Showing posts with label Backpack Krabi. Show all posts
Showing posts with label Backpack Krabi. Show all posts

Feb 1, 2013

Backpack Trip Krabi - Part 6

                         Hai, this is the 6th part of my Krabi trip..pegi tak lama, cerita nak panjang pulek kan.. well, krabi memang best, so what.. haha..
                            On our 4th day kat sana, dated 24th December 2012, i bangun awal pagi and kemas beg untuk check  out hotel dan menghala pulang ke selatan....destinasi seterusnya, Hat Yai... around 9.00 am kami bergerak meninggalkan pekan Ao Nang...kenangan telah tercipta.. memori di bawa bersama...how much will i miss this place?? hmmmm.. bye ao nang..
                       Dalam kepala otak, banyak lagi tempat kalau boleh kami nak singgah otw balik...kan betul! kami singgah sekali lagi di Krabi Town. Konon konon nak pegi factory outlet dia tapi bila sampai je, tengok FO tak buka lagi..wuhhuuuu…rasa kiciwa tapi bersyukur sebab kalau tak, duit I mengalir macam air lagi.. owh, please! Perjalanan di teruskan… abang nuar suggest untuk singgah di Krabi Pearl..it’s a Souvenir Shop.. ..sila google untuk tahu tempat di mana sebab I bila dah ada driver, konfem tak nak pening kepala ambil port pikir tempat apa i berhenti.. tak de la banyak sangat barang yang boleh di beli, tapi kalau anda nak makan crab flava junkies, boleh la beli kat sini..things yang diornag jual basicaly sama je but as I said previously, barang kat krabi town is way cheaper than Ao Nang beach…so, sila la ye…. We spend 1 hour kat sana.. tak de la lama sebab tempat dia kecil..
krabi pearl.. a souvenir shop
                      Selepas Krabi Pearl, we headed to the most beautiful and amazing place in Krabi, Emerald Pool…wat a beautiful place..air dia biru giler.. my wish for Krabi has actually come true.. I tot that I will never be able to come here but at last..maybe sebab Nasa dengar perbualan I dengan receptionist Hotel tentang keinginan untuk ke Emerald Pool…terima kasih Nasa sebab granted my wish… (tapi yeke?? ntah ntah dh memang plan tapi tak nak bagitau i)
ini adalah entrance..kami tak boleh baca apa apa melainkan no 1400..itu menunjukkan berapa jauh emerald pool from entrance.. 1400m
kat kawasan entrance pun dah boleh rasa thrill nya...
                          Entrance untuk Emerald Pool 200THB ber entry.. antara entrance dengan pool tuh agak jauh jugak… a long way walking distance but since no vehicle is allowed, no choice we had to walk..maybe sebab baru je hujan, so keadaan tanah merah dia becak..kepada yang nak mandi, silakan decide dari awal and bawa baju dari awal.. tak payah la terpikir nak patah balik ke van atau apa sebab jauh tuh…bukan la sebab penat ke hape, tapi akan membuang masa… melainkan kalau u nak berlari dalam hutan, no hal la… I tak mandi, I hanya ambil gambar orang yang mandi termasuk la yang teetttt.. hehe.. we spent about 2 hours kt sana…dan kemudia bersiap siaga untuk ke Hat Yai.. kali ini dah takde stop memana dah…terus sahaja..lihat saja gambar mereka ber jimba di dalam air emerald...wohooo...
emerald pool... cantik kan?
 sebelum bertolak, kami makan dahulu..ada gerai orang pattani di entrance tuh..so no worry k..lepas mandi, lapar? boleh terus makan..
                            Perjalanan dari krabi ke hat yai memakan masa selama 3-4 jam..i spent my time dengan qada' tidur…puas!!! sampai di Hat Yai Pukul 5pm. Kami check in hotel Lanna Inn. Hotel ni a lil bit poor and I tak faham kenapa hotel ini termasuk dalam "favourite-hotel-to-stay in" while in Hat Yai.. Poor in terms of presentation.. Color plywood pun lusuh semacam…huhu...but, I don’t really mind..as long as its cheap and I have place to stay, tu dah kira ok..
hat yai town at 5 pm..
                         Our main purpose were to enjoy the last nite in Hat Yai...it was christmas nite, but from what i observed, chris celebration kat hat yai tak happening sangat..maybe because Hat Yai banyak buddha, or maybe muslim? i dont know..shopping di hat yai memang murah.. kami pergi dinner, pergi ke pasar malam di hat yai (as pasar malam biasanya tak de nama) dan kemudia ke Pink Lady dan Lee Garden Plaza.. nak spend lama lama pun jenuh jugak sebab lautan rakyat Malaysia ada kat merata tempat.. dan gambar pengebom Lee Garden  Hotel tahun 2011 pun masih ada banyak bertampal..mak aihh…kecut siot!
satu benda paling kami realize, semakin kami mendekati Malaysia, semakin kurang kepedasan makan yang mereka serve.. heheh
hat yai city at at 9.00 pm
                      Di Hat Yai, ramai yang dah boleh cakap bahasa Malaysia.. so orang kata, nak tawar menawar tuh lebih senang..and kat sini, duit pun dah boleh pakai duit RM.. deras sangat duit keluar.. haih...

