Feb 23, 2013

Solo Backpack Bandung-Jakarta Part 3

                         Hari ke tiga di bandung dated 26th January 2013.. hari ini rasa terlebih lega sikit sebab my hero-kuch-kuch-hotta-hai dah sampai, iaitu Pak Supir..bahaha.. 2 hari lepas, malas nak pakai pak supir sebab nak save bajet..tapi hari seterusnya, i akan bertemankan boyfie baru...wehaaa...reason i amik Pak supir sebab my next destination target is quite a distance..lagi pulak, esok on 27th dan 28th, i akan keluar dari Bandung and "cover" jakarta..plus, my flight balik adalah dari jakarta...before ke indon, i tried to contact  ramai pak supir but most of them tak nak ambil i nih hah, sebab jakarta nya itu lagian sedang banjir.. selamat pak supir yang sorang ini bisa.. =) pasal tu la i gelarkan dia boyfie..hehe..
 
6.00 am : arini bangun lambat sikit sebab takde nak rushing pebenda.. walau lambat, tapi di kalangan penghuni hotel yang lain, i masih di kira yang paling awal...reason simple, sebab malas nak berebut toilet.. =)

7.00 am : di hotel, setiap pagi akan ada orang deliver breakfast.. since i punya bilik sebenarnya untuk 2 pax, so i terpaksa dengan rela memakan 2 pinggan nasi goreng setiap pagi selama 3 hari beturut turut......fuhh, boring!

sampai nak muntah la orang kata.. mujur sedap

7.30 am: turun di lobby untuk online fb sambil menunggu pak supir datang  menjemput..arini i tinggalkan backpack coz i know i have more than enough space..i mesti menggunakan ruang sepenuhnya kerana wang telah di habiskan sepenuhnya..hmmm

8.00 am: pak supir sudah kelihatan menunggu di luar pagar guesthouse.. pak supir nya sederhana tua, umur dalam lingkungan 40 an kot..tak der la hensem sgt, berkulit hitam tapi manis...mula mula tuh memang la kekok,  tapi i nak kekok lama lama dengan orang???? memang tak lerr..pak supir lagi pemalu dari i kot...bahahaha...so, dalam van, kami pun berkenalan.. namanya Pak Hadi..orangnya seperti gmbr di bawah.. amacam?? hensem? .dia orang sunda dan sememangnya berasal dari Bandung.. sudah berkahwin dan punyai anak gadis 2 orang.. yang besar umur 15 tahun.. anak perempuannya ada facebook dan merupakan peminat tegar Korea..terlebih ramah sangat...=) dia je tak tanya pape pasal i..hahaha.. hampeh!

boyfie i...sepadan tak?? memang tak la kan..haha..
 
8.30 am : i duduk seat depan dengan dia...kami naik suzuki EPV warna purple.. first tempat yang kami akan pergi hari ini adalah Tangkuban Perahu..wat a famous place to visit kan? well said.. sepanjang perjalanan, we were talking about so many things sambil di sajikan dengan pemandangan kampung2 di pinggiran bandung yang sangat terpelihara...sejuk mata memandang, sejuk lagi bahu memikul!!  tettttt
 
menuju ke daerah Lembang..
 
9.00 am: untuk ke Tangkuban, kami melalui daerah Lembang...kami singgah sebentar di daerah yang di gelar cowboy ini kerana kenderaan berkuda memang banyak di sini... Pak Hadi suggest suruh beli makanan sebelum naik ke tangkuban, kerna harga makanan di atas gunung sana itu mahal.. baiklah pak.. so dia suggest suruh try makanan popular daerah Lembang, iaitu Tapei dan Colengan..sebabkan i suka sangat mencuba sesuatu, i pun beli la suggested makanan tersebut!! tapei tuh sebenarnya adalah tapai tapi di sini, tapai di perbuat dari pulut dan di panggang... dekat mesia takde pun aku terasa nak makan tapai, tapi kat Lembang nih ha, sebok pulak nak try..menyampah dengan diri sendiri..last last, tak larat nak perabes! gambar tapei dan colengan yang i makan seperti di bawah

daerah Lembang..kota KOBOI

ini adalah colengan.. maybe you can try this one.. more or less rasa mcam tapai kita, but dia ada add on kelapa manis on top.. sedap la jugak..ibuk ibuk sekalian boleh la try ya =)
 
