Aug 12, 2025

Ujian Itu Laluan ke Syurga, tapi dengan syarat

hai assalamualaikum

guess what.. 6 dec 2021 last post on this blog. didnt find it relevant anymore.. but for me yg suka writing, this is the diary and dialog within me. anyway bnyakkk sgt benda dh jadi.. kehidupan bersimpang siur.. kehidupan tenang dan badai. terumbang ambing. biasalah. semakin meningkat dewasa, semakin bnyk cabaran hidup. semakin bnyk peluang, semakin x tahu mencari arah ke mana, things isnt easy and peace, thing isnt bad and horrible too.. thats how life develop my mindset

from 2021 to 2025, my life has change a lot.. with recent status, im just shock with whats god prepare for me... thats about it.. shock in a way that i need to reflect myself, things couldnt be so bad.. insha allah

i got married in July 2022, i change my job (no more outstation), i stay at office with no friend coz dh selalu outstation *xde kwn kat main ofis*, i transfer my position or i may called in downgrade myself sbb dah kawen xleh outstation selalu, i turn down offer utk promoted sbb klu i accept, i kena transfer out and pjj with husband, im staying at the same position that i dont like, im not happy, thennnn BIG THINGS HAPPEND... my life was ssoooooo messed up.. allah je tahu perasaan menangis x berlagu.. allahukabar.. and today MARK ANOTHER BIG DAY FOR MY LIFE. i took annual leave for 3 days to settle things.. since raya haji, my life is no more normal.. no one knows this. no one.. i keep it to myself.. im just being myself.. but after all, i percaya allah tu kan maha kaya.. kun fakayun. when allah ckp jadi, jadi.. semua benda terjadi dengan kehendak allah,, kena ingat tu.. DAN AKU MENYERAHKAN SEGALA URUSANKU KEPADA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH YANG MAHA MENGATURKAN SEGALANYA,, 

believe in that sisters! you just go with the flow.. betul la bos aku ckp, kdg apa yg kita minta, allah x pernah tunaikan.. sbb allah lebih tahu,, apa yg kau doakan, x pernah allah nk bagi jalan mudah ke situ sbb allah lebih tahu.. serahkan segalanya pada allah...

so aku tanya balik ke bos, so kita x perlu berdoa?? bos aku kata "rilekss!" 
ok fine! aku kena rileks dan tenang2. xyah kalut nk settle sana sini.. allah kan ada... dia yg susun.. kau doakan je dia susun agar semuanya tenang dan mudah. allah bagi dugaan sbb nk naikkan darjat.. nampak cliche kan,??? tapi benar kawan2 sekalina..

tapi mcm aku, aku culas dan failed... aku tahu makin x keruan hidup aku.. makin hanyut,, aku akhirnya rasa sangatttt rugi.. aku  melantun, aku mengamuk, aku marah, aku maki, aku rebel bila dapat dugaan yg maha berat,..aku nagis la hari2, rasa hidup sengsara sangat dan allah di mana?? kenapa x tolong aku...itu condition aku masa aku di uji.. 

then aku terfikir, dan aku ajak korg skali fikir.. masa aku marah rebel atas ujian tu, aku lulus ke failed ujian allah tu?? korang rasa aku lulus??  

logicnya, bila kat sekolah kan, kita failed certain paper, kita kena repeat paper. bila repeat paper, dan konon soalan yg lebih kurang sama di ajukan... adakah kau akan repeat kesalahan lampau?? KITA MESTI belajar dari kesilapan lampau... sekiranya masih mengulang kesalahan lampau,  kau maki, mengamuk, melantun or meroyan lagi, dah confirm ko akan failed lagi..SO, kau nak fail lagi ke? - jadilah manusia yg lebih baik dari hari sebelumnya.. 

makanya, kalau di uji, wajib utk cuba bertenang, berdoa, solat taubat, zikir bnyk2 ingat allah, doa agar kau tenang dulu..boss aku pernah ckp, kalau zikir ingat allah, syaitan x mudah datang membisikkan hasutan jahat.. kalau istighfar, allah hapuskan dosa. kalau in sha allah kau akan lulus.. bila lulus, darjat tu in sha allah naik di sisi allah. dan kau seharusnya kena banyakkk bersabar bila darjat dh naik (kononya) sebab allah sentiasa ada untuk menguji hambanya dengan lebih hebat.. 

