Dec 6, 2021

Uterine Fibroid Opperation di Oriental Malacca Straits

 Assalamualaikum 

Im writing this with intention to share with those who looking for information on hospitalization / cost of operation in removing uterine fibroid. I wanna make it simple and concise, and really wanna help those in needs especially in terms of sharing information berkaitan fibroid and it cost in Malaysia. Kerana, when i was searching for info, there are very minimal information i obtain thru online. 

Uterine Fibroid. i was diagnosed with uterine fibroid in 2018. Symptoms, anemia + darah period yang sedikit pelik. prolong period for 12 days (still within 14 day) 

refer my case to KPJ Maharani, and was advised to consume ubat esmya but prescribed medicine was banned by KKM. Then, i refer my case to KPJ Ampang Putri (since it was MCO), which then i would like to conclude that both KPJ hospitals hospitality and services are not to my expectation at all. The customer service mismatch the price paid, slightly below expectation. And after did several survey, KPJ price is significantly higher than the rest of the hospital, especially when you had the dato's datin's as your specialist, its all about money in out jer, they couldnt care less. Berbeza sangat cara mereka advise patient. Di OMSMC, Dr Ridzuan take up about 30 minutes to explain in details whereby in KPJ, we have to ask and prompt the doc quest then only they will explain. Anyhow its your preference

6th August 2021 : Own initiatives. Transfer my case to Oriental Melaka Straits Medical Center. Called frontdesk and all of sudden, bercakap terus dengan doctor ridzuan, doctor sangat baik dan lembut orangnya. She advise patient thoroughly and always ans patients enquires in an understandable way. Agak di sebabkan ini juga, i teruskan follow up and medical check up dgn doctor and proceed with operation with Dr.

18th August 2021 : 1st appointment, since my Fibroid is around 14cm, doctor proposed of Lucrin injection to temporarily shrink the fibroid. As the size smallens, it will eventually helps in terms of operation risk in which, small incision only requires by the doctor during operation.

1st Lucrin Injection was on 18th August 2021. Impact dari lucrin yang i rasa adalah badan sangat2 lenguh dan letih. Joint hurts and its prolong for 2 days after injection. Supposedly doctor kata Lucrin x menyebabkan any impact to body health, but after several online readings ive made, it does give some impact to patient. Ntah laaa

16th October 2021 : Scan to see the result of Lucrin. The fibroid size shrink. Lucrin ini bersifat sementara, maka untuk elakkan fibroid kembali besar, operation mestilah di lakukan after 2 months from date of lucrin injection. KPJ xde pernah advise pasal injection lucrin ini dan harga untuk 13ml lucrin injection charge by Oriental Melaka Medical is RM1500. After 2 months, operation has to take place

2th Novemvber 2021 : All the way from Kl i drove to Melaka to surrender as patient. Swab Test required prior admission. Checked in bedroom at 7pm after swab results shown negative. Night, nurse come and go to take my blood.

Waiting for Swab Test Result. During MCO, no visitors allowed 


Solat Subuh dalam keadaan berdebar 

3rd November 2021 : 8.30 am ready on the bed for the operation. Full bius and alhamdulillah operation went well. Sedar diri pada 12.30 pm dengan kesakitan yang amat pada perut. i use traditional way of incision thus sakit ngilu perut kena belah tu amat terasa but painkiller will help reduce the pain. Day 1 memang akan banyak muntah akibat dari ubat bius yang di beri. I x berpantang. Doc kata xde apa apa larangan untuk makanan, just eat lots of Vitamin C and of cos iberet since blood level drop. 

13 units in overall. That's shocking kan. 

4th November 2021 : Start to walk on my own. and take shower. Perut still rasa sakit lagi its only my 2nd day. But i started to walk slowly around ward just to get used to it. Kena banyak berjalan untuk buang angin dalam badan. 

5th Novemver 2021 : Discharge day. Alhamdulillah i walked and settle all the bills by myself. From ward area at level 4, to pick up prescription, up to pull my own suitcase to the lobby area, amazingly,  i did all of it by myself with slow walk.  No need wheelchair and nurse assistance. Alhamdulillah mudah



Room for 4 bed at Oriental Malacca Straits Medical Center  

 


Discharge day. Alhamdulillah

Main lobby for OMSMC 

Cost of uterine Fibroid Removal at Oriental Malacca Straits Medical Center for 3 days include meals for 3 times & room for 4 person (kosong xde orang duduk bilik begini di private hospital) : RM10,900k. .

The cheapest i guess so far for the private sector. ini x termasuk injection lucrin yang berharga rm1.5k dan scan2 perut sebanyak 3 kali yang berharga around rm100-rm200 sekali scan. 

