai solat subuh di salah sebuat masjid di Bukit Kayu Hitam, kami meneruskan perjalanan ke CIQ. Macam biasalah, kaunter tuh tak de la jauh sangat. Urusan di kedua dua kaunter selesai lebih kurang 1 jam. Aku rasa kaunter dia rileks sikit and tak strict sangat. Cop-cop and lepas je. Owh ya, untuk pengetahuan umum, semasa anda beratur di Kauter Imegresen Malaysia, passport anda hendaklah bersih dan clear.. Tapi sesudah anda sampai di Kaunter Imegresen Thailand, hendaklah korunk selitkan duit RM1.00 di belakang passport untuk di berikan kepada pegawai imegresen thai yang sedang bertugas. Aku tak pastilah nak define perbuatan ini sebagai apa..yang penting bukan nak rasuah ye, sebab takat masuk negara thailand je tak de hal lah! yang penting korunk hendaklah berjaga jaga....kalau korunk terselitkan duit tuh di kaunter malaysia, sendiri mahu jawablah dengan SPRM...muahahah..

                         Selesai kami semua keluar dari imegeresen, kami decided untuk breakfast dulu di kawasan tersebut Dannok . Plan mulanya nak singgah ke Hat yai tapi Abang Nuar kata better teruskan sahaja perjalanan ke Krabi. Semua agreed. Kami semua breakfast di Dannok dan ready untuk teruskan perjalanan ke Krabi.

                        Perjalanan ke Krabi menaiki van di mulakan dengan bismillah. heheh.. Kami bergerak dari  Dannok pada pukul 11.00 am ...perjalanan di jangka memakan masa selama 5 jam provided that van sentiasa berada pada kelajuan 120kmph atau lebih. Since plate no van kami dalam tulisan  thailand, sekarang pemanduan abang nuar lebih terkawal dan beliau lebih berhati hati..kalau kat malaysia, ada dia kisah nak pedulikan speed trap dekat Plus Highway? takde jep.. haha..  nampak tak permainan beliau di situ? hmmm =)

                Sepanjang perjalanan ke krabi, kami di sajikan dengan suasana kampung. Pemandangan biasa sahaja cuma yang membezakan thailand dengan malaysia, kita lebih banyak jumpaWat/kuil emas mereka berbanding surau surau kecil.. biasalah, agama utama pun buddha.....all the way to Krabi, kami menonton TV.. kelassss tak? cuba perhatikan pada gambar di bawah.. cuba lihat program apa yang kami tonton? terbaik kan? ..hehe.. maklumla, group backpack kali ini ada ex-student sekolah pondok kat narathiwat,..walaupun sekolah pondok, tapi he is seriously an easy going person plus open minded! Layan je.. ustaz azhar idrus pun best ape?..bergegar van kami bila tahap lawak dia sampai.. =)

soal jawab ustaz azhar idrus sepanjang perjalan pegi - balik.. love it..

                       Dan sepanjang perjalanan ini jugak lah, aku tak tahu berapa kali aku terlelap. Boring jugak la. Kampung kanan kiri sama mcm kampung kat Malaysia. Pusing kepala kanan kiri, serba tak kena.. it was indeed a very long trip...plus aku and Fara duduk dekat seat yang paling belakang, seat yang darjah kecondongan nya 90 degree...mak aihhh, bertambah la tak keruan..Sekejap masuk bandar, ingatkan dah sampai tapi tiba tiba keluar masuk jalan kampung semula..tak nampak satu pun singboard ao nang atau Krabi..owh, lamanya...aku dan geng perompak dah naik pening gaya apa lagi kami nak tidur.. at one point, aku nampak banyak pokok kelapa.. ini pentanda baik, petanda yang mengatakan kita hampir sampai ke pantai...hoyeahhhh..dah nak sampai KRABI..(tapi tak sampai sampai pun lagi, huh)

                   Setelah lama, kami di kejutkan oleh abang nuar. Abang anuar kata, masa untuk makan tengah hari pada pukul 3 petang telah tiba. amboi..kami pun layan .. kami makan tengah hari di salah sebuah warung berdekatan dengan airport krabi.. masa makan, kami dah terasa the heat and hotness of thailand dishes.. bersepah semua orang meneguk air, mengunyah ais.. takat sayur pun nak pakai cili api...adeyhhhh mak cik oii..

                   Tak lama dari airport, kami pun sampai di Krabi Town..alhamdulillah.. it is a small and simple town... not so much attraction but on the way to ao nang from Krabi,  we found out that Krabi ada Factory outlet.. boleh la shopping ye...kitoang tak plan nak ke situ sebab masih awal lagi kot..

