Showing posts with label Krabi. Show all posts
Showing posts with label Krabi. Show all posts

Feb 1, 2013

Backpack Trip Krabi - Final Post

                   So, ini adalah post terakhir aku pasal trip ke Krabi and Hat Yai..promise.. i will conclude everything dalam post kali ini..hehe..
 
                    so, pada 25th December, Selasa bermula lah perjalanan kami meninggalkan negara gajah putih.. kami bersiap siaga untuk pulang ke tanah air terchenta.. pagi itu di mulakan dengan breakfast di kedai makan tepi jalan sekitar Hat Yai dan rencana seterusnya menuju ke Dannok..i ingatkan Thailand cuti waktu Krismas, rupanya tidak..mereka semua bersekolah dan berkerja.. lengang giler jalan kat hat yai masa kami keluar pagi tersebut..
 
                    Dannok adalah boarder Malaysia Thailand, so orang sering kata barang kat sini murah murah.. i akui memang barang kat sini murah murah tapi kan, tak banyak pilihan la.. ada orang tuh, sedih sikit bila barang yang dia expect ada kat dannok tak de!..kesian dia..  but of cos kalau u nak beli t-shirt I love jadah jadah tuh, konfem kat Dannok lebih murah.. i beli T-shit Hat Yai and Thailand di sini.. RM9.00 per helai.. kalau di Ao Nang, they sell one for RM12..beza, memang berbeza... =) hehe.. dan sekiranya anda manusia gangster, maka boleh la shopping pistol kat sini...melambak lambak di jual di sini.. seriously, i fed up betul dengan perangai mamat mamat yang shopping pistol di sini.. ada satu ketika, waktu i tengah layan shopping baju kat sini, tetiba ada dengar bunyi tembakan...kepala hotak kau! kalau nak test power pun, bersesuaian dengan tempat la kan...hishy... 
 
                      Kami shopping2 di dannok lebih kurang 1 1/2 jam dan kemudian berjalan kaki 5 minit menuju ke imegresen thailand..dalam 15 minit je, semua orang lepas.. senang bangat deyh!! hehe..so kami menaiki van abang nuar semula dan teruskan perjalanan merentasi negeri Perlis Indera Kayangan  menuju ke perhentian gurun untuk next pit stop... di RnR Gurun, kami rehatkan badan, makan tengah hari dan menunaikan solat..
 
                   Straight dari Gurun, kami bertolak ke Pulau Pinang menghantar pulang batch yang pertama, iaitu Kung Pow dan Satri...waktu ketika itu adalah azan asar...bye korunk... moga ke temu lagi..terusan, kami menuju ke Kuala Lumpur dan batch kedua adalah idzam and i...waktu tuh dalam pukul 9pm...i takde kawan yang boleh ambil so nak tak nak, kena tumpang idzam..selamat la budak sorang nih baik (berani dia tinggalkan aku sorang sorang kat RnR?! hahah) i sampai rumah pukul 12.30 am and without any delay tanpa mandi, terus menuju ke katil yang empuk dan tidur.. as simple as that my life as a backpacker.. =) Geng yang lain meneruskan perjalanan ke Putrajaya and there we off.. =)
 
so, let me share you my total expenses of the whole trip kat sana..
 
RM 350 kos wajib.
- Trasnportation Van dari M'sia-Krabi-M'sia + hotel di Ao Nang + hotel Hat Yai + Toll + Island Hoping Package
 
Day 1
- Breakfast at Dannok - Rm11.00
- Lunch at Krabi Town - RM12.00
- Dinner Tom Yam kat Krabi Town - Rm28.00
- Seliper untuk jalan laju - RM10.00
- Sewa Plug Converter Hotel - RM10.00
- Light Drink Coke - RM2.00
 
 
Day 2
- Breakfast at Ao Nang - RM6.00
- Beli jajan kat 7E (No.2) - RM37.30 (bnyk giler sebab takut kat pulau nanti kebuluran)
- Makan malam di restaurant cantik - RM28.00
- Shopping beg (No.3) - RM23.00
- Shopping beg Gajah (No.8) - RM 16.00
- Shopping Notebook Krabi Special Version (No.7)- RM20.00
- Beli Fridge Magnet 5 biji di Ao Nang (No.5) - RM 20.00
- Beli air strawberry di Burger King Krabi Outlet - Rm6.50
- Sewa Motor di Ao Nang- RM25.00
 