Jan 30, 2013

Backpack Trip Krabi Part 5

                 selepas seharian di kepulaun, kami tiba semula di pantai Ao Nang pada pukul 5 pm.. ramainya manusia tak terkata.. sesak betul pantai ketika itu..tanpa berlengah, kami menaiki truck/ tuk tuk yang sama untuk pulang ke hotel. Semua sudah penat so bercakap pun kurang...bergambar lagi la tak de!

                 Sampai di hotel, kami berehat dan mandi manda sebentar dan pada pukul 7 pm kami berkumpul semula di lobby untuk dinner... Abang nuar kata kali nih dia nak bawa kami dinner di port yang agak istemewa... Serious tak ingat apa nama restaurant yang kami pergi ini tapi tempat nih cantik giler.. kalau i tahu nama, nnti i bagitau.. restaurant ada menyediakan musollah dan telekung..sementara nak tunggu waktu makanan tiba, kami solat "berjemaah" dahulu..alhamdulillah, geng backpack aku kali nih semua hebat hebat.. semua lelaki nya boleh jadi imam..pin point sje, konfem meleleh bacaan..dah la segak, berilmu pulak tuh... tak sia sia berkenalan dengan mereka..
 
inilah restaurant makan kami.. terletak antara Ao Nang dan krabi town..
 
                  Pada malam tersebut, kami tak nak order tom yam..muak gak makan tom yam hari hari...dah la pedas giler... so end up kami order asam pedas (atau dalam bahasa thai, ketom)..pada mulanya, kami semua ingatkan malam tersebut boleh la terlepas dari azab menanggung kepedasan, tapi sumpah malam tuh la malam kami kena kaw kaw!!! tak pernah seumur hidup i makan lauk sepedas itu..seolah olah makan cili padi terus aihhh....i tgk, kawan kawan yang lain ada yang telinga dah start merah berdesing, ada yang mata dah berair tahap z, and ada yang dah quit walau baru makan sesuap dua...lauk masih banyak lagi, tapi i surrendered.. tertutup selera..
 
kronologi sebelum, semasa dan selepas makan... amek kau!!! hahaha
 
                      selepas masing masing menangis, abg nuar teruskan menambat hati kami dengan membawa kami berjalan di krabi town... i like.. its time for shoppinggg!!...malam minggu termasuk ahad ada pasar malam di krabi town..kepada you yang nak shopping giler giler, its better to buy now and here as it is a lot cheaper than the one sell at Ao Nang..banyak handicraft, souvenir, beg, t-shirt and art thingy ada di jual di sini.. beg kulit pun ada gak.. so di persilakan la ye.. i shopping beg di sini for 120THB and elephant sling bag for 160THB.. i puas hati sebab both bag i tak jumpa kat Ao Nang... klu nak tahu apa yang i shopping di sini, sila refer to my last post k.. =)
 
krabi town night market
 
macam macam ada..berbaloi baloi... =)
 
                  After shopping and lepak di krabi town, we headed back to Ao Nang beach, around 10.00 pm arrived..its free and easy time.. farah and i decided to do shopping along the beach again!! i dont know for how many times..haha... my advice, kalau nak beli sila la beli beg yang rare just like a waterproof beg.. thats a nice one and slightly cheaper.. peniaga kat sini semuanya ramah but when you got bangladeshi as the salesman, seriously annoying.. there are rude!! very rude!!! berlagak sangat.. dah la pendatang, so act like one please!
 
lepak lepak kat mamak ao nang sementara menunggu kawan kawan habes shopping..
 
                     After a while shopping, we went back to end our day.. bila sampai hotel, masuk bilik, then tetiba fara nak gi massage..whoa...orang kata rugi datang thailand tak buat massage but i geli bila orang pegang pegang nih so let alone farah je yang buat.. i jadi rider dia.. keluar semula ke pantai untuk cari any massage center yang masih open...sad to say, tak de.. ada yang dah tutup and ada yang dah full, tak nak terima customer lagi.. its 12 am and tomorrow is monday, another working day before christmas day, so what could you expect...haih...so kami pun balik la ke hotel dengan badan yang lenguh lenguh... =(

tak sempat buat apa apa, terus sapu minyak "kuda kuda" (perkara wajib bila backpack..hahaha) di kaki dan kemudian tidur... kroh kroh...