               And about 30 minutes from Krabi Town, kami pun sampai la Ao Nang area...jam menunjukkan pukul 4.30 petang...ao nang sangat-sangat-sangat cool....nak tahu pasal ao nang? tunggu next post ye.. =)
Our main transportation in Ao Nang beach

surprise...

thanks for reading =)

Dec 14, 2012

Renew Passport di KKB

                        Hai...assalamualaikum...hari ini 14/12/2012..pagi nih awal awal lagi dah mesej boss minta halfday, sebab nak pegi renew passport yang dah pun tamat tempoh Nov lepas..since i stay in Rawang and isolated from all access, then i dont have much option...alang alang dah jauh, buat je la kat memana..tapi tak de la nak buat sampai kat putrajaya.. giler la..several opts to renew  your pasport if you stay around rawang ialah ke Jalan Duta, Wangsa Maju atau pun Kuala Kubu Bharu..my fren kata services kat Jalan Duta laju, plus they have kiosk...tapi aku malas la nak ke sana sebab jem...lagi pulak hari ini jumaat...buatnya jalan kena blok sebab raja nak gi solat jumaat,tak ke padah... baik baik apply half day, dah kena cuti sehari...oh, no no no....and then, ada yang suruh aku ke imegresen wangsa maju, tapi....aku tak berapa arif pasal jalan kat wangsa maju, so aku pun last last decide pegi renew passport di Kuala Kubu Bharu..pukul 8 bangun, mandi and bertindak menyediakan document apa yang patut...tetiba aku teringat, mana aku letak surat beranak aku?? ...konfem tertinggal kat rumah muar..ini tak boleh jadi..aku google homepage imegresen kuala kubu bharu untuk call diorang and tanya, apa document kena bawa...fuh, selamat pegawai tuh kata birth cert tak payah...
 
                           So, aku bertolak dari rumah pukul 8.30 and sampai Jabatan Imegresen Kuala Kubu Bharu (KKB) dalam pukul 9.15. Masuk ke pejabat dan terus isi borang A. Di sebabkan aku tak buat lagi gambar passport, aku terus decide untuk ambil gambar di kiosk yang di sediakan (biasanya setiap jabatan imegresen pasti ada small lil tiny kiosk untuk orang ramai ambil gambar).. of cos la harga dia a bit mahal.. seperti di KKB, 4 keping gambar berukuran passport bernilai RM12...so high in demand...abes duit melayang mcm tuh je..but what to do...tu je cara paling cepat..

so my lovely fren, let me share with you some info berkenaan passport..

Untuk new passport application atau renew :
1. Tolong sediakan document seperti 2 keping gambar berukuran passport
2. 1 salinan IC( sekiranya permohonan baru)
3.  Birth cert (disediakan oleh firts timer / yang berumur bawah 18 tahun)
4. Isi Form A - Borang boleh didapati  laman web Jabatan Imegresen
5. Sediakan duit RM100 untuk 2 tahun renew atau RM300 untuk 5 tahun renewal.
6. Kalau sesiapa yang nak renew, passport lama jangan lupa bawa sekali.
7. Passport di jangka siap dalam masa 2 jam paling lambat.

Untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah,  guardian mestilah turut hadir.

Dan untuk Passport group Malaysia:
1. Bayaran di kenakan sebanyak RM200 untuk buat passport group.
2. Minimum 5 nama (5 orang) untuk satu group passport, termasuklah ketua dan maximum 20 orang.
3. Passport boleh di gunakan sekali sahaja. (satu passport untuk sekali entering sahaja)
4. Mestilah melantik seorang ketua. Sekirannya ketua tak jadi ikot pegi trip, satu rombongan cik kiah tak boleh pegi trip
5. Semua ahli dalam application mestilah hadir semasa membuat passport. Ada sesetangah tempat benarkan ahli datang berperingkat-peringkat, tapi tertakluk dalam suatu jangka masa yang tertentu.
6. Passport group hanya boleh di gunakan untuk ke Singapore dan Thailand.
7. Sekiranya salah seorang ahli rombongan berumur bawah 18tahun, ibu bapa mestilah turut hadir untuk mengisi surat kebenaran.
8. Passport di jangka siap dalam masa 5 hari setelah semua ahli hadir ke imgresen kaunter.
 
please refer to gambar below for more info..
gambr di ambil sewaktu aku boring menunggu kaunter serahan passport  panggil nama

 