Hospitality : 3.5/5 stars

Doctor Ridzuan : 4/5 stars 

Nurse : 4/5 stars

So in general, please seek for advise from the experts and ensure to not delay the operation (if it is required) as it may get worse. Perempuan ini banyak accessories Allah bagi, so please do your regular check up. Take time to embrace your body and alerts on the unusual changes that occur to your body. Usaha and selebihnya berserah pada Allah taala. Hes the Greates Creator kan. Finally, I really hope that this post will find you helpful. TQ 

Mar 31, 2020

Kenangan Umrah Madinah Makkah

Hi assalamualaikum 
plz ignore the typo as this post specially written untuk nyatakan isi hati yang lama tersimpan.

madinah n makkah, langsung tidak boleh di lupa. apatah lagi bila kes covid 19, kekosongan mataf n masjid nabi meruntun hati. sedih sebak dan mula teringat kembali waktu2 menunaikan umrah 2 tahun yang lalu. kasih pada nabi terlalu meninggi hingga melihatkan pagar masjid nabawi di tutup, terus terusan air mata mengalir.. solawat atas nabi 

mencoret kenangan yang x terlupa di madinah dan makkah yang hanya hati sendiri memahami. hati sendiri sebak, hati sendiri faham perasaan itu..

kenangan sewaktu sampai, di sambut penuh kasih oleh pegawai kastam. Marhabah Sh.. Aisha.. 
kenangan dugaan pertama menunggu lama di dalam bas.. senyum bila terfikir
kenagan masuk raudah melalui jalan mereka yang menaiki wheelchair.. baca doa sambil sebak pilu menangis x henti nak menuju ke jasad nabi. allahu 
kenangan masuk raudah sekali lagi melalui pintu keluar.. allah bagi kemudahan walau rasa bersalah kerana masuk cara x elok ( curi curi masuk selepas di halau kerana itu bukan pintu masuk. itu pintu keluar) 
kenangan solat subuh di luar masjid nabawi dengan angin sejuk yang sangat mendamaikan dan menyejukkan hati 
kenangan membawa mak test cara pulang ke hotel. mak jalan depan, aku berjalan menuruti di belakang. mak silap jalan... saat silap jalan, aku mula terpikir dan sebak, bagaimana ya allah mak aku dahulu mengajar aku jalan sewaktu aku baru dapat melangkah.. ya rabbi ya ghafur, kau kurniakan syurga buat ibuku Masiah bte Abdul Rahim
kenangan di jabal uhud, membayangkan sebenar benar perjuangan iman. perjuangan yang mana hanya iman yang membezakan antara aku dan mereka.. sebak sedih dan sangat terkesan akibat pengorbanan sahabat2 dlm memperjuangkan islam. ya allah, sesungguhnya engkau telah kurniakan syurga buat mereka, maka kau kurniakan aku iman perjuangan seperti mereka agar aku dapat menurut mereka ke dalam syurga 
kenanagan di pasar kurma yang gamat amat.. pandai mereka belajar bahasa malaysia / indonesia ya. 
kenangan makan ice cream di madinah waktu subuh hari. kenangan beli jubah untuk sedara yang mengirim wang. kenangan baratur beli kfc di sana.. kenangan berjalan2 di madinah subuh hari. 

