Jan 30, 2013

Backpack Trip Krabi Part 5

                 selepas seharian di kepulaun, kami tiba semula di pantai Ao Nang pada pukul 5 pm.. ramainya manusia tak terkata.. sesak betul pantai ketika itu..tanpa berlengah, kami menaiki truck/ tuk tuk yang sama untuk pulang ke hotel. Semua sudah penat so bercakap pun kurang...bergambar lagi la tak de!

                 Sampai di hotel, kami berehat dan mandi manda sebentar dan pada pukul 7 pm kami berkumpul semula di lobby untuk dinner... Abang nuar kata kali nih dia nak bawa kami dinner di port yang agak istemewa... Serious tak ingat apa nama restaurant yang kami pergi ini tapi tempat nih cantik giler.. kalau i tahu nama, nnti i bagitau.. restaurant ada menyediakan musollah dan telekung..sementara nak tunggu waktu makanan tiba, kami solat "berjemaah" dahulu..alhamdulillah, geng backpack aku kali nih semua hebat hebat.. semua lelaki nya boleh jadi imam..pin point sje, konfem meleleh bacaan..dah la segak, berilmu pulak tuh... tak sia sia berkenalan dengan mereka..
 
inilah restaurant makan kami.. terletak antara Ao Nang dan krabi town..
 
                  Pada malam tersebut, kami tak nak order tom yam..muak gak makan tom yam hari hari...dah la pedas giler... so end up kami order asam pedas (atau dalam bahasa thai, ketom)..pada mulanya, kami semua ingatkan malam tersebut boleh la terlepas dari azab menanggung kepedasan, tapi sumpah malam tuh la malam kami kena kaw kaw!!! tak pernah seumur hidup i makan lauk sepedas itu..seolah olah makan cili padi terus aihhh....i tgk, kawan kawan yang lain ada yang telinga dah start merah berdesing, ada yang mata dah berair tahap z, and ada yang dah quit walau baru makan sesuap dua...lauk masih banyak lagi, tapi i surrendered.. tertutup selera..
 
kronologi sebelum, semasa dan selepas makan... amek kau!!! hahaha
 
                      selepas masing masing menangis, abg nuar teruskan menambat hati kami dengan membawa kami berjalan di krabi town... i like.. its time for shoppinggg!!...malam minggu termasuk ahad ada pasar malam di krabi town..kepada you yang nak shopping giler giler, its better to buy now and here as it is a lot cheaper than the one sell at Ao Nang..banyak handicraft, souvenir, beg, t-shirt and art thingy ada di jual di sini.. beg kulit pun ada gak.. so di persilakan la ye.. i shopping beg di sini for 120THB and elephant sling bag for 160THB.. i puas hati sebab both bag i tak jumpa kat Ao Nang... klu nak tahu apa yang i shopping di sini, sila refer to my last post k.. =)
 
krabi town night market
 
macam macam ada..berbaloi baloi... =)
 
                  After shopping and lepak di krabi town, we headed back to Ao Nang beach, around 10.00 pm arrived..its free and easy time.. farah and i decided to do shopping along the beach again!! i dont know for how many times..haha... my advice, kalau nak beli sila la beli beg yang rare just like a waterproof beg.. thats a nice one and slightly cheaper.. peniaga kat sini semuanya ramah but when you got bangladeshi as the salesman, seriously annoying.. there are rude!! very rude!!! berlagak sangat.. dah la pendatang, so act like one please!
 
lepak lepak kat mamak ao nang sementara menunggu kawan kawan habes shopping..
 
                     After a while shopping, we went back to end our day.. bila sampai hotel, masuk bilik, then tetiba fara nak gi massage..whoa...orang kata rugi datang thailand tak buat massage but i geli bila orang pegang pegang nih so let alone farah je yang buat.. i jadi rider dia.. keluar semula ke pantai untuk cari any massage center yang masih open...sad to say, tak de.. ada yang dah tutup and ada yang dah full, tak nak terima customer lagi.. its 12 am and tomorrow is monday, another working day before christmas day, so what could you expect...haih...so kami pun balik la ke hotel dengan badan yang lenguh lenguh... =(

tak sempat buat apa apa, terus sapu minyak "kuda kuda" (perkara wajib bila backpack..hahaha) di kaki dan kemudian tidur... kroh kroh...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...