                  Bila borang dah di hantar ke kaunter, dia akan suruh bayar RM100/ RM300..kalau mcm aku yang renew 2 tahun, RM100 aku hulurkan..dia promise dalam one and half hours akan siap..dia bagi resit hijau sebagai bukti pembayaran..so, since aku pun tak de rushing nak ke mana mana, aku decided untuk duduk lepak kat warong sebelah...berseorangan la aku di warong menikmati mee hon sup dan air limau panas..rileks rileks, silang kaki mcm gaya atuk atuk baca surat khabar kat kedai kopi..wahhhh, peace giler KKB nih.. tempat cantik, tak yah nak rushing2..no traffic, no parking fees and nothing.. i like it! senang kata, tak susah buat passport kat sini..di tambah pula dengan orang jabatan imegresen yang friendly friendly..

ini lah dia Pejabat Imegresen Kuala Kubu Bharu.. berjimba aku kat sana sebab lengang.. ada 3 kaunter je okay..kelass tak? hehe

                    After waiting for one hour, aku pegi ke kaunter balik dan serahkan resit yang di berikan untuk tuntut passport..dia ambil resit aku and arahkan untuk aku duduk sekejap..and about 5 minits in time, tadaa!!!!! passport siap! so yeayyyyy... so easy and so simple..

yang lama dan yang baru..

          bila everything settel, aku pun tgk jam, eyh, baru pukul 10.30 am..awal lagi..since aku pun takde benda lagi nak buat kat KKB, aku pun drive balik rumah...keadaan jalan yang lengang menyebabkan aku boleh drift ikut suka hati aku.. aku bajet kawasan mcm KKB / Rasa /Serendah ini takkan ada AES, so 120kmph is no big issue...hehe....aku sampai rumah dalam pukul 11.00 dan ini bermakna aku masih ada 3 jam lagi untuk bersiap siap sebelum masuk ke ofis..yessah.. pandai aku bajet masa =)

tq for reading..

Dec 2, 2012

Backpacking Tips

Wow...Selamat datang December. Bulan yang penuh dengan drama. Masa nih lah closing untuk 4th quarter/ year, masa ini la orang ramai nak cuti, masa nih la nak prepare azam baru dan masa ini la duit poket padat sebab dapat bonus dan cepat jugak kempis sebab ada year end sale!! hah hah...Kalau you kerja, bulan december nih ramai gila orang yang nak habeskan cuti and since ramai yang aku tengok nak pegi backpacking dan kebetulan, aku pun baru 2-3 tahun berjinak jinak sebagai seorang backpacker, maka aku terpanggil untuk share sedikit info mengenai perkara ini.. you might have wonderous idea as well, so lets share it..
 
Generally, backpacker/ing itu adalah.. 
 
               ...form of low-cost, independent international travel.To be a backpacker, of course what you need is "backpack" or any other small luggage that is easily carried for long distances or long periods of time. When backpack, the use of public transport and inexpensive lodging such as youth hostels will be oe of favourite choices. You will plan to spend less money on hotels or private vehicle coz you like the wilderness adventure and limit yourself to travel within settled areas.
 
What are things to bring when backpack?
1) Bring important information - Info kat sini seperti tourist map, train map, segala macam map la kalau nak selamat. Besides, name of places to visit pun kena tahu. Language pun sama. Yang basic basic tuh mesti ada di hujung jari..Kalau nak dapat discount lebih, try speak thier language. Ia membantu. Sometimes, mereka feel honour if we speak their language. Try ok.
2) Pemakaian / attire - no formal attire of course! Bila you backpack, you akan kena berjalan jauh, belari2, berkejar-kejaran, thus you memang akan sweat. So pakaian yang sesuai adalah baju cotton atau baju yang nipis berserta seluar jeans / bell bottom (if you dont mind) / seluar yang mcm masuk hutan pun ok sebab ada banyak pocket untuk you letak barang. Untuk lelaki is very simple. Tshirt and Jeans will do. Untuk girls pun should be same la kot. Sumpah aku tak pernah nampak lagi orang backpack pakai heels! =)  Bawalah baju t-shir banyak sikit sebab konfem you tak sempat nak guna perkhidmatan dobi atau nak membasuh basuh nih.
3) Ubat-ubatan - ubat penting sebab kalau dah sakit, apa pun tak boleh! At least, you bawa la ubat-ubat basic seperti panadol, ponstant untuk tahan sakit atau ubat demam. Biasanya jarang akan demam sebab you dah sweat a lot. Kalau pegi hot country, maybe boleh bawa sunblock as it can protect your skin from cancer pigment to mutate  (exaggeration sikit..)  Kalau you pegi negara sejuk, maybe vaseline might help. Owh, jangan lupa untuk bawa minyak angin / Ointment yang boleh panaskan abdomen you atau di sapu pada betis / telapak kaki setelah penat berjalan. Kalau you pegi tempat mcm Bangkok atau Indonesia, maybe you can try on their massage. I konfem mesti you kena lipat lipat..hahaha  
4) Bring bottle / drink a lot of water - you dehydrated, so it might help. The bottle will help you in other way round. Mcm di bangkok, atau non muslim country, tandas mereka sangat tak muslim friendly, so what you actually need is "the bottle" to tapau air kat tap luar dan membersihkan ehem. Seriously susah but what to do. Kalau mat salleh or Chinesse, they dont mind as that is what they practise, but for us as muslim, kita mesti kena jadi brilliant in hygiene! never be like them! =)
5) Makanan ringan - seperti chocolate. Sometimes bila you backpack, perancangan masa you agak tak boleh di plan. Your lunch / dinner schedule konfem akan lari. So by bringing choclate / anything yang seumpama dengannya, you boleh la alas perut. Tapi kalau you pergi ke negara yang susah nak dapatkan makanan halal, i recommend that you bawalah sikit maggie mee ke, atau pama mee ke. Sebab memang ada certain country yang akan susah cari makanan halal mcm Japan, Korea, Taiwan.
 