yg penting kau tahu kau berjaya atau tidak bila mana kau tgk kehidupan kau,  kau tanya diri kau, adakah kehidupan kini lebih bnyk pahala atau dosa? lebih bnyak pahala, in sha allah itu tanda kau lulus ujian..i said insha allah.. bukan confirm.. doa agar pahala bertambah!

allah tu ada 99 nama baik! setakat ujian yang kau lalui, nk compare dgn rahmat dan kasih sayangnya, jauhh beza kawan... ujian allah bagi baru 1 nk compare dgn (ambil contoh) , nikmat mata dan elok rupa paras yag allah bagi.. ujian dia bagi yang hanya berkali2 tu sedikit sangat nk compare dgn makanan lazat dan kesihatan yg dia bagi hari2?? kau faham x?  nikmat bernafas,, nikmat berumah.. nikmat berharta, berkeluarga, berkasih sayang, bersaudara, berjiran, berbaik, nikmat bermusafir. segala mcm nikmat. 


jadinya, sekiranya di landa ujian, kau fikir dengan tenang yg allah dh bagi banyakkk nikmat lain pada kau.. kau seharunya tenang dan bersabar.. kau mungkin menangis dan meraung tapi ketahuilahhh allah nk dengar tangisan dan raungan itu demi menjamin kau ke syurga,.. kau sabar kan diri.. bila org tanya sampai bila kena sabar? sampai SYURGA! 

lihat juga betapa banyak rahmat dan nikmat yag belum lagi allah bagi..

sekian

tolong doakan pengakhiran yg baik utk aku dan org2 yg aku kasihkan 

SNASZA & ……




Dec 6, 2021

Uterine Fibroid Opperation di Oriental Malacca Straits

 Assalamualaikum 

Im writing this with intention to share with those who looking for information on hospitalization / cost of operation in removing uterine fibroid. I wanna make it simple and concise, and really wanna help those in needs especially in terms of sharing information berkaitan fibroid and it cost in Malaysia. Kerana, when i was searching for info, there are very minimal information i obtain thru online. 

Uterine Fibroid. i was diagnosed with uterine fibroid in 2018. Symptoms, anemia + darah period yang sedikit pelik. prolong period for 12 days (still within 14 day) 

refer my case to KPJ Maharani, and was advised to consume ubat esmya but prescribed medicine was banned by KKM. Then, i refer my case to KPJ Ampang Putri (since it was MCO), which then i would like to conclude that both KPJ hospitals hospitality and services are not to my expectation at all. The customer service mismatch the price paid, slightly below expectation. And after did several survey, KPJ price is significantly higher than the rest of the hospital, especially when you had the dato's datin's as your specialist, its all about money in out jer, they couldnt care less. Berbeza sangat cara mereka advise patient. Di OMSMC, Dr Ridzuan take up about 30 minutes to explain in details whereby in KPJ, we have to ask and prompt the doc quest then only they will explain. Anyhow its your preference

6th August 2021 : Own initiatives. Transfer my case to Oriental Melaka Straits Medical Center. Called frontdesk and all of sudden, bercakap terus dengan doctor ridzuan, doctor sangat baik dan lembut orangnya. She advise patient thoroughly and always ans patients enquires in an understandable way. Agak di sebabkan ini juga, i teruskan follow up and medical check up dgn doctor and proceed with operation with Dr.

18th August 2021 : 1st appointment, since my Fibroid is around 14cm, doctor proposed of Lucrin injection to temporarily shrink the fibroid. As the size smallens, it will eventually helps in terms of operation risk in which, small incision only requires by the doctor during operation.

1st Lucrin Injection was on 18th August 2021. Impact dari lucrin yang i rasa adalah badan sangat2 lenguh dan letih. Joint hurts and its prolong for 2 days after injection. Supposedly doctor kata Lucrin x menyebabkan any impact to body health, but after several online readings ive made, it does give some impact to patient. Ntah laaa

16th October 2021 : Scan to see the result of Lucrin. The fibroid size shrink. Lucrin ini bersifat sementara, maka untuk elakkan fibroid kembali besar, operation mestilah di lakukan after 2 months from date of lucrin injection. KPJ xde pernah advise pasal injection lucrin ini dan harga untuk 13ml lucrin injection charge by Oriental Melaka Medical is RM1500. After 2 months, operation has to take place

2th Novemvber 2021 : All the way from Kl i drove to Melaka to surrender as patient. Swab Test required prior admission. Checked in bedroom at 7pm after swab results shown negative. Night, nurse come and go to take my blood.