Day 3
- Breakfast morning Ao Nang - RM8.00
- 7 Eleven - RM4.50
- Krabi Pearl Souvenir (penanda buku dan rempah ratus) - Rm17.70
- Entrance Emerald Pool - RM20.00
- Lunch Pak Tai (mee goreng) + cucuk cucuk di Emerald Pool - RM20
- Dinner set Tom yam di Hat Yai - RM28.00
- Wifi Internet Hotel Lanna Inn - RM10.00
- Shopping Bag di Pasar Malam Hat Yai (No.9) - RM35.00
- Shopping t-shitt Krabi - RM10.00
 
Day 4
- Breakfast roti canai - RM6.00
- Beli T-shirt di Dannok 2 helai (No.4) - RM18.00
- Beli mineral water and kudap kudap - RM10.00
 
so bila di kira balik, total expenses yang sebenar adalah RM 792.00....wohoooo...sebenarnya kalau i tak beli benda-benda yang merapu repek tuh, konfem total expenses boleh je dapat dalam RM600..
 
 
no 1. adalah pamplet free dari pihak hotel..
no 6. adalah batu karang dari Hong Island.. pun free..
 
ok guys, thanks a lot for reading all these post...kalau ada pertanyaan apa apa mengenai krabi atau travel guide ke Krabi, i boleh perkenalkan dengan Abang Nuar..dia bagus.. =)

Backpack Trip Krabi - Part 6

                         Hai, this is the 6th part of my Krabi trip..pegi tak lama, cerita nak panjang pulek kan.. well, krabi memang best, so what.. haha..
                            On our 4th day kat sana, dated 24th December 2012, i bangun awal pagi and kemas beg untuk check  out hotel dan menghala pulang ke selatan....destinasi seterusnya, Hat Yai... around 9.00 am kami bergerak meninggalkan pekan Ao Nang...kenangan telah tercipta.. memori di bawa bersama...how much will i miss this place?? hmmmm.. bye ao nang..
                       Dalam kepala otak, banyak lagi tempat kalau boleh kami nak singgah otw balik...kan betul! kami singgah sekali lagi di Krabi Town. Konon konon nak pegi factory outlet dia tapi bila sampai je, tengok FO tak buka lagi..wuhhuuuu…rasa kiciwa tapi bersyukur sebab kalau tak, duit I mengalir macam air lagi.. owh, please! Perjalanan di teruskan… abang nuar suggest untuk singgah di Krabi Pearl..it’s a Souvenir Shop.. ..sila google untuk tahu tempat di mana sebab I bila dah ada driver, konfem tak nak pening kepala ambil port pikir tempat apa i berhenti.. tak de la banyak sangat barang yang boleh di beli, tapi kalau anda nak makan crab flava junkies, boleh la beli kat sini..things yang diornag jual basicaly sama je but as I said previously, barang kat krabi town is way cheaper than Ao Nang beach…so, sila la ye…. We spend 1 hour kat sana.. tak de la lama sebab tempat dia kecil..
krabi pearl.. a souvenir shop
                      Selepas Krabi Pearl, we headed to the most beautiful and amazing place in Krabi, Emerald Pool…wat a beautiful place..air dia biru giler.. my wish for Krabi has actually come true.. I tot that I will never be able to come here but at last..maybe sebab Nasa dengar perbualan I dengan receptionist Hotel tentang keinginan untuk ke Emerald Pool…terima kasih Nasa sebab granted my wish… (tapi yeke?? ntah ntah dh memang plan tapi tak nak bagitau i)
ini adalah entrance..kami tak boleh baca apa apa melainkan no 1400..itu menunjukkan berapa jauh emerald pool from entrance.. 1400m
kat kawasan entrance pun dah boleh rasa thrill nya...
                          Entrance untuk Emerald Pool 200THB ber entry.. antara entrance dengan pool tuh agak jauh jugak… a long way walking distance but since no vehicle is allowed, no choice we had to walk..maybe sebab baru je hujan, so keadaan tanah merah dia becak..kepada yang nak mandi, silakan decide dari awal and bawa baju dari awal.. tak payah la terpikir nak patah balik ke van atau apa sebab jauh tuh…bukan la sebab penat ke hape, tapi akan membuang masa… melainkan kalau u nak berlari dalam hutan, no hal la… I tak mandi, I hanya ambil gambar orang yang mandi termasuk la yang teetttt.. hehe.. we spent about 2 hours kt sana…dan kemudia bersiap siaga untuk ke Hat Yai.. kali ini dah takde stop memana dah…terus sahaja..lihat saja gambar mereka ber jimba di dalam air emerald...wohooo...
emerald pool... cantik kan?
 sebelum bertolak, kami makan dahulu..ada gerai orang pattani di entrance tuh..so no worry k..lepas mandi, lapar? boleh terus makan..
                            Perjalanan dari krabi ke hat yai memakan masa selama 3-4 jam..i spent my time dengan qada' tidur…puas!!! sampai di Hat Yai Pukul 5pm. Kami check in hotel Lanna Inn. Hotel ni a lil bit poor and I tak faham kenapa hotel ini termasuk dalam "favourite-hotel-to-stay in" while in Hat Yai.. Poor in terms of presentation.. Color plywood pun lusuh semacam…huhu...but, I don’t really mind..as long as its cheap and I have place to stay, tu dah kira ok..
hat yai town at 5 pm..
                         Our main purpose were to enjoy the last nite in Hat Yai...it was christmas nite, but from what i observed, chris celebration kat hat yai tak happening sangat..maybe because Hat Yai banyak buddha, or maybe muslim? i dont know..shopping di hat yai memang murah.. kami pergi dinner, pergi ke pasar malam di hat yai (as pasar malam biasanya tak de nama) dan kemudia ke Pink Lady dan Lee Garden Plaza.. nak spend lama lama pun jenuh jugak sebab lautan rakyat Malaysia ada kat merata tempat.. dan gambar pengebom Lee Garden  Hotel tahun 2011 pun masih ada banyak bertampal..mak aihh…kecut siot!
satu benda paling kami realize, semakin kami mendekati Malaysia, semakin kurang kepedasan makan yang mereka serve.. heheh
hat yai city at at 9.00 pm
                      Di Hat Yai, ramai yang dah boleh cakap bahasa Malaysia.. so orang kata, nak tawar menawar tuh lebih senang..and kat sini, duit pun dah boleh pakai duit RM.. deras sangat duit keluar.. haih...