How to become an awesome backpacker?
(tips tips menjadi backpacker sebati! =) )
1) Fisrt thing first adalah kena prepare pulus / pitih / duit extra. Although backpacker sebenarnya plan untuk kebas semua benda yang murah, seperti hotel murah, van murah, flight murah, ticket murah and semua lah yang murah, tapi kena faham bahawa as an independent travellers, risks are everywhere. Kalau terlepas flight ticket, kena la beli yang baru. Kalau terlepas train, burn la duit ticket. Kalau tak kenal orang, konfem kena ketuk. Kalau nampak muka macam foreigner, konfem kena double up! Ini la yang paling getir. Siapa cakap being backpacker consume perbelanjaan yang murah? Kalau include all unexpected costs as mentioned previously, korunk punya trip expenses may be higher than those taking tour package..kat situ, dah rugi...So what you need to do is...(refer to second step)
 
2) To Study!! this is the best part of being a backpacker. You kena la buat study tentang tempat yang you nak pegi. As an adventerous person, semua tuh maybe boleh jadi macam kenyit sebelah mata je, tapi whatever it is, study tetap kena study. Among things yang you kena study adalah:
           a) The weather. Jangan la pegi country sejuk bawa baju putih Cap Pagoda, pegi country panas bawa baju bulu hanjing! Nampak sangat tak cerdik..hehe..(gurau ye)
           b) Political issue. Sometimes ada negara yang sedang bergolak, mcm Filipina, Bangkok, Indonesia, so berjaga jaga la. Maybe ada sesetengah tempat tuh tengah rancak dengan "Ganyang Malaysia", atau "Anti-Islam" ke, atau "bombing" ke.. thus, ini adalah sangat bahaya..please be careful coz yang nih bermain dengan nyawa..kalau boleh elakkan...kalau cannot resist, then ask for embassy advice...they will definitely help ya..(sekarang nih rasa semua tempat dah tak selamat...dunia nih mcm tak lagi rasa aman-nyaman..kesian kan..)
           c) Transport service. You need to know how the people commute as this is crucially important. Do they take train, bus, or taxi or even van to travel from one place to another? Kalau you tak study benda nih, konfem you memang takkan ke mana mana. Sampai sudah duduk depan airport tak tahu nak ke mana.
           d) Makanan. As a muslim, maybe boleh survey kat mana nak cari makanan halal. Mungkin senang, mungkin susah atau mungkin juga impossible.
           e) Hotel. Hotel biasanya akan cari hotel yang murah but comfortable, mesra pelanggan dan yang penting boleh di percayai. Ada kes, barang pun boleh hilang di hotel. Selalu sangat dengar pihak hotel bersekongkol dengan pekerja / cleaner mereka...hmmm...dangerous..dangerous...
 
3) Tips ke tiga untuk menjadi backpacker yang awesome adalah you mesti physically, emotionally and mentally fit. Sebab you akan menghadapi pelbagai kemungkinan seperti ketinggalan bas/train, terpaksa berjalan possibly sangat jauh untuk catch up next destination, terpaksa bercakap dengan orang orang yang kadang-kadang tersalah bagi direction dan pelbagai lagi. Memang you akan cepat melenting sebab your body and soul are all exhausted. Especially when your body and mind  exhausted, for sure your emosi pun akan ikot sama. So what you need to do is to be calm and always have a positive thinking. Fikirkan yang you sebenarnya on a very wonderful vacation!  Then why should you get mad. Betul tak?
 
