Nov 22, 2019

Tujuh Al Fatihah


Inilah dia hadiah ku kepada sekalian kamu 
Inilah dia Alfatihah untuk mu

1. Alfatihah Kepada Rasulallah Saw, Nabi Muhammad Saw, nabiku, kekasih hatiku, kekasih hati penciptaku dan kekasih hati seluruh umat manusia di atas muka bumi ini. Moga aku dpt bertemu dengannya dalam keadaan sangat baik dan bahagia. Amin

2. Alfatihah Kepada kaum keluarganya, sahabat sahabat nabi yang mengasihi menyayangi beliau semasa hidup beliau. Sentiasa berada bersama dengan beliau dalam susah dn senang beliau ketika menyebarkan dakwah kepada seluruh umat islam. Sentiasa menyokong beliau tidak kira apa keadaan beliau. Moga aku dikurniakan keluarga dan sahabt handai seperti beliau. Amin

3. Alfatihah Kepada para syahid syuhada yang berjuang bersama2 Rasulallah dlm perang Uhud dan perang2 lain sehingga aku merima nikmat iman dan islam. Kepada para syahid syuhada yang percaya akan kekasihku Nabi Muhammad dan meninggalkan apa sahaja milik mereka untuk bersama2 dan melindungi baginda Muhammad semasa perang. Dan juga kepada yang mengangkat kekasihku Muhammad ketika baginda cedera parah di perang uhud

4. Alfatihah Kepada kedua ibu bapa ku dan ahli keluargaku serta pasangan hidup dan zuriat2 mereka.  Aku beryukur Ya Allah memilik mereka sebagai ahli keluargaku. Moga Kau berikan segala kebaikkan di dunia dan di akhirat kepada mereka dan melindungi mereka dari azab api neraka. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau makbulkanlah segala doa2 yang baik bagi mereka

5. Alfatihah Kepada saudara mara ku, kawan2 ku, sahabat handaiku, ibu dan ayah kepada sahabat2 ku dan jiran tetanggaku. Ya Allah, Kau berikan segala kebaikkan di dunia dan di akhirat kepada mereka dan melindungi mereka dari azab api neraka. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau makbulkanlah segala doa2 yang baik bagi mereka

6. Alfatihah Kepada mereka yang membuat kebaikkan kepada mak dan abahku serta orang2 yang aku sayang, kepada alim ulama mu, kepada mereka yang membuat kebajikan kepada agamaMu Ya Allah, kepada mereka yang menginfakkan harta dan jiwanya ke atas jalanMu Ya Allah. Ya Allah, kau jadikanlah aku insan yang bermanfaat seperti mereka. Kau berikan segala kebaikkan di dunia dan di akhirat kepada mereka dan melindungi mereka dari azab api neraka. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau makbulkanlah segala doa2 yang baik bagi mereka

7. Alfatihah Kepada diriku dan bakal suamiku serta zuriat keturunanku. Kepada insan yang bernama KFAB, moga Allah lembutkan hatimu dan tambatkanlah tautkanlah hatimu kepadaku. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau makbulkanlah segala doa2 yang baik untuk diriku dan diri mereka, serta lindungilah kami dari azab siksa mu


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...