Jan 30, 2013

Backpack Trip Krabi Part 5

                 selepas seharian di kepulaun, kami tiba semula di pantai Ao Nang pada pukul 5 pm.. ramainya manusia tak terkata.. sesak betul pantai ketika itu..tanpa berlengah, kami menaiki truck/ tuk tuk yang sama untuk pulang ke hotel. Semua sudah penat so bercakap pun kurang...bergambar lagi la tak de!

                 Sampai di hotel, kami berehat dan mandi manda sebentar dan pada pukul 7 pm kami berkumpul semula di lobby untuk dinner... Abang nuar kata kali nih dia nak bawa kami dinner di port yang agak istemewa... Serious tak ingat apa nama restaurant yang kami pergi ini tapi tempat nih cantik giler.. kalau i tahu nama, nnti i bagitau.. restaurant ada menyediakan musollah dan telekung..sementara nak tunggu waktu makanan tiba, kami solat "berjemaah" dahulu..alhamdulillah, geng backpack aku kali nih semua hebat hebat.. semua lelaki nya boleh jadi imam..pin point sje, konfem meleleh bacaan..dah la segak, berilmu pulak tuh... tak sia sia berkenalan dengan mereka..
 
inilah restaurant makan kami.. terletak antara Ao Nang dan krabi town..
 