Jan 29, 2013

Backpack Trip To Krabi - Part 4

       
first of all, i would like to apologized for posting this entry a lil late...ada problem dengan my password..and now, dah ok.. so continue reading peeps.. =)

           Hong Island consider as an island yang selamat dan sesuai untuk kami membuat activity. Selain dari snorkeling, you jugak boleh buat kayaking. Our package tak include kayaking, so apa yang kami buat adalah swimming, snorkelling, junggle trekking, "sanding", sun-bathing and cam-whoring.
                Honestly, i tak pernah snorkel before. As it was my very first time, i almost drowned. Sumpah, now i tahu perasaan orang lemas macam mane.. it was too scary... I was safe by the only LIFE JACKET!!  Thank you Allah, thank you life jacket for saving my life. Masa i struggled dalam air, i cant think of anything. I tried to scream for help but couldnt get to because the oxygen hose was in my mouth...Sebenarnya i terpanic bila tetiba ternampak kedalaman air laut dan coral...i screamed and thats when the water gets in..., I calm my own self abd try my very best to swim whatever gaya loser pun i dah tak kisah as long as i can get to the beach... and survived!! menggigil jugak la masa tuh sebab ketakutan.. .air mata macho hampir nak terkeluar, tapi bila kawan kawan suruh rileks and diorang willing to ajar, i cool down.. so frens, jangan ambil  enteng kepentingan life jacket. Kalau takde life jacket, konfem mati..

this is Hong Island
            Walaupun begitu, i  masih tak serik serik untuk mencuba, i challenged myself to snorkel sampai ke tengah laut walaupun berdebar jantung.. Satri offer to ajar, so i and my fren fara pun belajarlah cara yang betul dengan dia..sanggup dia berkorban keseronakkan snorkelling dia semata mata untuk ajar kami...thanks Mohamed Satri..bila dah confident and grab the tactic, then i snorkel led alone..i tried not to hook up too much on him, but my fren farah, seriously kelakar giler.. she langsung tak nak jejak kan kaki bawah.. so, si Satri terpaksa menggunakan life jacket tarik farah ke tengah laut..sekali imbas, she was like a dead floating meat dah...kih kih kih.. farah was so afraid of shark.. i pun, even semua orang pun but sebab we all terlalu excited, we ignored all those craps.. tapi betul la kan.. what if semasa you snorkel, tetiba ternampak shark kat bawah kaki you??? OMG!!! ...

           While snorkelling, tetiba situation intensified..serangan jellyfish!! OMG..  rupa rupanya abang fendi kena sengat dengan jellyfish.. i dah imagine satu kumpulan jellyfish attack, but fortunately it was "a" jellyfish..sigh... selamat satu je.. i thought jellyfish was like a cute "boink boink" sea animal but i was mistaken... the one we found is a bad jellyfish..no wonder Nemo and Dorry takut dengan jellyfish .. kesian abang fendi.. untuk hilangkan rasa sakit tangan dia yang kena sengat, kitorang pun suruh dia baring rilex atas pasir.. sebenarnya kami cari alasan nak main sand..hehe.. last last, abg fendi pun pasrah lantas membiarkan badan dia di tanam oleh kami..terima kasih abang...yang jahat nya, lepas tanam semua orang sambung snorkelling balik.. so sampai sudah i tak tahu bila and bagaimana abang fendi keluar dari sand tuh..huhu..

 abang fendi kena tanam dengan kami sebelum di biarkan keluar sediri dari pasir.. =P sorry

                   Setelah snorkelling untuk seberapa lama, tetiba kena panggil untuk lunch..perut tak lapar lagi pun but since semua orang dah naik, then i pun follow.. kami makan nasi putih dengan lauk paprik..tambah dengan ayam goreng.. masa makan, tak kisah pun whether dia sembilah ayam  betul ke tak, tapi lepas makan baru tanya, "eyh, mcm mane dia sembelih ayam?"...konfem tak sembelih..argh, kira halal la..kalau budak sekolah pondok rileks je, kami yang sekolah batu nih lagi la buat derk je..- lunch include dalam package.

                  Lepas makan, Eak bagi masa selama 1 jam untuk kami rehat..kami reda kan perut dulu, then kemudian masuk ke laut semula.. i teringat yang i ada roti flavour corn dalam beg (beli kat 7E), so i ambil roti tuh dan feed the fish...wohooo...best giler tengok ikan warna warni clear giler depan mata.. bless bless..