Waiting for Swab Test Result. During MCO, no visitors allowed 


Solat Subuh dalam keadaan berdebar 

3rd November 2021 : 8.30 am ready on the bed for the operation. Full bius and alhamdulillah operation went well. Sedar diri pada 12.30 pm dengan kesakitan yang amat pada perut. i use traditional way of incision thus sakit ngilu perut kena belah tu amat terasa but painkiller will help reduce the pain. Day 1 memang akan banyak muntah akibat dari ubat bius yang di beri. I x berpantang. Doc kata xde apa apa larangan untuk makanan, just eat lots of Vitamin C and of cos iberet since blood level drop. 

13 units in overall. That's shocking kan. 

4th November 2021 : Start to walk on my own. and take shower. Perut still rasa sakit lagi its only my 2nd day. But i started to walk slowly around ward just to get used to it. Kena banyak berjalan untuk buang angin dalam badan. 

5th Novemver 2021 : Discharge day. Alhamdulillah i walked and settle all the bills by myself. From ward area at level 4, to pick up prescription, up to pull my own suitcase to the lobby area, amazingly,  i did all of it by myself with slow walk.  No need wheelchair and nurse assistance. Alhamdulillah mudah



Room for 4 bed at Oriental Malacca Straits Medical Center  

 


Main lobby for OMSMC 

Cost of uterine Fibroid Removal at Oriental Malacca Straits Medical Center for 3 days include meals for 3 times & room for 4 person (kosong xde orang duduk bilik begini di private hospital) : RM10,900k. .

The cheapest i guess so far for the private sector. ini x termasuk injection lucrin yang berharga rm1.5k dan scan2 perut sebanyak 3 kali yang berharga around rm100-rm200 sekali scan. 

Hospitality : 3.5/5 stars

Doctor Ridzuan : 4/5 stars 

Nurse : 4/5 stars

So in general, please seek for advise from the experts and ensure to not delay the operation (if it is required) as it may get worse. Perempuan ini banyak accessories Allah bagi, so please do your regular check up. Take time to embrace your body and alerts on the unusual changes that occur to your body. Usaha and selebihnya berserah pada Allah taala. Hes the Greates Creator kan. Finally, I really hope that this post will find you helpful. TQ 

Mar 31, 2020

Kenangan Umrah Madinah Makkah

Hi assalamualaikum 
plz ignore the typo as this post specially written untuk nyatakan isi hati yang lama tersimpan.

madinah n makkah, langsung tidak boleh di lupa. apatah lagi bila kes covid 19, kekosongan mataf n masjid nabi meruntun hati. sedih sebak dan mula teringat kembali waktu2 menunaikan umrah 2 tahun yang lalu. kasih pada nabi terlalu meninggi hingga melihatkan pagar masjid nabawi di tutup, terus terusan air mata mengalir.. solawat atas nabi 

mencoret kenangan yang x terlupa di madinah dan makkah yang hanya hati sendiri memahami. hati sendiri sebak, hati sendiri faham perasaan itu..

kenangan sewaktu sampai, di sambut penuh kasih oleh pegawai kastam. Marhabah Sh.. Aisha.. 
kenangan dugaan pertama menunggu lama di dalam bas.. senyum bila terfikir
kenagan masuk raudah melalui jalan mereka yang menaiki wheelchair.. baca doa sambil sebak pilu menangis x henti nak menuju ke jasad nabi. allahu 
kenangan masuk raudah sekali lagi melalui pintu keluar.. allah bagi kemudahan walau rasa bersalah kerana masuk cara x elok ( curi curi masuk selepas di halau kerana itu bukan pintu masuk. itu pintu keluar) 
kenangan solat subuh di luar masjid nabawi dengan angin sejuk yang sangat mendamaikan dan menyejukkan hati 
kenangan membawa mak test cara pulang ke hotel. mak jalan depan, aku berjalan menuruti di belakang. mak silap jalan... saat silap jalan, aku mula terpikir dan sebak, bagaimana ya allah mak aku dahulu mengajar aku jalan sewaktu aku baru dapat melangkah.. ya rabbi ya ghafur, kau kurniakan syurga buat ibuku Masiah bte Abdul Rahim
kenangan di jabal uhud, membayangkan sebenar benar perjuangan iman. perjuangan yang mana hanya iman yang membezakan antara aku dan mereka.. sebak sedih dan sangat terkesan akibat pengorbanan sahabat2 dlm memperjuangkan islam. ya allah, sesungguhnya engkau telah kurniakan syurga buat mereka, maka kau kurniakan aku iman perjuangan seperti mereka agar aku dapat menurut mereka ke dalam syurga 
kenanagan di pasar kurma yang gamat amat.. pandai mereka belajar bahasa malaysia / indonesia ya. 
kenangan makan ice cream di madinah waktu subuh hari. kenangan beli jubah untuk sedara yang mengirim wang. kenangan baratur beli kfc di sana.. kenangan berjalan2 di madinah subuh hari. 