kemudian kenangan dari madinah ke makkah

kenangan cuak atau takut untuk pertama kali umrah.. putus selera makan tengah hari waktu itu tapi allah maha besar, allah jawab perasaan takut aku melalui tafsir quran yang ku baca.. menangis menderu deru setelah kerisauan ku di jawab langsung oleh Penciptaku.. Allahuakbar 
kenangan naik bas merentasi padang pasir dn memikirkan bagaimana dahulu Rasuallah berhijrah.. jauh Ya Rasullalah. betapa hijrah mu itu Allah biarkan berbaloi dengan usaha sekalian nya Ya Rasullah
kenangan tengok padang pasir dan binatang safari.. unta, rusa, dan pohon2 kering tandus.. ada juga lumut2 rumput2 kecil yang kelihatanya mulai tumbuh di pergunungan di madinah. 
kenangan berhenti di rnr (lupa nama), tapi cramp yang amat.. dugaan.. 
kenangan sampai di masjid al haram waktu pulang dari solat isyak. ya rabbi, ramai sungguh manusia. lautan manusia.. inilah satu satunya tempat yang hidup 24jam tanpa henti.. aku dan semua saksikan.. 
kenangan umrah pertama, terpisah dari mak dan mak cik 
kenangan umrah pertama, asbab aku terlalu fokus mencari mak dan makcik yang terpisah, aku juga akhirnya terpisah dari kumpulan ku sendiri,.. akhirnya keseorangan dari sai hingga ke bercukur.. amazingnya bila pk umrah pertama aku berakhir dengan aku menunaikannya sendirian...wow..hihi.. syukur ya allah, atas nikmat ilmu yang kau kurniakan dan aku usahakan.. 
kenangan berjalan sangat jauh iaitu dari tempat saie mengelilingi masjid al haram untuk balik ke hotel..ya rabbi, punya lah jauh..sebabnya, x familiar lagi dgn masjid haram.. =)
kenangan lawat masjid aishah.. namaku =) 
kenangan menangis bersama mak selepas solat subuh sewaktu menunggu jemaah bersurai untuk mohon kemapunan atas dosa sebagai anak yang kdg derhaka dan x menyantuni orang tuanya.. 
kenangan terduduk keletihan atas lantai sai selepas selesai umrah yang kedua .. semua mata memandang.. 
kenangan menolak abah menggunakan wheelchair.. allahurabbi.. kasihku pada abah amatlah kerdil jika di banding dengan kasih abah sepanjang hayat. Ya Allah, untuk abahku Syed Zain... Abi.... kau kurniakan syurga buatnya dan ampunilah segala dosa dosanya 
kenangan hampir putus nafas waktu berhimpit ke hajarul aswad..
kenangan melihat hajarul aswad langsung terus di depan mata..
kenangan sesak nafas apabila dada di himpit semasa berasak2 untuk ke Hajarul Aswad.. Hanya allah yang tahu dan aku bersyukur kerana allah telah beri aku sebahagian kecil dari rasa bagaimana kiranya nasib aku jikalau aku di himpit oleh kubur sendiri..nauzubillah...ini memang mengazabkan lantas menyebakkan. Mencium hajarul aswad tu adalah sunnah tapi Allah bagi aku bukan sahaja pahala sunnah tapi allah bagi aku akal untuk aku fikirkan bagaimana terkumpulnya manusia berasak asak waktu hari perhitungan dengan keadaan masing2 berpeluh.. peluh yang menenggelamkan diri sendiri. nauzubillah.. nikmat mencium hajarul aswad adalah pada pengajaran di sebaliknya 
kenangan aku takut kehilangan ibuku sewaktu aku di hajarulaswad.. Ya allah , alhamdulillah..  kau telah pelihara ibuku
kenangan mendaki gua hira' atau jabal nur pada waktu malam, separuh jalan kerana tidak larat akibat demam urat (pagi berhimpit di hajarul aswad)
kenangan dekat dgn si dia.. ibarat tiada peneman, mengharap di teman..
kenangan duduk diam di atas batu besar pada malam itu, melihat keindahan makkah dan hasil penyebaran islam oleh Kekasih Pencipta.
kenangan kekuatan Siti Khadijah memanjat jabal nur untuk kekasih hatinya
kenangan hampir jatuh sewaktu memanjat batu bata di jabal rahmah..huhu
kenangan memayungi orang yang solat di hijr ismail dan kemudian allah mudahkan urasan kita pula untuk bersolat
kenangan melihat mak cik menangis pabila mendengarkan ceramah ustaz.. kaki yang sakit itulah yang akan melaporkan kepada Allah bahawa ia sakit untuk Mu Ya Allah.. 
kenangan sai yang pasti aku akan merindui saat sai itu.. saat yang aku pilih untuk ingat..  
kenangan solat menghadap kaabah di depan mata.. mengalir air mata..waktu asar, kaabah terus langsung di depan ku.. terang jelas dan terpukau olehnya.. 
kenangan solat keseorangan di mataf paling atas pada waktu maghrib dan isyak.. kesejukan keseorangan..
kenangan tawaf qudum.. hati mulai sebak kerana perasaan untuk meninggalkan.. 
kenangan teresak esak menangis keseorangan meninggalkan bumi haram di dalam kapal terbang.. selamat xde orang dengar dan perasan kerana merka2 sudah kepenatan..
kenangan sesak nafas dlm kapal terbang apabila termimpi masih di himpit sewaktu menghampiri hajarulaswad.. subhanallah.

kenangan kesemuanya kenangan yang indah.. Ya allah, jadikanlah aku manusia yang menjadikan tanah haram sepertinya ada di mana mana.. tanah di mana aku menjadi hamba Mu yang paling redha.. tanah yang menjadikan aku hambaMu yang paling beryukur.. 

Amin ya Rabbi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...