                  After one hour of light activity and camwhoring, we got on to the boat again and this time, we headed to next island which was Paradise Island.. Masyallah, paradise island memang awesome..i would say, lebih cantik dari Hong Island dan lebih privacy..kawasan tak lah sebesar Hong Island tapi yang menariknya, ada 2 keluarga yang menetap di pulau ini..mereka nampak seperti orang asli.. rumah mereka menggunakan buloh dan mereka gelap..i was amazed by them sebab boleh hidup dekat pulau berdua sahaja..kalau ombak besar, mcm mane la diorang handle kan? walaupun hidup tak bermasyarakat, tapi english mereka superb! =) senang nak bicara..
Paradise Island
                     Basically di paradise Island, the same thing jugak, kami snorkelling and camwhoring.. Paradise Island kecil and coral pun kurang. So kalau nak lihat coral kat pulau ini, kenalah berenang ke tengah..kami tak berani... kami lepak-lepak selama 1 1/2 hour, solat (of cos takde musollah), dan kemudian balik...masa solat di pantai, rasa syahdu menyelinap..Allah Maha Esa. Allah Maha Cantik.. Allah menjadikan lautan dan gunung-ganang di depan kami sangat cantik dan tiada tolok bandingnya. Alhamdullillah, kami dapat menikmati kecantikan alam ciptaan-Nya..

                      On the way back, ombak agak besar. So boat mcm bumpy ride sikit. Ada kawan yang mabuk sampai muntah, dan ada juga yang boleh tidur sampai mata merah macam biji saga..i purposely tak nak tidur sebab rasa rugi jika tak melihat keindahan alam..entah bila lagi boleh datang ke sini.. hmm.. =)

thank you peeps for reading.. to be continue in the next post..

            

Jan 3, 2013

Backpack Trip To Krabi - Part 3

                        hai all... it is our 2nd day di Krabi and our main activities of the day is of course, island hoping and snorkelling...last night before everybody went to bed, we decided to meet up at 8.00 am in the morning..as usual, tempat berkumpul adalah lobby.. so i woke up early, solat subuh, mandi, packing baju dan terus turun ke lobby...sampai je di lobby, ternampak abang nuar sorang diri.. abang nuar sedang menunggu untuk bawa kami breakfast... sambil menunggu yang lain lain turun dan sebagai orang yang paling awal turun dan rajin bersembang, i pun bersembang la dengan abang nuar.. i tanya dia kat mesia buat apa, selalu ke dia naik ke thailand dan mcm mcm lagi la..seronok rupanya berbual dengan orang dwi bahasa nih.. hehe
duduk di verandah, sambil berbual bual dengan abang anuar...
 
                           Setelah semua orang dah ada, kami beramai ramai menaiki van menuju ke kedai makan yang tak sampai 100 meter pun dari hotel.. lol...dalam hati tertanya-tanya, perlu ke naik van? dekat giler ni...rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada....bila turun dari van, semua orang senyum kambing..manja sangat kami nih..pagi pagi, takkan la tak boleh jalan kaki...berjenis jenis gunung boleh daki, takkan jalan kaki ke kedai makan tak boleh, ye dok? heheh.. di tambah dengan cuaca hujan renyaii..nyaman sungguh keadaan sekeliling...=) Sesampai di kedai, tgk menu dalam tray semuanya lauk pauk...owh, rupanya di thailand, they serve lunch dishes as early in the morning..huhu...quite surprised because makan nasi putih dengan lemak cili "berapi-lain-macam" di pagi hari, adalah satu penganiyaan diri.. semua orang terkamit--kamit menahan pedas...=) kesian...untuk breakfast pagi tuh, i spend RM8.00...owh, come on! breakfast RM8.00 di thailand tu biasa la.. (rasa nak nangis)..

                        Selesai makan, kami pusing balik ke hotel... tiba masa untuk menunggu orang island hoping datang untuk ambil kami di hotel.. tunggu punya tunggu, sekali dia datang naik truck merah daaaaaa...hehe....excited benor.. this is our very first time nak naik tuk tuk, biasalah.. semalam naik motor bukan main, la nih naik tuk tuk baru la ada rasa macam  siam sikit..hehe... kami bergambar tak ingat dunia di sekeliling tuk tuk tersebut..mat salleh senantiasa cool...naik malu pun ada..sampai kena tiau dengan driver lagi suruh masuk truck...muahaha..sebaik naik truck, kami tak boleh beza mana baju kami, mana ceiling truck...color baju kami sama dengan color dalam truck..
 
geng perompak memakai baju perompak..inilah keadaan kami yang sakan bergambar semasa nak naik truck..=)

cuba lihat color baju kami dengan color truck =(
 
                       Sebenarnya pagi tuh, bukan group kami sahaja menaiki truck yang sama..pemandu truck nak penuhkan truck mereka, so mereka mengambil beberapa group dari hotel lain..maka, terjadi lah adegan himpit menghimpit...ingat diorang tak selesa dalam keadaan sebegitu, tapi rupanya i tersilap besar...mereka sebenarnya bertambah gembira...haih...apa la nak jadi dengan korunk nih hah? ada yang siap ambil gambar senyap senyap lagi tuh, nak membahan kawan yang tersepit....cettt, po dahhh..korunk semua nih rosak rosak.. hahaha..
 
 
hujan menambahkan lagi kecantikan bandar Ao Nang...hujan menyebabkan bandar ini nampak bertambah tenang..
 