kemudian kenangan dari madinah ke makkah

kenangan cuak atau takut untuk pertama kali umrah.. putus selera makan tengah hari waktu itu tapi allah maha besar, allah jawab perasaan takut aku melalui tafsir quran yang ku baca.. menangis menderu deru setelah kerisauan ku di jawab langsung oleh Penciptaku.. Allahuakbar 
kenangan naik bas merentasi padang pasir dn memikirkan bagaimana dahulu Rasuallah berhijrah.. jauh Ya Rasullalah. betapa hijrah mu itu Allah biarkan berbaloi dengan usaha sekalian nya Ya Rasullah
kenangan tengok padang pasir dan binatang safari.. unta, rusa, dan pohon2 kering tandus.. ada juga lumut2 rumput2 kecil yang kelihatanya mulai tumbuh di pergunungan di madinah. 
kenangan berhenti di rnr (lupa nama), tapi cramp yang amat.. dugaan.. 
kenangan sampai di masjid al haram waktu pulang dari solat isyak. ya rabbi, ramai sungguh manusia. lautan manusia.. inilah satu satunya tempat yang hidup 24jam tanpa henti.. aku dan semua saksikan.. 
kenangan umrah pertama, terpisah dari mak dan mak cik 
kenangan umrah pertama, asbab aku terlalu fokus mencari mak dan makcik yang terpisah, aku juga akhirnya terpisah dari kumpulan ku sendiri,.. akhirnya keseorangan dari sai hingga ke bercukur.. amazingnya bila pk umrah pertama aku berakhir dengan aku menunaikannya sendirian...wow..hihi.. syukur ya allah, atas nikmat ilmu yang kau kurniakan dan aku usahakan.. 
kenangan berjalan sangat jauh iaitu dari tempat saie mengelilingi masjid al haram untuk balik ke hotel..ya rabbi, punya lah jauh..sebabnya, x familiar lagi dgn masjid haram.. =)
kenangan lawat masjid aishah.. namaku =) 
kenangan menangis bersama mak selepas solat subuh sewaktu menunggu jemaah bersurai untuk mohon kemapunan atas dosa sebagai anak yang kdg derhaka dan x menyantuni orang tuanya.. 
kenangan terduduk keletihan atas lantai sai selepas selesai umrah yang kedua .. semua mata memandang.. 
kenangan menolak abah menggunakan wheelchair.. allahurabbi.. kasihku pada abah amatlah kerdil jika di banding dengan kasih abah sepanjang hayat. Ya Allah, untuk abahku Syed Zain... Abi.... kau kurniakan syurga buatnya dan ampunilah segala dosa dosanya 
kenangan hampir putus nafas waktu berhimpit ke hajarul aswad..
kenangan melihat hajarul aswad langsung terus di depan mata..
kenangan sesak nafas apabila dada di himpit semasa berasak2 untuk ke Hajarul Aswad.. Hanya allah yang tahu dan aku bersyukur kerana allah telah beri aku sebahagian kecil dari rasa bagaimana kiranya nasib aku jikalau aku di himpit oleh kubur sendiri..nauzubillah...ini memang mengazabkan lantas menyebakkan. Mencium hajarul aswad tu adalah sunnah tapi Allah bagi aku bukan sahaja pahala sunnah tapi allah bagi aku akal untuk aku fikirkan bagaimana terkumpulnya manusia berasak asak waktu hari perhitungan dengan keadaan masing2 berpeluh.. peluh yang menenggelamkan diri sendiri. nauzubillah.. nikmat mencium hajarul aswad adalah pada pengajaran di sebaliknya 
kenangan aku takut kehilangan ibuku sewaktu aku di hajarulaswad.. Ya allah , alhamdulillah..  kau telah pelihara ibuku
kenangan mendaki gua hira' atau jabal nur pada waktu malam, separuh jalan kerana tidak larat akibat demam urat (pagi berhimpit di hajarul aswad)
kenangan dekat dgn si dia.. ibarat tiada peneman, mengharap di teman..
kenangan duduk diam di atas batu besar pada malam itu, melihat keindahan makkah dan hasil penyebaran islam oleh Kekasih Pencipta.
kenangan kekuatan Siti Khadijah memanjat jabal nur untuk kekasih hatinya
kenangan hampir jatuh sewaktu memanjat batu bata di jabal rahmah..huhu
kenangan memayungi orang yang solat di hijr ismail dan kemudian allah mudahkan urasan kita pula untuk bersolat
kenangan melihat mak cik menangis pabila mendengarkan ceramah ustaz.. kaki yang sakit itulah yang akan melaporkan kepada Allah bahawa ia sakit untuk Mu Ya Allah.. 
kenangan sai yang pasti aku akan merindui saat sai itu.. saat yang aku pilih untuk ingat..  
kenangan solat menghadap kaabah di depan mata.. mengalir air mata..waktu asar, kaabah terus langsung di depan ku.. terang jelas dan terpukau olehnya.. 
kenangan solat keseorangan di mataf paling atas pada waktu maghrib dan isyak.. kesejukan keseorangan..
kenangan tawaf qudum.. hati mulai sebak kerana perasaan untuk meninggalkan.. 
kenangan teresak esak menangis keseorangan meninggalkan bumi haram di dalam kapal terbang.. selamat xde orang dengar dan perasan kerana merka2 sudah kepenatan..
kenangan sesak nafas dlm kapal terbang apabila termimpi masih di himpit sewaktu menghampiri hajarulaswad.. subhanallah.