9.30 am : dengan pemanduan yang agak hebat, pak supir bawa kereta manual naik gunung seperti lagak bawa kereta mainan..respect beb..tangkuban tu tinggi, tapi di sebabkan kecekapan Pak Hadi drive, i tak rasa mual, muak ataupun lama untuk naik ke puncak...tetiba dah sampai.. alhamdulillah, tangkuban perahu sangat cantik.. but the best part yang i suka adalah view menghadap ke arah bandung city..subhanallah cantik bangat!! what a bless by Allah to give a chance melihat keindahan alamnya.. =) angin di atas gunung sangat kuat dan cuaca di atas puncak agak sejuk...selamat i ada lemak yang berlebihan untuk memanaskan badan and at the same time, boleh mempertahankan i dari melayang..



sorry for chopping off my head, my scrarf terkelepet dan muka sebijik mcm bola....ini semua angin punya salah! (tak boleh terima hakikat muka bola!)
 
benda paling susah kalau backpack sorang sorang pakai dslr ialah gambar sendiri pun susah nak ambil..terpaksa minta orang.. dapat potray belakang kereta pun jadi la..
 
9.30 am to 10.30 am: pak supir hanya menunggu di dalam van.. i sorang je yang jalan jalan, so tendency untuk mengada-ngada ambil gambar sambil buat duck-dog face tuh kurang lah..i went one round, snap snap gambar mcm paparazi lagaknya, dan kemudian cepat cepat balik ke van..orang semakin ramai..untung i pergi awal, takde la bersesak.. i cakap dengan pak hadi, SIAP!! terus dia start engine dan kami pun beransur..di kala orang ramai naik ke atas, kami pula berjimba turun dari gunung...we are running ahead of them =) 

10.30 am : next destination adalah Kampung Daun...sumpah, i ingat kampung daun adalah tempat untuk shopping barang kulit ( ini semua akibat salah cari info dalam blog).. habis pak supir gelak.. dasar cewek, pikirannya asyik ke soping aja!!..dia bilang gitu..sampai hati kau pak supir!!  sebenarnya, Kampung Daun adalah sebuah restaurant exclusive di kaki bukit untuk pelancong pelancong berehat dan makan-minum sambil melepaskan lelah..biasanya orang akan ke sini selepas pulang adari tangkuban perahu.. tempat nya hijau bangat, ada gazebo/shelter di perbuat dari buluh dan daun nipah..sila refer gambar di bawah..semasa di shelter, pak supir segan la pulak nak duduk lepak dengan i..end up, dia excuse pergi merokok...so tinggal lah i sorang sorang kat dalam shelter... macam loser pun ada..but since shelter tuh agak terlindung, i dont mind dah.. i took a nap while ordered avocado juice sampai..first time minum, eeeuuuwwww, tak sedap langsung!! so not my taste..luckily i ordered another bluberry juice..
on the way ke kampung daun..suasana redup dan sejuk..di situ juga ada banyak botanical garden / sanctuary
 
suasana di kampung daun
 
i lepak di shelter no.9...kat sini ada 40 above shelter.. santai sempoi sambil minum juice alpokat euwww dan thumbs up blueberry juice.. kasut pula memang ironic dgn i..
 
with waterfall in the middle of pathway, and birds chirping happily, seriously soothing..
 
 
i spent like 1 hour plus plus dan sempat jugak la naik ke kawasan yang lebih tinggi... tentunya kawasan atas tuh ada banyak lagi shelter2 and ada mini waterfall.. ada souvenir shop dekat entrance..i cari jugak la souvenir kampung daun kat sini but coulndt find anything like fridge magnet ke hape.. so in the end, i pun balik.... kali ini kami teruskan perjalanan ke kota bandung untuk menjadi gila kembali!! ye haa.  
 
 
kalau korunk nak tahu apa yang i shopping kat bandung, tunggu next post ya.. tak larat sebenarnya nak type banyak untuk entry nih..ponat aihh.. basically, in my next post, i akan story pasal rumah mode, pvj, rumah tas dan cibaduyut.. =))
 
thank you for reading people.. =)

1 comment:

  1. Salam.

    Saya nak minta no tel supir (pak hadi), atau cara lebih mudah untuk hubungi pak hadi..
    kalau tak keberatan boleh sy tahu berapa harga yg dikenakan untuk sehari perjlnan.. harap dapat emailkan pada saya nurhuda_29@yahoo.com
    TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...