                       Perjalanan dari hotel kami ke tempat untuk menaiki boat takde la lama sangat.. lebih kurang dalam 10 minit dah sampai.. tempat untuk naik boat terletak di kawasan Nopparat-Thara Road atau berdekatan juga dengan Andaman Camp and Cruise...kawasan ini memang di kenali sebagai kawasan utama menaiki boat ke pulau pulau di krabi.. ramai manusia yang berkumpul di sini..pelbagai jenis ragam manusia boleh dijumpai....yang sempat nak buat maksiat pun ada..hishyyyyy, geram sungguh! boleh tak lain kali tulis, any immoral activities should be put aside.. its a public place thus respect others...this is not your own place..thou its thailand and ada banyak "ayam", ada banyak "tiger" tapi kena la ingat, kat sini jugak ada gajah putih...nanti kalau gajah putih i mengamuk, sapa nak tanggung... (huh, emo tak tentu pasal pulak aku nih hah.. ye la, kalau sampai tahap manusia sekeliling tak selesa, tak ke selfish namanya..).. ok, lupakan...
 
                      Turun sahaja dari truck, we were directed by the driver to the beach to meet our boat capten...ok, capten  kami hensem siot!! tetiba rasa nak pengsan dalam air, so that dia boleh selamatkan..hahaha..dia memperkenalkan diri sebagai Eak ( pronounce as egg ..) kami bahan dia egg, dia gelak manis.. owh, melted! Dia wakil dari Krabi Kingdom Tour Agency.. dia ada penolong peribadi yang namanya sumpah eden tak ingat sebab tak la hensem mana...hehe.. sebelum naik boat, kami bergambar di tepi pantai.. hujan renyai renyai...dalam hati risau ombak besar...tapi alhamdullillah, segalanya lancar.. so below adalah gambar Eak, our capten from Krabi Kingdom.

orang laut okayhh..bertambah la kehenseman dia...melted..


                     Dah boring menunggu di tepi pantai, tetiba Eak panggil untuk naik boat..hoyeah...the time has arrived!! our first pit stop was Red Island..red island takde pasir pantai..its totally a stand alone rock in the mid of ocean...ia di gelarkan red island because Eak cakap every night, dia akan datang ke island ini untuk paint the rock in red color..ok, so funny!! red island nih a lil bit dangerous  for snorkelling epecially during windy season..you can be drag away by waves kalau tak reti berenang..kalau you penat snorkelling, its either you hop onto the rock or climb up stairs onto the boat...or else, you will be swept away!!! swept away???? hell no...For a beginner like me, its definitely scary...Eak asked, if we wanted to start snorkelling here...we confidently reply "No! Next Island Please, thank you".. okay, kalau orang hebat dah cakap no, so orang kerdil macam i nih konfem la cakap "BIG NO".. hahaha..thank you for your nice offering, a lil red island.. you are such a lovely lonely island.. =)

Eak hensem bertindak lagi comel dengan mengatakan he painted this island every night.. =) .. argh, tak de keje hape..
 
             The boat continue the next island which was Hong Island.. wat a beautiful island..Hong island also known as Chicken Island..maybe the shape looks like chicken.. i cant see any..Hong Island adalah among the best island as it has white sand dan airnya biru..dekat island inilah banyak manusia di turunkan berjam jam lamanya.. untuk gp kami, Eak bagi masa 5 jam untuk snorkelling, junggle trekking...and we even had our lunch here.. here tid-bits of Hong Island.. =)



               Untuk pengetahuan, Hong Island adalah antara Island yang terjejas / terlibat semasa tsunami tahun 2004.. semua pelancong yang berada di pantai semasa kejadian telah beramai ramai naik ke puncak Hong Island untuk menyelamatkan diri.. (i feel so bad for having no time to read the history! sibuk sangat mengambil gambar rakan rakan..  )...we got a chance to follow through the trek.. it was a 600meter in radius..and all the way up, semua orang bercakap mengenai the history of tsunami... all of us feel so bad and the feeling is just just un-decribe-able..everyone put themselve in silent and counting days..

dalam sedih sedih, bila i tgk pic nih rasa nak tergelak pun ada...ada ke orang junggle trek pakai life jacket??  duhhh..