4) Open your mind and heart. Sebab being a backpacker, sometimes you kena join group orang lain/ stranger. Someone you totally tak kenal. Maybe in one big group, you kenal kawan you sorang tuh je. Yang lain mungkin adalah kawan kepada kawan kawan, kawan you. So need to deal with it! You cannot cluster in you green zone je. You must be able to mingle with anybody who come in and goes out. Sometimes, you kena tidur satu bilik dengan lelaki / perempuan mat salleh / china ( ini berlaku bila you ambil backpacker hostel), then you kena la be open. Dont worry too much. They are just like you. Mereka pun backpacker jugak. Mereka pun rasa insecured. So takde issue sebenarnya. Just be nice to them, they will be nice to you balik. I've experience this before. Kebanyakkan yang aku jumpa semuanya friendly.  
 
5)  Be brilliant and bertindak dengan pantas, as well as be creative. Risiko di mana sahaja, so its you to decide on the spot on urgent things yang mendatang. Sometimes kena bagi decision now and now! Thus, you must be a great decision maker. Things might not come as you want it to be, so great decision boleh membantu. Decision cannot made by you seorang. Kalau you backpack in a group, then kena la tolerate dengan orang lain. Be creative in a sense that you take some video ke, atau picture ke. Jangan la ambil banyak sangat gambar you. Sebab you memang dah selalu ada. Ambil la gambar pemandangan tuhan yang luas terbentang atau tak pun, rakam asam garam kehidupan mereka di luar sana. At least you have something to bring back and show to others, what a beautiful Alam ciptaan Allah Taala.  And, things yang selalu menjadi issue adalah makanan. Kalau non muslim country, memang susah nak cari makanan halal. Try cari vege then kalau tak larat, tawakkal. Makan la dengan confident tanpa ada syak. heheh..
 
6) Dont worry for things yang unsure coz it lead you nowhere! Kalau you keep on worrying things, semua plan tak jadi. Takut sana la, takut sini la.. padahal kalau semua benda tu tak jadi, then tak ke you rasa rugi sebab tak proceed? rugi giler.
 
7) Be yourself and serve as who you are. If you are muslim, then act like one. Macam tidur di hostel backpacker, you memang akan tidur di dalam satu bilik yang sama tapi tak perlu la sampai mendedahkan aurat. Boleh je tidur pakai baju tidur dan hijab. Betul. Tak percaya? Aku banyak kali buat. Mat salleh tak kata pelik pun. Diorang pun faham. Katil lain lain, so tak de issue. 2 perempuan nisbah 1 lelaki, 4 perempuan nisbah 2 lelaki.. biasanya backpacker hostel nih takde la kejam sangat. Diorang considerate jugak. Dan yang paling penting tentang solat. Walau di mana kita berada, kalau kita Islam, solat itu adalah wajib. Allah dah bagi kemudahan pada hamba-Nya yang bermusafir. Boleh jamak dan Qasar, maka tunaikan kewajipan kita seperti biasa. Jangan la tinggalkan solat walau dalam apa keadaan, sebab kita takut bala menimpa.
 
8) Last skali, Tawakal! Ingat Allah sentiasa bersama kita. Ajal, maut itu di tangan tuhan. Yang penting bila kita jadi backpacker yang awesome, tak buat apa yang di larang, dan tak tinggalkan apa yang di suruh, then i guarantee that Allah akan permudahkan segala urusan. Aminnnn.....
 
So, below are two photos taken from Arif's Facebook masa dia backpack ke kat Alaska (arif -lelaki dalam gambar-is a fren of mine -studied in Arizona, US).  Dia backpack dengan best buddy dia, berdua sahaja merantau ke seluruh US. Amazingn kan?! =) Aku selitkan ayat ayat dari Kitab Suci Al-Quran untuk di ambil ikhtibar semoga apa yang kita buat tak sia sia.. =)  
 
 
Gambar dari dia. Ayat dari Al-Quran untuk panduan bersama.
 
So, siapa cakap backpacker / backpacking ini untuk suka suka dan bercuti sahaja.
Backpacker boleh jadikan tubuh badan kita sihat, berpengalaman kita bercambah dan yang paling penting, independent. Esok esok kalau orang tanya tentang tempat yang kita dah lawati, kan senang nak bantu dia. Sebab pengalam ber-backpack lagi banyak compare to kalau you travel biasa biasa =)
Dan, backpacker boleh jadi satu ibadah kalau kita bijak dengan caranya (^_^)
 
Sekian.. =) selamat berback packing !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...