                  Pada malam tersebut, kami tak nak order tom yam..muak gak makan tom yam hari hari...dah la pedas giler... so end up kami order asam pedas (atau dalam bahasa thai, ketom)..pada mulanya, kami semua ingatkan malam tersebut boleh la terlepas dari azab menanggung kepedasan, tapi sumpah malam tuh la malam kami kena kaw kaw!!! tak pernah seumur hidup i makan lauk sepedas itu..seolah olah makan cili padi terus aihhh....i tgk, kawan kawan yang lain ada yang telinga dah start merah berdesing, ada yang mata dah berair tahap z, and ada yang dah quit walau baru makan sesuap dua...lauk masih banyak lagi, tapi i surrendered.. tertutup selera..
 
kronologi sebelum, semasa dan selepas makan... amek kau!!! hahaha
 
                      selepas masing masing menangis, abg nuar teruskan menambat hati kami dengan membawa kami berjalan di krabi town... i like.. its time for shoppinggg!!...malam minggu termasuk ahad ada pasar malam di krabi town..kepada you yang nak shopping giler giler, its better to buy now and here as it is a lot cheaper than the one sell at Ao Nang..banyak handicraft, souvenir, beg, t-shirt and art thingy ada di jual di sini.. beg kulit pun ada gak.. so di persilakan la ye.. i shopping beg di sini for 120THB and elephant sling bag for 160THB.. i puas hati sebab both bag i tak jumpa kat Ao Nang... klu nak tahu apa yang i shopping di sini, sila refer to my last post k.. =)
 
krabi town night market
 
macam macam ada..berbaloi baloi... =)
 
                  After shopping and lepak di krabi town, we headed back to Ao Nang beach, around 10.00 pm arrived..its free and easy time.. farah and i decided to do shopping along the beach again!! i dont know for how many times..haha... my advice, kalau nak beli sila la beli beg yang rare just like a waterproof beg.. thats a nice one and slightly cheaper.. peniaga kat sini semuanya ramah but when you got bangladeshi as the salesman, seriously annoying.. there are rude!! very rude!!! berlagak sangat.. dah la pendatang, so act like one please!
 
lepak lepak kat mamak ao nang sementara menunggu kawan kawan habes shopping..
 
                     After a while shopping, we went back to end our day.. bila sampai hotel, masuk bilik, then tetiba fara nak gi massage..whoa...orang kata rugi datang thailand tak buat massage but i geli bila orang pegang pegang nih so let alone farah je yang buat.. i jadi rider dia.. keluar semula ke pantai untuk cari any massage center yang masih open...sad to say, tak de.. ada yang dah tutup and ada yang dah full, tak nak terima customer lagi.. its 12 am and tomorrow is monday, another working day before christmas day, so what could you expect...haih...so kami pun balik la ke hotel dengan badan yang lenguh lenguh... =(

tak sempat buat apa apa, terus sapu minyak "kuda kuda" (perkara wajib bila backpack..hahaha) di kaki dan kemudian tidur... kroh kroh...

Jan 29, 2013

Backpack Trip To Krabi - Part 4

       
first of all, i would like to apologized for posting this entry a lil late...ada problem dengan my password..and now, dah ok.. so continue reading peeps.. =)

           Hong Island consider as an island yang selamat dan sesuai untuk kami membuat activity. Selain dari snorkeling, you jugak boleh buat kayaking. Our package tak include kayaking, so apa yang kami buat adalah swimming, snorkelling, junggle trekking, "sanding", sun-bathing and cam-whoring.
                Honestly, i tak pernah snorkel before. As it was my very first time, i almost drowned. Sumpah, now i tahu perasaan orang lemas macam mane.. it was too scary... I was safe by the only LIFE JACKET!!  Thank you Allah, thank you life jacket for saving my life. Masa i struggled dalam air, i cant think of anything. I tried to scream for help but couldnt get to because the oxygen hose was in my mouth...Sebenarnya i terpanic bila tetiba ternampak kedalaman air laut dan coral...i screamed and thats when the water gets in..., I calm my own self abd try my very best to swim whatever gaya loser pun i dah tak kisah as long as i can get to the beach... and survived!! menggigil jugak la masa tuh sebab ketakutan.. .air mata macho hampir nak terkeluar, tapi bila kawan kawan suruh rileks and diorang willing to ajar, i cool down.. so frens, jangan ambil  enteng kepentingan life jacket. Kalau takde life jacket, konfem mati..

this is Hong Island
            Walaupun begitu, i  masih tak serik serik untuk mencuba, i challenged myself to snorkel sampai ke tengah laut walaupun berdebar jantung.. Satri offer to ajar, so i and my fren fara pun belajarlah cara yang betul dengan dia..sanggup dia berkorban keseronakkan snorkelling dia semata mata untuk ajar kami...thanks Mohamed Satri..bila dah confident and grab the tactic, then i snorkel led alone..i tried not to hook up too much on him, but my fren farah, seriously kelakar giler.. she langsung tak nak jejak kan kaki bawah.. so, si Satri terpaksa menggunakan life jacket tarik farah ke tengah laut..sekali imbas, she was like a dead floating meat dah...kih kih kih.. farah was so afraid of shark.. i pun, even semua orang pun but sebab we all terlalu excited, we ignored all those craps.. tapi betul la kan.. what if semasa you snorkel, tetiba ternampak shark kat bawah kaki you??? OMG!!! ...