                     It was 23rd dec 2012 when we were up there..just by 3 days, genaplah 8 tahun peristiwa sedih itu berlaku..i cant imagine if the same thing repeats.. how will i react? how loud will i scream for help? owh God... only then i feel soo soo lucky and thanked Allah, sebab masih sayangkan dan  lindungi my family and my country dari malapetaka.. sobs sobs..( mood bersedih seketika)


I shall continue the story of our mysterious Hong Island in the next post..segala macam activity akan i cerita in my next post...Thank you for reading, peeps.. =) ... And please remember that setiap yang terjadi, pasti ada sebab musababnya dan secara tak langsung merupakan peringatan berhikmah untuk kita semua =) insyaallah

Dec 29, 2012

Backpack Trip To Krabi - Part 2

           Continue from my last post ... kami tiba di ao nang pada pukul 4.30 sth, 22/12/2012.. kami terus check in hotel, K.L Guesthouse....untuk yang belum booking mana mana hotel sebelum sampai, do not to worry about availability of hotels room kat ao nang...banyak! just walk in, confirm ada... Our guesthouse strategically situated around 100 meters from the beach and it is very close to any access...rate per nite is less than RM100...i cant really remember how much it was, as it came with our package.. but i guaranteed that it is cheap.. =)
 
this is where we stayed for 2 days...most of the hotel akan letak stacks of brochure untuk tourist and as you can see, motrbike rent services is just next door.
 
             Di Ao Nang, terdapat banyak hotel/ travel tour agency yang menawarkan package untuk island hoping, kayaking, cave climbing and many more..jalan tak sampai 5 meter dah ada iklan tour package krabi..jalan depan sikit, akan ada lagi.. then, ada lagi...hmm, memang banyak...you tak perlu la risau kalau datang ke sini tidak berpackage..

             Along the beach, ada banyak street shops, hotels, club, pub, bar, warung and even money changer...since kami sampai pada malam minggu, town yang i assume biasa je bertukar menjadi happenings giler! and i like..
 
 Ao nang street, warong, pub, club, shop lots and many more..
 
              Untuk berjalan-jalan di Ao Nang, kami plan untuk sewa motor/ scooter... eeiii, sumpah tak berkenan langsung dengan scooter sebab scooter bahaya ... press minyak je dah boleh jalan, rasa macam bawa mesin pun ada..kalau salah press, konfem terus laju maju ke longkang...huhu...kami decided untuk sewa motor selama 2 hari, iaitu 48 jam..rate motor sewa di sana THB250 = RM25 untuk 24 jam..petrol sendiri...you boleh guna petrol yang ada dalam tank sampai motor berasap, itu pun kalau agak-agak korunk nih jenis orang yang kedekut  mcm i..and, kalau you berangan nak bawa superbike pun boleh...takde hal..untuk i yang berkaki pendek, baik lupakan...biasanya superbike nih, mat salleh yang suka.. tak pun orang yang honeymoon.. untuk kitorang yang masih bujang, honda cup pun kami tak kisah.. =) pelbagai jenis motor ada di tawarkan...dan harga tentulah berbeda mengikut jenis..
 
             Sesampai sahaja di hotel, Nasa (ketua backpack) let us berehat selama 1 jam.... kami solat jamak, mandi dan kemudian berkumpul di lobby hotel semula pada pukul 5.30.. suasana di luar masih terang, mcm pukul 6.30 di mesia..lobby hotel sempoi giler...ala ala verandah kat rumah kampung dan ini yang menyebabkan i rasa Ao nang sungguh tenang !...kami mengagihkan motor kepada sesiapa yang reti bawa motor...since i bekas jagoon rempit, then i la yang bawa...

tuk tuk merah..
 
             We headed to the beach to watch the sunset...subhanallah..its was always beautiful and i will  always love sunset! along the beach, ada banyak stalls menjual "cucuk-cucuk".. kebanyakkan nya seafood and since i'm happend to allergy to certain seafood, i ignored the stalls..geng lain semua berjimba membeli seafood and me??!, telan air liur..nak makan boleh, cuma kalau allergy attack, sendiri mahu tanggung la sebab ubat terlupa bawa..bila beli cucuk-cucuk, mak cik stall bagi pinjam tikar untuk buat mini-picnic..wo hooo...

            Di Ao Nang, makanan halal senang untuk di jumpai...banyak restaurant muslim di sini.. semua pun sedap2..siapa yang tak tahan pedas, confirm berpeluh peluh bila makan..rupanya geng backpack kali ini, ramai yang tak tahan pedas...kantoiii... dari segi harga, makanan di sini agak mahal (especially untuk i yang tak berapa nak mewahkan bab makan.)... selalu sangat kami nih kena ketuk... mujur ada abang nuar, boleh la minta dia nego bagi discount sikit
 
 
 
 sunset is the best therapy for me, as it remind me to always end up my day beautifully..
 
                   Sehingga matahari terbenam, barulah kami balik beredar..kami berpecah as it was a free and easy time.. so Fara and I decided to make one round of survey to places we gonna do shopping tomorrow..basically, pantai Ao nang takde la besar giler.. walking distance from one side to another is possible..and that is why i like Ao Nang Beach so much! bila naik motor, rasa macam konfius mana nak parking sebab antara one places to another dekat.... kalau takde motor pun takpe sebenarnya..
 