kenangan kesemuanya kenangan yang indah.. Ya allah, jadikanlah aku manusia yang menjadikan tanah haram sepertinya ada di mana mana.. tanah di mana aku menjadi hamba Mu yang paling redha.. tanah yang menjadikan aku hambaMu yang paling beryukur.. 

Amin ya Rabbi

Nov 22, 2019

Tujuh Al Fatihah


Inilah dia hadiah ku kepada sekalian kamu 
Inilah dia Alfatihah untuk mu

1. Alfatihah Kepada Rasulallah Saw, Nabi Muhammad Saw, nabiku, kekasih hatiku, kekasih hati penciptaku dan kekasih hati seluruh umat manusia di atas muka bumi ini. Moga aku dpt bertemu dengannya dalam keadaan sangat baik dan bahagia. Amin

2. Alfatihah Kepada kaum keluarganya, sahabat sahabat nabi yang mengasihi menyayangi beliau semasa hidup beliau. Sentiasa berada bersama dengan beliau dalam susah dn senang beliau ketika menyebarkan dakwah kepada seluruh umat islam. Sentiasa menyokong beliau tidak kira apa keadaan beliau. Moga aku dikurniakan keluarga dan sahabt handai seperti beliau. Amin

3. Alfatihah Kepada para syahid syuhada yang berjuang bersama2 Rasulallah dlm perang Uhud dan perang2 lain sehingga aku merima nikmat iman dan islam. Kepada para syahid syuhada yang percaya akan kekasihku Nabi Muhammad dan meninggalkan apa sahaja milik mereka untuk bersama2 dan melindungi baginda Muhammad semasa perang. Dan juga kepada yang mengangkat kekasihku Muhammad ketika baginda cedera parah di perang uhud

4. Alfatihah Kepada kedua ibu bapa ku dan ahli keluargaku serta pasangan hidup dan zuriat2 mereka.  Aku beryukur Ya Allah memilik mereka sebagai ahli keluargaku. Moga Kau berikan segala kebaikkan di dunia dan di akhirat kepada mereka dan melindungi mereka dari azab api neraka. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau makbulkanlah segala doa2 yang baik bagi mereka