           While snorkelling, tetiba situation intensified..serangan jellyfish!! OMG..  rupa rupanya abang fendi kena sengat dengan jellyfish.. i dah imagine satu kumpulan jellyfish attack, but fortunately it was "a" jellyfish..sigh... selamat satu je.. i thought jellyfish was like a cute "boink boink" sea animal but i was mistaken... the one we found is a bad jellyfish..no wonder Nemo and Dorry takut dengan jellyfish .. kesian abang fendi.. untuk hilangkan rasa sakit tangan dia yang kena sengat, kitorang pun suruh dia baring rilex atas pasir.. sebenarnya kami cari alasan nak main sand..hehe.. last last, abg fendi pun pasrah lantas membiarkan badan dia di tanam oleh kami..terima kasih abang...yang jahat nya, lepas tanam semua orang sambung snorkelling balik.. so sampai sudah i tak tahu bila and bagaimana abang fendi keluar dari sand tuh..huhu..

 abang fendi kena tanam dengan kami sebelum di biarkan keluar sediri dari pasir.. =P sorry

                   Setelah snorkelling untuk seberapa lama, tetiba kena panggil untuk lunch..perut tak lapar lagi pun but since semua orang dah naik, then i pun follow.. kami makan nasi putih dengan lauk paprik..tambah dengan ayam goreng.. masa makan, tak kisah pun whether dia sembilah ayam  betul ke tak, tapi lepas makan baru tanya, "eyh, mcm mane dia sembelih ayam?"...konfem tak sembelih..argh, kira halal la..kalau budak sekolah pondok rileks je, kami yang sekolah batu nih lagi la buat derk je..- lunch include dalam package.

                  Lepas makan, Eak bagi masa selama 1 jam untuk kami rehat..kami reda kan perut dulu, then kemudian masuk ke laut semula.. i teringat yang i ada roti flavour corn dalam beg (beli kat 7E), so i ambil roti tuh dan feed the fish...wohooo...best giler tengok ikan warna warni clear giler depan mata.. bless bless..

                  After one hour of light activity and camwhoring, we got on to the boat again and this time, we headed to next island which was Paradise Island.. Masyallah, paradise island memang awesome..i would say, lebih cantik dari Hong Island dan lebih privacy..kawasan tak lah sebesar Hong Island tapi yang menariknya, ada 2 keluarga yang menetap di pulau ini..mereka nampak seperti orang asli.. rumah mereka menggunakan buloh dan mereka gelap..i was amazed by them sebab boleh hidup dekat pulau berdua sahaja..kalau ombak besar, mcm mane la diorang handle kan? walaupun hidup tak bermasyarakat, tapi english mereka superb! =) senang nak bicara..
Paradise Island
                     Basically di paradise Island, the same thing jugak, kami snorkelling and camwhoring.. Paradise Island kecil and coral pun kurang. So kalau nak lihat coral kat pulau ini, kenalah berenang ke tengah..kami tak berani... kami lepak-lepak selama 1 1/2 hour, solat (of cos takde musollah), dan kemudian balik...masa solat di pantai, rasa syahdu menyelinap..Allah Maha Esa. Allah Maha Cantik.. Allah menjadikan lautan dan gunung-ganang di depan kami sangat cantik dan tiada tolok bandingnya. Alhamdullillah, kami dapat menikmati kecantikan alam ciptaan-Nya..

                      On the way back, ombak agak besar. So boat mcm bumpy ride sikit. Ada kawan yang mabuk sampai muntah, dan ada juga yang boleh tidur sampai mata merah macam biji saga..i purposely tak nak tidur sebab rasa rugi jika tak melihat keindahan alam..entah bila lagi boleh datang ke sini.. hmm.. =)

thank you peeps for reading.. to be continue in the next post..

            
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...