                   Setelah meronda ronda, kami decided untuk berjumpa semula di hotel pukul 8.00 pm sebab its time for dinner! kami dok tunggu la abang nuar, sebab dia janji nak bawa kami pegi dinner, tapi sebenarnya dia dah syahid duniawi dulu.. kesian dia sebab dia penat drive sepanjang hari..last last kami semua konvoi ramai ramai pegi makan di satu restaurant di hujung jalan, lebih kurang 500 meter dari hotel.. of course la semua orang nak rasa originality of thailand tom yam...hah, rasakan!!!  sangat la tak boleh bla la!! pedas memang konfem la..tak tahu jenis cili padi hape yang diorang pakai.. mencabar  sungguh nak makan kat thailand nih hah.. malam tuh kami makan set hidang.. satu kepala, RM28...mahal jugak kan? tapi takpe, at least makanan i jadi zat untuk badan i semula...compare to my frens yang lain, makanan diorang semua mengalami process per-nyah-tinja-an pada malam yang sama jugak, selama 4 ke 5 kali....kesian diorang! =)
 
                  Jam menunjukkan pukul 10.30pm..all of them headed to the shopping street to get a good bargain while i headed back to our hotel as my friend Fara needs to prepare update report for her boss..as a friend who care and not selling-the-fish, i wont let her be in hotel alone..thus, i pun temankan dia sambil online and chat with my sister kat mesia..then, i told fara that i wanted to on the line kat verandah..bila turun bawah je, tetiba nampa kungpow ada kat situ..kami pun berbual-bual... we started knowing each other malam to..kungpow student jepun, pasal tu la nama dia pelik..tak lama lepas tuh, idzham (model tibet) pun join kami..kami berborak borak sekejap je, dalam 5-10 minit before both of them minta excuse...then, tinggal lah i di veranda sorang sorang..malam minggu especially 2/3 days before christmas, of cos la tempat nih masih hips lagi...30 minit jugak i layan perasaan sorang sorang.. bila mengantuk, i pun naik la ke bilik.. since fara still buat report and i tak nak disturb dia, so i put myself in sleeping mode, lantas terus tidur...heheh...

it ended up my 1st day story in Ao Nang, Krabi =))
for 2nd day stories, wait till next post..

thank you peeps for reading...

Dec 28, 2012

Backpack Trip to Krabi - Part 1

                Hai... last week masa christmas 21-25 dec 2012, aku berkesempatan untuk backpack ke Krabi bersama dengan geng perompak gunung yang aku langsung tak kenal..end up, mereka sangat cool..ingat! bakcpaker sejati mestilah boleh get along dengan sesiapa sahaja... =) 

                Untuk trip kali ini, kami plan untuk pegi ke Kl --> Dannok --> Krabi --> Ao Nang --> Hat Yai --> Dannok --> KL....ber-dua belas orang iaitu, (start dari kiri), Toyol, Nasa, Kungpow, Satri, Idzham, Abg Fazli, Kak Dayah, Erisya, Kak Tina and my lovely mate, Fara Naq.

               Initially, kami plan naik train KTMB but since ticket sold out, terpaksalah kami tukar plan..kami menaiki van Hiance. Van yang ala -ala artis gitu (gambar seperti di bawah). Masa tuh i thought that van was not a good option coz i have a feeling that menaiki van pada waktu malam is not safe. Tapi dah bayar duit booking pada ketua backpack (kak tina), so just go with the plan..

               Trip begin pada malam 21/12/2012. Aku tak kemas beg hape pun lagi. Duit pun tak tukar lagi sebab rasa keadaan masih terkawal. Pada malam tersebut, kami saling roger each other status terkini sebab van abang nuar, iaitu pemandu kami mungkin akan pick up kami lambat sikit. Abang Nuar adalah driver aka kawan aka translator terbaeekkk kami. Beliau start mengambil group kami sorang demi sorang di kajang/ cyber jaya(11.30pm), RnR Jejantas Sungai Buloh(12.30), RnR Rawang (1.30 am) dan last sekali Masjid Seberang Prai (5.00 am). van yang di pandu beliau bergerak laju gilos..aku rasa kalau ada sayap, lepas jugak la kalau takat nak terbang 10 meter ke atas..huh, kecut perut..rasa mcm naik roller coaster kot..  dan dengan kelajuan tahap cipan tuh la perjalan kami hanya mengambil masa selama 5-6 jam untuk sampai di Bukit Kayu Hitam. Dalam hati aku berdoa agar aku tak mati atas jalan raya. Alhamdullillah, masih panjang nyawaku