5. Alfatihah Kepada saudara mara ku, kawan2 ku, sahabat handaiku, ibu dan ayah kepada sahabat2 ku dan jiran tetanggaku. Ya Allah, Kau berikan segala kebaikkan di dunia dan di akhirat kepada mereka dan melindungi mereka dari azab api neraka. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau makbulkanlah segala doa2 yang baik bagi mereka

6. Alfatihah Kepada mereka yang membuat kebaikkan kepada mak dan abahku serta orang2 yang aku sayang, kepada alim ulama mu, kepada mereka yang membuat kebajikan kepada agamaMu Ya Allah, kepada mereka yang menginfakkan harta dan jiwanya ke atas jalanMu Ya Allah. Ya Allah, kau jadikanlah aku insan yang bermanfaat seperti mereka. Kau berikan segala kebaikkan di dunia dan di akhirat kepada mereka dan melindungi mereka dari azab api neraka. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau makbulkanlah segala doa2 yang baik bagi mereka

7. Alfatihah Kepada diriku dan bakal suamiku serta zuriat keturunanku. Kepada insan yang bernama KFAB, moga Allah lembutkan hatimu dan tambatkanlah tautkanlah hatimu kepadaku. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau makbulkanlah segala doa2 yang baik untuk diriku dan diri mereka, serta lindungilah kami dari azab siksa mu


Oct 20, 2019

Trip ke Bandar Satun dan Pak Bara. Menarik!



Ada sorang kawan ni pernah ckp2 berkenaan Pak Bara but i have no clue mana tempat tu. Bila jumpa, terus jatuh cinta sebab tempat ni best. Tenang, rileks2 , ada pantai, ada pasar malam, ada hotel murah dan bersih dan yang paling penting, makanan seafood yang murah. 

Pak bara di dalam Langu District, salah satu distric di area Satun. Satun ni lebih dekat nk jumpa melalui pintu wang kelian, border yang paling aman dalam dunia kot. Kalau kat padang besar tu org kena tunggu kat sejam atau lebih masa nk cop passport, wang kelian ni buka pintu kereta, turun 5 tapak, sampai terus ke pegawai kastam thailand yg tgh tunggu korg.
 Jalan wang kelian memang la bahaya skit sbb bukit dgn selekoh maut kan tapi bila part menunggu yang sekejap (terutama klu bawa org tua, kesian diong nk beratur lama lama), x pikir lama dah. 
Masuk thailand lalu border wang kelian lebih menyenangkan.

Otw nk ke Pak Bara tu, kami explore area Satun yang lain dulu.  


Bermula dengan, collect insurance di Caltex RNR Gurun. Saya guna whatsapp je, x perlu la nak tunggu lama sangat beratur kat counter. 
Ni rupa Thailand Insurance Counter di Caltex RNR Gurun. 

Border Wang Kelian atau nama thailand, Wang Pranchan

Masuk je border kami terus singgah masjid ni. 
Nama : Masjid AlHashimi.
Di bina oleh dana NGO dari Malaysia. Masjid ini menyerupai Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis
Located otw dari border Wang Kelian / Wang Prachan ke bandar Satun
Masjid AlHashimi, Khuan Don, Khuan Don District, Satun 91160, Thailand



Selepas Masjid, kami singah di Big C Satun, sebab nk beli Simcard Thailand
Selain dari Big C, kalau nk beli Simcard Thailand, boleh beli di kedai runcit selepas je kuar kastam Thailand.
Kedai tu signboard dia warna biru, bnyk jual beras thailand.

Ini gambar dalam Big C, Satun. Antara pasar raya terbesar di area Satun 

Lepas beli simcard, terus menuju lunch di Nergara Restaurant. 
Makanan di sini memang sedap ya amat. Paling penting Somtam Goreng & ikan Goreng Serai.. 
Nergara Restaurant, Phiman, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand
Located betul2 di jalan berdepan dengan Satun Central Mosque

Antara Tempat menarik lain di Satun
- Satun Central Mosque aka Mambang Satul Mosque
- Kuden Mansion Museum
- Pasar Malam Satun (meriah pada petang Sabtu) 
- Tammalang Pier 
- Fisherman Village, Tammalang
- Tanyong Pao
- Pak Bara Beach (kami spend 2 nights dipantai ini)

Tammalang Pier

Tammalang Pier. 

Jetty Tammalang Pier. 