                Selesai solat subuh di salah sebuat masjid di Bukit Kayu Hitam, kami meneruskan perjalanan ke CIQ. Macam biasalah, kaunter tuh tak de la jauh sangat. Urusan di kedua dua kaunter selesai lebih kurang 1 jam. Aku rasa kaunter dia rileks sikit and tak strict sangat. Cop-cop and lepas je. Owh ya, untuk pengetahuan umum, semasa anda beratur di Kauter Imegresen Malaysia, passport anda hendaklah bersih dan clear.. Tapi sesudah anda sampai di Kaunter Imegresen Thailand, hendaklah korunk selitkan duit RM1.00 di belakang passport untuk di berikan kepada pegawai imegresen thai yang sedang bertugas. Aku tak pastilah nak define perbuatan ini sebagai apa..yang penting bukan nak rasuah ye, sebab takat masuk negara thailand je tak de hal lah! yang penting korunk hendaklah berjaga jaga....kalau korunk terselitkan duit tuh di kaunter malaysia, sendiri mahu jawablah dengan SPRM...muahahah..

                         Selesai kami semua keluar dari imegeresen, kami decided untuk breakfast dulu di kawasan tersebut Dannok . Plan mulanya nak singgah ke Hat yai tapi Abang Nuar kata better teruskan sahaja perjalanan ke Krabi. Semua agreed. Kami semua breakfast di Dannok dan ready untuk teruskan perjalanan ke Krabi.

                        Perjalanan ke Krabi menaiki van di mulakan dengan bismillah. heheh.. Kami bergerak dari  Dannok pada pukul 11.00 am ...perjalanan di jangka memakan masa selama 5 jam provided that van sentiasa berada pada kelajuan 120kmph atau lebih. Since plate no van kami dalam tulisan  thailand, sekarang pemanduan abang nuar lebih terkawal dan beliau lebih berhati hati..kalau kat malaysia, ada dia kisah nak pedulikan speed trap dekat Plus Highway? takde jep.. haha..  nampak tak permainan beliau di situ? hmmm =)

                Sepanjang perjalanan ke krabi, kami di sajikan dengan suasana kampung. Pemandangan biasa sahaja cuma yang membezakan thailand dengan malaysia, kita lebih banyak jumpaWat/kuil emas mereka berbanding surau surau kecil.. biasalah, agama utama pun buddha.....all the way to Krabi, kami menonton TV.. kelassss tak? cuba perhatikan pada gambar di bawah.. cuba lihat program apa yang kami tonton? terbaik kan? ..hehe.. maklumla, group backpack kali ini ada ex-student sekolah pondok kat narathiwat,..walaupun sekolah pondok, tapi he is seriously an easy going person plus open minded! Layan je.. ustaz azhar idrus pun best ape?..bergegar van kami bila tahap lawak dia sampai.. =)

soal jawab ustaz azhar idrus sepanjang perjalan pegi - balik.. love it..

                       Dan sepanjang perjalanan ini jugak lah, aku tak tahu berapa kali aku terlelap. Boring jugak la. Kampung kanan kiri sama mcm kampung kat Malaysia. Pusing kepala kanan kiri, serba tak kena.. it was indeed a very long trip...plus aku and Fara duduk dekat seat yang paling belakang, seat yang darjah kecondongan nya 90 degree...mak aihhh, bertambah la tak keruan..Sekejap masuk bandar, ingatkan dah sampai tapi tiba tiba keluar masuk jalan kampung semula..tak nampak satu pun singboard ao nang atau Krabi..owh, lamanya...aku dan geng perompak dah naik pening gaya apa lagi kami nak tidur.. at one point, aku nampak banyak pokok kelapa.. ini pentanda baik, petanda yang mengatakan kita hampir sampai ke pantai...hoyeahhhh..dah nak sampai KRABI..(tapi tak sampai sampai pun lagi, huh)

                   Setelah lama, kami di kejutkan oleh abang nuar. Abang anuar kata, masa untuk makan tengah hari pada pukul 3 petang telah tiba. amboi..kami pun layan .. kami makan tengah hari di salah sebuah warung berdekatan dengan airport krabi.. masa makan, kami dah terasa the heat and hotness of thailand dishes.. bersepah semua orang meneguk air, mengunyah ais.. takat sayur pun nak pakai cili api...adeyhhhh mak cik oii..

                   Tak lama dari airport, kami pun sampai di Krabi Town..alhamdulillah.. it is a small and simple town... not so much attraction but on the way to ao nang from Krabi,  we found out that Krabi ada Factory outlet.. boleh la shopping ye...kitoang tak plan nak ke situ sebab masih awal lagi kot..

               And about 30 minutes from Krabi Town, kami pun sampai la Ao Nang area...jam menunjukkan pukul 4.30 petang...ao nang sangat-sangat-sangat cool....nak tahu pasal ao nang? tunggu next post ye.. =)
Our main transportation in Ao Nang beach

surprise...

thanks for reading =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...