Tempat ni tempat kehidupan orang kampung, so jangan la expect tempat ni bersih dan cantik kebabom. Ia sekadar jetty untuk uols explore. Orang kata been there, done that =)
Kami jalan2 di sekitar kampung Tammalang lebih kurang sejam, memerhatikan kehidupan kampung mereka. 

Satun Provincial Fish Market, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Masih di area Tammalang,di sini ada small jetty untuk mereka commute naik boat dan pergi seberang. Seberang tu bukan pulau, ia tanah besar juga cuma kalau naik jalan darat, pusingan jauh. 

 Ini area perkampungan di area Tammalang. Kami rajin2 kan diri jalan2 sekitar kampung. 
Kalau ada motor, lagi best la.

Ada juga perkampungan atas air dia Tammalang area ni. 
Sebab xde org nk meneman, x jadi la pergi sampai hujung. 

Lepas Tammalang Area, kami slow drive dekat 30 mins plak ke Tanyong Pao.
Tanyong Pao
Selalunya org Mesia datang sini untuk makan seafood. 
Highly recommended sbb di katakan sangat murah.
Kami x pernah makan kat sini, tapi kalau mat2 motor, mmg ni la port mereka makan tengah hari.


Selepas dah abes round area pantai bandar satun, kami pun menujuk ke Pak Bara, check in resort kami di area pantai Pak Bara.
Nama : Laguna Resort. 
Pemilik restaurant muslim. View cantik, harga just nice.
Highly recommended

View Entrance Laguna Resort (berdepan dengan pantai)

Laguna Resort Mini Market di reception Counter

Ni bilik kami. Nice and bersih. Harga around THB1200 
Sbb book online and currency exchange rate berubah2 


Masih di Laguna Resort, kawasan resort yang bersih dan nyaman
Dah 3x duduk resort ni, dan setiap kali pergi, keadaan resort sentiasa berubah2
Sentiasa ada pembaharuan, penambahbaikkan dan jenis2 bilik yang beranak pinak.
Agak2 kalau pergi lagi skali, harga bilik dah lain pula kot sbb dia keep on improve their bizz, which in a way, its good!

Ni antara menu sampingan breakfast di Laguna Resort. 
Main breakfast kena order melalui menu.
Ada 4/5 menu boleh pilih. 
Yang penting, semua masakan dia sedap. 

Main menu untuk breakfast


Di Pak Bara, Langu, Satun ada beberapa tempat yang best untuk pergi.
- Khao Yai National Park / Mu Ko Phetra National Park  
- Pak Bara Viewpoint 
- Pak Bara Jetty / Pier (Koh Lipe / Taruto National Park) 
- Pak Bara Night market 
- Ao Nun (pantai simple) 
- Beting pasir Pak Bara (gambar soon) 
Khao Yai National Park / Mu Ko Phetra National Park 
Petang2 boleh jogging di sini. Boleh ambil angin petang dan berbasikal juga. 
Sunset View di sini superb 

Five Colours Beach (หาดห้าสี) di Mu Ko Phetra National Park

Mu Ko Phetra National Park 

Mu Ko Phetra National Park

Mu Ko Phetra National Park

Pak Bara Pier 
Dari sini, boleh naik boat g Koh Lipe! 
Kalau tengah peak season, ramai la european datang sini nak g pulau 

Pak Bara Viewpoint. 
Boleh tengok sunset di sini dan enjoy local food sebab ada mini gerai bergerak di area sini. 
Peniaga naik motor jual mcm2. 
Kalau pasar malam Pak Bara, Sabtu ada juga cuma peniaga kurang sikit. Yang paling meriah, Ahad petang. 

Pak Bara Night Market
Antara gerai jualan di sini. Sediakan duit dan perut yang lapar je kalau nk merasa semua makanan 

Sunset @ Pak Bara, Satun Thailand

Sunset @ Mu Ko Phetra National Park

Sunset @ Pak Bara, Satun Thailand

Ao Nun, Pak Bara

Ao Nun, Pak Bara

Ao Nun, Pak Bara

Lunch area Pak Bara Roadside, Nava Seafood

All in  THB940 

Selain ke area Pak Bara, Langu District, kami extend sikit perjalan kami ke arah utara Satun, iaitu district namanya ThungWa 
Post Thung Wa District, Satun continue soon

Oct 14, 2019

Pak Bara, Satun Thailand


Pak Bara During sunset
For him and her
For them and theirs 



#lied
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...